Bulan Diplomasi Budaya Ukraine 2022

This page is a translated version of the page Ukraine's Cultural Diplomacy Month 2022 and the translation is 100% complete.

Ukraine's Cultural Diplomacy Month 2022

17 February – 17 March    

[Social media: #UCDMonth] · [Link here: ucdm.wikimedia.org.ua]    



Selamat datang ke cabaran menulis untuk menambah baik liputan budaya Ukraine di Wikipedia!
  • Apa: Ini pertandingan menulis awam yang menyasar untuk mencipta dan menambah baik rencana tentang budaya dan orang Ukraine dalam sebanyak edisi bahasa Wikipedia yang mungkin. Senarai rencana yang ditumpukan telah disediakan oleh penganjur cabaran di Ukraine. Peserta yang teraktif akan menerima hadiah.
  • Bila: Cabaran menulis diadakan dari 00:01, 17 Februari 2022 (UTC) hingga 23:59, 17 Mac 2022 (UTC).
  • Bagaimana: Pertandingan ini mudah strukturnya, dengan 4 langkah: Pilih rencana untuk dikerjakan → Dapatkan mata untuk kerja anda → Sasarkan untuk memperoleh sebanyak mata yang mungkin → Dapat hadiah atas sumbangan anda!
  • Siapa: Mana-mana Wikipediawan dengan akaun yang dicipta di mana-mana wiki boleh membantu bekerjasama menulis dan/atau menterjemah rencana berkaitan budaya Ukraine dalam mana-mana bahasa. Untuk menyertai, anda perlu daftar di bahagian Peserta.
  • Mengapa: Pertandingan ini dianjurkan oleh Wikimedia Ukraine dengan kerjasama Institut Ukraine dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Ukraine. Wikipedia tertinggal rencana tentang semua perkara dan melalui pertandingan ini kami berharap untuk menambah baik rencana tentang fenomena budaya yang penting kepada orang Ukraine. Menambah baik rencana Wikipedia dan liputan tentang budaya Ukraine penting untuk memastikan pembaca kami mencari maklumat bermutu tinggi.