Menutup rupa-rupa yang sudah lapuk

This page is a translated version of the page Turning off outdated skins and the translation is 76% complete.
Outdated translations are marked like this.

Untuk menggunakan sumber-sumber terhad kami dengan lebih baik, daripada 15 ke 24 April 2013 semua rupa selain Vector, Monobook, Modern dan Cologne Blue akan dibuang secara kekal daripada MediaWiki dan oleh itu, semua wiki Wikimedia. Jika akaun anda ditetapkan untuk menggunakan salah satu rupa yang lapuk ini,[1] anda akan bertukar kepada rupa lalai wiki anda (biasanya adalah Vector).

Rupa Nostalgia, salah satu rupa yang kami akan buang

Berapa ramai orang yang akan menerima kesannya?

Kira-kira 0.53% pengguna Wikimedia aktif, dan kira-kira 0.39% pengguna aktif dengan lebih 1,000 suntingan. Ia juga akan memberi kesan kepada 0.31% pengguna Wikimedia yang tidak lagi aktif (tiada suntingan atau log masuk dalam enam bulan terakhir). Huraian statistik penuh boleh didapati di sini.

Apa yang perlu saya lakukan?

Jika anda sedang menggunakan Monobook, Modern, Cologne Blue atau Vector (contohnya, jika anda tidak pernah merubah tetapan ini), ini langsung tidak akan memberi kesan kepada anda, dan anda tidak perlu melakukan apa-apa. Jika anda sedang menggunakan rupa yang lama dan anda senang menggunakan rupa lalai di setiap wiki (Vector), anda tidak perlu melakukan apa-apa.

Jika tidak, anda boleh ke Special:Preferences di bahagian Peralatan Peribadi anda di bahagian atas setiap laman, klik pada label kedua ("rupa"), dan pilih salah satu daripada "Vector", "Monobook", "Modern" atau "Cologne Blue", kemudian tekan "Simpan" di bahagian bawah laman. Jika anda tidak pasti rupa yang mana anda hendak gunakan, anda boleh mengikuti nasihat yang sama untuk mengetahui.

Kenapa anda melakukan ini?

Sebab utamanya ialah ciri-ciri utama yang kami bangunkan - pemberitahuan antara-wiki, cara yang lebih baik untuk mengawasi laman baru, laman perbincangan yang lebih mudah digunakan, dan lain-lain - bermakna kami perlu cuba mengintegrasikan kesemuanya di dalam semua rupa kami. Kami tidak boleh menggantikan perisian lama dengan perisian baru yang tidak boleh berfungsi kepada kebanyakan ahli komuniti: ia tidak boleh diterima.

Masalahnya ialah oleh kerana kami ada begitu banyak rupa-rupa lama, pembangunan untuk menyokong mereka adalah mahal dari segi masa pemaju (dan dari segi sumbangan penderma). Jika kami meluangkan lebih masa untuk membuat sesuatu berfungsi dengan sembilan atau sepuluh rupa berbeza, kami akan membina kurang ciri-ciri baru atau mengekalkan perisian sedia ada. Ia juga mengehadkan benda-benda yang kami boleh bangunkan, kerana beberapa ciri-ciri yang sangat berguna mungkin tidak akan berfungsi dengan rupa-rupa dari tahun 2001 atau 2002. Akhirnya, kami perlu memilih di antara menghasilkan perisian yang terhad dengan sangat perlahan, memecahkan laman ini untuk sebahagian daripada komuniti kami, atau menutup beberapa rupa; kami telah memilih yang ketiga.

Mengapa anda menyimpan keempat-empat rupa ini?

Rupa-rupa yang kami akan biarkan ada - Vector, Monobook, Modern dan Cologne Blue - telah dipilih kerana ia berfungsi dengan ciri-ciri yang kami sediakan dan/atau mempunyai orang yang sentiasa mengemas kini rupa-rupa tersebut. Vector ialah rupa rasmi yang kami sediakan dan pastikan ia terus diperbaharui untuk pembangunan-pembangunan baru dan untuk memulihkan pepijat. Tiga yang lain (Monobook, Modern dan Cologne Blue) disokong terutamanya oleh pemaju sukarela yang menyumbangkan masa mereka untuk memastikan rupa-rupa ini terus ada. Kami di Yayasan Wikimedia akan cuba memastikan "penurunan secara lemah lembut" ketiga-tiga rupa yang lebih tua ini, supaya fungsi-fungsi yang baru akan berfungsi sehingga takat tertentu. Namun, jika akhirnya ia rosak kami mungkin perlu membuang rupa-rupa itu juga.

Tidakkah rupa-rupa yang lama lebih baik untuk mereka yang mempunyai komputer/sambungan yang perlahan?

Tidak pada kebanyakan waktu. Pernah ada masa apabila rupa-rupa yang lama melibatkan kurang kod dan oleh itu lebih baik untuk mereka dengan komputer yang perlahan atau sambungan yang lemah ke Internet. Namun, sejak 2011 satu perubahan teknikal menjadikan hal ini tidak lagi benar, dan perbezaan ini boleh tidak diambil kira (paling banyak beberapa kilobait, atau kurang 5% muatan laman biasa).

Sebaliknya, rupa-rupa Vector dan Monobook menggunakan beberapa imej latar belakang (tidak seperti, contohnya, rupa-rupa klasik/piawai), yang mungkin meningkatkan kadar muat CPU. Rupa-rupa Modern dan Cologne Blue tidak berkait dengan isu ini.

Skrip js/css yang ditulis sendiri untuk meniru rupa-rupa lama, juga akan menyebabkan penambahan masa muat turun.

Saya memang suka beberapa perkara tentang salah satu rupa yang lama - apa yang boleh saya buat?

Semua rupa membenarkan anda untuk mengubah mereka kehendak pengguna. Jika anda mahu, anda boleh mengubah salah satu daripada rupa-rupa stok untuk mereka semula unsur-unsur dalam rupa yang lain. Ini akan membenarkan anda untuk mengekalkan perkara-perkara yang anda suka, dan pengguna-pengguna lain mungkin boleh membantu anda dalam hal ini. Anda boleh meminta pengguna-pengguna yang lain untuk bantuan dalam laman perbincangan komuniti wiki anda, begitu juga dengan pelangganan sendiri yang lain.

Jika anda memerlukan bantuan, sila hantar permintaan yang jelas, boleh diambil tindakan, dan terperinci kepada bahagian Teknikal untuk menjelaskan fungsi spesifik daripada rupa-rupa yang lebih lama yang anda mahu lihat di dalam rupa-rupa yang lebih baharu. Sebagai contoh, "Saya dahulunya menggunakan rupa-rupa Klasik dan saya ingin menggunakan Monobook sekarang. Bagaimanakah saya boleh menukar tulisan daripada sans-serif kepada serif?"

Nota

  1. Chick, Classic, MySkin, Nostalgia dan Simple.