Meta:Babylon

This page is a translated version of the page Meta:Babylon and the translation is 100% complete.
Other languages:
Globe of letters.png
BABYLON
the Wikimedia translators' portal/noticeboard
Babylon merupakan portal dan papan notis penterjemahan Meta. Untuk perbincangan umum tentang penterjemahan sila lihat laman perbincangan.

Komunikasi

  • Laman perbincangan Babylon
    Jika anda mempunyai sebarang soalan, keraguan, cadangan dan apa-apa sahaja mengenai penterjemahan, anda boleh tuliskannya di laman ini.
  • Senarai mel penterjemah
    Senarai mel penterjemah Wikimedia yang rasmi. Daftarlah sekarang!
  • #wikimedia-translationsambungkan
    Saluran IRC penterjemah yang rasmi. Lawati kami jika anda memerlukan bantuan, ingin bersembang atau mendapatkan perkembangan mengenai permohonan baru.
  • Surat berita penterjemah
    Alternatif kepada senarai mel, ia merupakan surat berita wiki yang akan dihantar kepada anda melalui pemberitahuan.

Halaman automatik yang menyenaraikan semua penterjemahan di Meta-Wiki dengan sistem baru (lihat halaman bantuan sambungan Terjemah).

Pautan terus:

Daftar untuk menjadi seorang penterjemah

Isu penterjemahan di projek-projek Wikimedia

Penterjemahan minggu ini

Penterjemahan minggu ini di Meta-Wiki ini adalah satu projek untuk menambah rencana-rencana di Wikipedia, yang masih belum wujud dengan menterjemahkannya.

Wikiejaan

Bertentangan dengan apa kami sebagai penterjemah mungkin fikirkan ;-), beberapa perkara tidak seharusnya perlu diterjemahkan. Itulah sebab mengapa Wikiejaan diwujudkan, bagi mengelakkan ejaan yang salah terhadap kata nama khas dan nama-nama tempatan. Wikiejaan adalah satu projek rentas wiki dan berbilang bahasa. Silalah membantu dengan menyemak terjemahan pesanan bagi bahasa anda di Wikiejaan. Anda juga boleh menyertainya.

Penulisan huruf besar di Wikikamus

Setiap bahasa mempunyai peraturan yang berbeza mengenai penulisan huruf besar. Contohnya di dalam bahasa Inggeris, nama-nama bulan dan kebanyakan nama pekerjaan selalunya berhuruf besar pada awalnya, tetapi di dalam bahasa Perancis, ia adalah sebaliknya. Kebanyakan projek Wikikamus pada masa kini membezakan antara huruf besar dan kecil. Wikikamus perlu mengetahui peraturan bagi setiap bahasa mengenai penulisan huruf besar. Anda boleh membantu menyiapkan jadual Penulisan huruf besar!

WikiProjek Penterjemahan di Wikisumber

Satu inisiatif untuk menyelaras antara pelbagai wiki bahasa di Wikisumber dalam pengumpulan terjemahan lama dan mencipta yang baru untuk teks-teks sumber yang tidak pernah diterjemahkan atau hanya mempunyai terjemahan berhak cipta dan sebagainya. Dihoskan di Wikisumber bahasa Inggeris.

Mengenai penyetempatan

Maklumat mengenai penyetempatan untuk para penterjemah dan pembangun boleh dijumpai di halaman penyetempatan di MediaWiki.org. Maklumat tersebut mungkin sudah lapuk.

Anda boleh membaca beberapa petua berguna di blog Amir.

Strategi penterjemahan jangka panjang

Anda boleh membaca dan membincangkan idea-idea bagaimana untuk melakukan kerja-kerja penterjemahan di halaman strategi penterjemahan.