This page is a translated version of the page Wikipedia and the translation is 100% complete.
Nota: nama "Wikipedia" sering dikelirukan dengan beberapa nama lain yang serupa; sila lihat glossary untuk mendapatkan penjelasan mengenainya.

Projek ini telah bermula dengan Wikipedia bahasa Inggeris pada 12 Januari 2001. Ia kemudian diikuti edisi bahasa Perancis dan selepas itu oleh bahasa-bahasa yang lain. Usaha besar sedang dijalankan bagi menonjolkan sifat semula jadi antarabangsa projek ini.

Logo Wikipedia bahasa Inggeris.
Logo Wikipedia bahasa Melayu.

Sejak Mac 2024, terdapat 325 Wikipedia yang mempunyai lebih daripada 100 buah rencana, 170 yang mempunyai melebihi 10,000 buah rencana dan 71 yang mempunyai melebihi 100,000 buah rencana.

Sejak Mac 2024, terdapat 339 edisi bahasa-bahasa lain Wikipedia, iaitu secara kelompok mempunyai lebih daripada 62,694,946 juta buah rencana.

Bagi statistik yang terperinci, lihat Senarai Wikipedia .

Pencapaian

Pada 20 September 2004, Wikipedia telah mencapai berjumlah 1,000,000 buah rencana dalam melebihi 100 bahasa.

Pada 1 Mac 2006, Wikipedia Bahasa Inggeris telah mencapai 1,000,000 buah rencana. Pada tahun berikutnya iaitu, 9 September 2007, Wikipedia Bahasa Inggeris telah mencapai 2,000,000 buah rencana. Pada 17 Ogos 2009 pula, Wikipedia Bahasa Inggeris telah mencapai 3,000,000 buah rencana. Pada 13 Julai 2012, Wikipedia bahasa Inggeris telah mencapai 4,000,000 buah rencana dan pada 1 November 2007, Wikipedia bahasa Inggeris telah mencapai 5,000,000 buah rencana.

Berikutan Wikipedia edisi bahasa Inggeris, bahasa Jerman (27 Disember 2009), bahasa Perancis (21 September 2010), bahasa Belanda (17 Disember 2011), bahasa Itali (22 Januari 2013), bahasa Rusia (11 Mei 2013), bahasa Sepanyol (16 Mei 2013), bahasa Sweden (15 Jun 2013), bahasa Poland (24 September 2013), bahasa Waray (8 Jun 2014), bahasa Vietnam (15 Jun 2014), bahasa Cebuano (16 Julai 2014)[1], bahasa Jepun (19 Januari 2016), bahasa Cina (13 April 2018), bahasa Portugi (26 June 2018) dan bahasa Arab (17 November 2019) mempunyai lebih daripada 1,000,000 buah rencana.

Pada 5 September 2015, Wikipedia bahasa Sweden telah mencapai 2,000,000 buah rencana diikuti dengan Wikipedia bahasa Cebuano pada 14 Februari 2016.

Pada 27 April 2016, Wikipedia Sweden mencecah 3,000,000 rencana diikuti oleh Wikipedia Cebuano pada 25 September 2016.[1]

Pada 11 Februari 2017, Wikipedia Cebuano mencecah 4,000,000 artikel.[1]

Pada 8 Ogos 2017, Wikipedia Cebuano memuat 5,000,000 rencana.[1]

Pada 14 Oktober 2021, Wikipedia Cebuano telah mencapai 6,000,000 rencana.[1]

Pada tahun 2004, Wikipedia telah memenangi Anugerah Webby bagi kategori "Masyarakat" dan Prix Ars Electronica bagi kategori "Masyarakat Digital". Pada tahun 2015, Hadiah Erasmus telah dianugerahkan kepada masyarakat Wikipedia secara kelompok.

Versi-versi bahasa

Ucapan tentang Wikipedia

Lihat juga

Catatan

  1. a b c d e Beberapa projek dengan komuniti kecil dan lemah dapat mencapai ukuran besar kerana generasi besar kandungan berkualiti rendah oleh bot. Contoh yang paling mencolok seperti ini ialah Wikipedia Sweden dan Cebuano. Lihat juga Cadangan untuk menutup Wikipedia Cebuano pada bulan Oktober 2017.