Pemungutan derma 2012/Terjemahan/Sepanduk bawah

This page is a translated version of the page Fundraising 2012/Translation/Drop down banner and the translation is 100% complete.
NOTE TO TRANSLATORS

This letter is a new translation request, but re-uses large parts of

If these have been translated into your language, you can probably re-use much of it for this translation and hopefully a lot will be suggested with translation memory :-)

Texts

Banner

Para pembaca Wikipedia sekalian: Kami hanya sebuah organisasi kecil yang menguruskan laman web ke-5 paling popular di dunia. Kami hanya mempunyai 150 orang kakitangan tetapi menyediakan perkhidmatan untuk 450 juta orang pengguna dan mempunyai kos penyelenggaraan seperti laman web lain: pelayan, kuasa, sewa, perisian, dan kakitangan. Wikipedia merupakan sesuatu yang istimewa; seakan-akan sebuah perpustakaan atau taman awam, sebuah khazanah pengetahuan, tempat yang boleh kita tujui untuk berfikir dan belajar. Untuk mempertahankan kebebasan kami, kami tidak akan pernah meletakkan sebarang pengiklanan atau menerima dana kerajaan. Purata setiap derma yang kami terima ialah RM90. Jika setiap orang yang membaca mesej ini menyumbangkan jumlah yang sama dengan harga secawan kopi, pengumpulan derma kami akan tamat dalam masa sejam. Sekiranya Wikipedia berguna untuk anda, luangkan masa seminit untuk mengekalkannya untuk setahun lagi. Bantu kami lupakan pungutan derma dan kembali ke Wikipedia. Terima kasih.


Dropdown

Ketika saya mengasaskan Wikipedia, saya boleh menjadikannya satu syarikat bermotif keuntungan dengan sepanduk iklan, tetapi saya berhasrat untuk membangunkan sesuatu yang berbeza. Perdagangan adalah baik. Pengiklanan adalah tidak buruk. Tetapi ini bukan tempatnya. Bukan di Wikipedia. — Wikipedia Founder, Jimmy Wales


Donation Box

Sumbangkan apa jua sedaya upaya anda untuk menamatkan pemungutan derma hari ini.


Legal info

Dengan menderma, anda mengongsi maklumat anda dengan Yayasan Wikimedia dan pembekal perkhidmatannya di AS dan tempat-tempat lain selaras dengan polisi privasi penderma kami. Yayasan ini merupakan sebuah organisasi bukan bermotifkan keuntungan dengan status 501(c)(3) yang diperbadankan di A.S untuk pengecualian cukai dengan nombor pendaftaran 20-0049703. Untuk maklumat lanjut, sila baca polisi penderma kami.


Tab

Tutup