Open main menu
This page is a translated version of the page User language and the translation is 100% complete.

Other languages:
Bahasa Melayu • ‎Basa Sunda • ‎British English • ‎Canadian English • ‎Chavacano de Zamboanga • ‎Chi-Chewa • ‎Deutsch • ‎English • ‎Esperanto • ‎Lëtzebuergesch • ‎Nēhiyawēwin / ᓀᐦᐃᔭᐍᐏᐣ • ‎Sassaresu • ‎Scots • ‎Tagalog • ‎Türkçe • ‎asturianu • ‎azərbaycanca • ‎català • ‎dansk • ‎español • ‎euskara • ‎français • ‎galego • ‎italiano • ‎lietuvių • ‎magyar • ‎norsk bokmål • ‎norsk nynorsk • ‎occitan • ‎polski • ‎português do Brasil • ‎română • ‎suomi • ‎čeština • ‎Ελληνικά • ‎башҡортса • ‎беларуская • ‎беларуская (тарашкевіца)‎ • ‎монгол • ‎русский • ‎тоҷикӣ • ‎українська • ‎עברית • ‎ئۇيغۇرچە / Uyghurche • ‎اردو • ‎العربية • ‎روچ کپتین بلوچی • ‎سنڌي • ‎فارسی • ‎مصرى • ‎پښتو • ‎کھوار • ‎हिन्दी • ‎বাংলা • ‎মেইতেই লোন্ • ‎తెలుగు • ‎ไทย • ‎ဖၠုံလိက် • ‎中文 • ‎文言 • ‎日本語 • ‎한국어

Kotak-kotak bahasa pengguna menyenaraikan bahasa seseorang penyunting Wikimedia itu selesa ketika menggunakannya untuk berkomunikasi dan kemahiran berbahasa mereka. Ini meningkatkan komunikasi merentasi pelbagai komuniti dan membantu mencari jurubahasa dan penterjemah.

Penggunaan

Maklumat bahasa pengguna
ru-N Для этого участника русский язык является родным.
en-5 This user has professional knowledge of English.
fr-1 Cet utilisateur dispose de connaissances de base en français.
Pengguna mengikut bahasa

Anda boleh menambah maklumat pengguna di laman pengguna anda dengan memasukkan kod seperti ini:

{{#babel:ru-N|en-5|fr-1}}

Ini akan menghasilkan kotak yang boleh dilihat di sebelah kanan. Anda boleh menambah seberapa banyak bahasa yang anda inginkan, dalam bentuk kod bahasa-tahap kemahiran.

Kod bahasa
Sambungan ini mengenal pasti piawaian kod bahasa ISO 639 (1–3). Anda boleh mencari bahasa anda dengan mencari senarai kod ISO 639-1 atau pangkalan data kod ISO 639 1–3.
Kemahiran
Kemahiran menerangkan seberapa baik anda boleh berkomunikasi dalam sesuatu bahasa. Ia ditandakan dengan aksara tunggal pada lajur Kemahiran di jadual di bawah:
Kemahiran Maksud
0 Anda tidak memahami bahasa itu langsung.
1 Anda boleh memahami bahan bertulis atau soalan-soalan ringkas.
2 Anda boleh menyunting teks-teks ringkas atau turut serta dalam perbincangan ringkas.
3 Anda boleh menulis dalam bahasa ini dengan beberapa kesilapan kecil.
4 Anda boleh bertutur seperti penutur asli (walaupun ia bukan bahasa asli anda).
5 Anda memiliki kemahiran profesional; anda memahami nuansa-nuansa Bahasa dengan cukup baik untuk menterjemah dokumen-dokumen lanjut.
N Anda adalah penutur bahasa tersebut dan mempunyai pemahaman yang menyeluruh tentangnya, termasuklah bahasa basahan dan simpulan bahasa.

Untuk mengalih keluar pengepala dan pengaki, gunakan plain=1 sebagai parameter pertama, contohnya {{#babel:plain=1|sv-N|zh-3|de-1}}. Ini menjadikannya lebih mudah untuk digunakan bersama dengan kotak-kotak pengguna yang lain.

Lihat juga