Wiki untuk Hak Asasi Manusia

This page is a translated version of the page WikiForHumanRights and the translation is 98% complete.


WikiForHumanRight2022 Campaign 1 (2).png
Header for Wiki for Human Rights 2022 Meta Page: Right to a Healthy Environment GIF
#WikiForHumanRights 2022: Right to a healthy environment

Wiki untuk Hak Asasi Manusia: Hak kepada Persekitaran Sihat 2022

Matlamat kempen Wiki untuk Hak Asasi Manusia (#WikiUntukHakAsasiManusia) adalah supaya semua orang mempunyai capaian terhadap maklumat yang berkecuali, berasaskan fakta dan terkini mengenai Hak kepada persekitaran sihat. Hak tersebut merupakan suatu hak sah yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tetapi juga cara untuk menghubungkan hak-hak asasi manusia dan tiga krisis planet yang kita hadapi: perubahan iklin, pencemaran dan kehilangan kepelbagaian biologi. Seperti yang diketengahkan oleh Program Alam Sekitar PBB: "Kita perlu berdamai dengan alam sekitar, dan hak-hak asasi manusia perlu menjadi tonggak kepada penyelesaiannya."

Peranan Wikipedia tidak pernah lebih penting daripada sekarang. Semua orang di mana-mana sahaja memerlukan capaian kepada maklumat tentang cara perubahan iklim atau kemerosotan alam sekitar memberi kesan kepada kehidupan mereka. Kita boleh meningkatkan pengetahuan tentang sistem semula jadi yang sihat, di mana semua orang bergantung kepada air yang mereka minum, udara yang mereka nafas, makanan yang mereka ambil serta sumber yang mereka perlukan. Dengan #WikiUntukHakAsasiManusia tahun ini, kami menumpukan pada implikasi hak kepada persekitaran yang sihat terhadap manusia yang mengalami tiga krisis planet yang sedang berlaku: perubahan iklim, kehilangan kepelbagaian biologi dan pencemaran.

Maklumat memainkan peranan penting dalam keupayaan kita bersama yang bukan sahaja untuk memahami krisis yang saling berkaitan ini, tetapi juga mengurangkan punca dan menyesuaikan diri untuk masa depan yang sihat untuk semua. Memenuhi hak asasi manusia untuk persekitaran yang sihat memperkasakan mereka yang terjejas dengan kemudaratan alam sekitar seperti pencemaran, perubahan iklim dan kehilangan kepelbagaian biologi untuk mempertahankan alam sekitar, mengambil bahagian dalam membuat keputusan serta mengakses keadilan dan perlindungan hak asasi manusia. Mengisi jurang di Wikipedia mengenai topik-topik ini, membantu orang ramai membuat pelbagai keputusan yang diperlukan untuk menangani krisis persekitaran yang mendesak ini.

Berikutan pengiktirafan baharu daripada Majlis Hak Asasi Manusia PBB bahawa mempunyai persekitaran yang bersih, sihat dan mampan adalah hak asasi manusia, kami mempunyai peluang baharu untuk membantu orang di seluruh dunia memahami dengan lebih baik dan menuntut hak mereka kepada persekitaran yang sihat.

Mengambil bahagian

Menyumbang dalam bahasa anda

Menyertai cabaran

Bagaimana hendak menyertai cabaran?

Acara

Sertai acara yang diterajui oleh komuniti

Menganjurkan

Anjurkan suatu kegiatan

Tanya kami

Anda mempunyai soalan untuk kami?

Watch the WikiForHumanRights 2022 Campaign Video

Topik tumpuan

Hak kepada persekitaran sihat

  • Kepentingan pendekatan berpaksikan keadilan persekitaran, keadilan iklim, dan hak asasi manusia terhadap tindakan krisis iklim tempatan, nasional dan antarabangsa.
  • Kesejahteraan manusia dalam menghadapi kerosakan alam sekitar yang disebabkan oleh pencemaran, dengan penekanan pada kesan langsung terhadap hak asasi manusia yang lain (pencemaran dan kesihatan, hak untuk mendapatkan air dan sebagainya)
  • Kepelbagaian biologi dan hak asasi manusia — memahami bagaimana kesejahteraan manusia bergantung pada ekosistem semula jadi yang pelbagai


Tarikh-tarikh utama

  • Perbualan maya dan waktu sokongan untuk penganjur - Januari hingga Mac 2022
  • Webinar pelancaran - 14 April 2022
  • Hari Bumi - 22 April 2022
  • Persidangan Stockholm + 50 - 2 hingga 3 Jun 2022 (Nairobi)
  • Hari Alam Sekitar - 5 Jun 2022
  • Memohon dana pantas: Pusingan 1 Disember hingga Januari & Pusingan 2 Februari hingga April

Acara akan datang

    Webinar pelancaran - 14 April 2022 14:00 UTC

  • Tarikh: 14 April 2022
  • Masa: 14:00 UTC - 15:30 UTC
  • Tempat: Zoom
  • Daftar di sini
  • Sesiapapun boleh menyertainya!