Pengumuman penyelesaian Log Masuk Pengguna Tunggal

This page is a translated version of the page Single User Login finalisation announcement and the translation is 100% complete.
Untuk maklumat terperinci terkini, lihat mw:SUL finalisation.

Pasukan pembangun di Yayasan Wikimedia sedang membuat beberapa perubahan kepada cara akaun berfungsi, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk menyediakan alat-alat baru dan lebih baik untuk pengguna kami (seperti pemberitahuan silang-wiki). Perubahan ini bererti pengguna mempunyai nama akaun yang sama di mana-mana. Ia akan membolehkan kami memberikan anda ciri-ciri baru yang akan membantu anda menyunting dan berbincang dengan lebih baik, dan membolehkan kebenaran penggunaan alat yang lebih fleksibel. Salah satu syaratnya adalah akaun pengguna kini perlu menjadi unik di semua 900 wiki Wikimedia.

Malangnya, beberapa akaun kini tidak unik di semua wiki kita, tetapi sebaliknya bertembung dengan pengguna lain yang mempunyai nama akaun yang sama. Untuk memastikan bahawa semua pengguna boleh menggunakan wiki Wikimedia pada masa akan datang, kita akan menamakan semula beberapa akaun ini supaya mempunyai tanda "~", sementara nama wiki mereka ditambah kepada hujung nama akaun mereka. Tarikh untuk acara ini belum dipastikan. Sebagai contoh, pengguna yang dipanggil "Contoh" di Wiktionary Bahasa Melayu yang akan dinamakan semula akan menjadi "Contoh~mswiktionary".

Semua akaun masih akan berfungsi seperti sebelum ini, dan akan terus dikreditkan bagi semua suntingan yang mereka buat setakat ini. Walau bagaimanapun, pengguna dengan akaun dinamakan (yang akan kami hubungi secara individu) perlu menggunakan nama akaun baharu apabila mereka log masuk.

Sekitar 15 September 2014, akaun hanya boleh dinamakan semula secara global; alat RenameUser tidak lagi akan bekerja secara tempatan - kerana semua akaun mestilah unik secara global - oleh itu ia akan ditarik balik daripada set alat birokrat. Apabila ini berlaku, pengguna masih boleh meminta akaun mereka ditukar nama lagi di sini di Meta, jika mereka tidak suka nama pengguna baharu mereka.

Lihat juga