This page is a translated version of the page Wikimedia Commons and the translation is 100% complete.

Wikimedia Commons (laman bahasa Melayu) adalah satu repositori dalam talian bagi imej, bunyi, teks bertutur dan fail-fail media lain yang penggunaan bebas. Ia telah dilancarkan pada 7 September 2004.

Logo Wikimedia Commons
Logo Wikimedia Commons

Apakah itu Wikimedia Commons?

 
Perkembangan Wikimedia Commons

Tujuan Wikimedia Commons dibangunkan adalah untuk menyediakan repositori fail media "bagi menjadikan kandungan media pendidikan tersedia dalam domain awam dan berlesan bebas untuk semua, dan bertindak sebagai repositori sepunya untuk pelbagai projek di bawah Yayasan Wikimedia."

Wikimedia Commons adalah satu projek berbilang bahasa. Bahasa lalainya ialah bahasa Inggeris, tetapi pengguna-pengguna berdaftar boleh menyesuaikan antara muka mereka kepada versi penterjemahan yang tersedia dalam bahasa lain. Banyak halaman juga telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Para pengguna digalakkan untuk membantu dalam kerja-kerja penterjemahan.

Sila lihat laman selamat datang dan portal masyarakat untuk butiran penuh dan untuk butiran bersejarah, lihat rancangan projek bersejarah.

Repositori media pusat

Sebelum ini, setiap projek Wikimedia—setiap Wikipedia dan Wikikamus, dan juga Wikibuku, Wikisumber, Wikiversiti dan Wikipetikan—menggunakan ruang nama imej mereka yang tersendiri. Tidak ada cara yang boleh dipercayai untuk merujuk imej di projek yang lain. Banyak media yang dimuat naik secara bebas dan baik di satu-satu wiki tidak akan mendapat perhatian di wiki yang lain. Oleh itu, penduaan dan lewahan karya intelektual dan kreatif tidak lagi diperlukan dan penyelenggaraan dapat ditingkatkan.

Anda boleh menggunakan templat {{Commons}} di projek-projek saudara Pergerakan Wikimedia (contohnya Wikipedia , Wikibuku , Wikiberita ...) untuk dipautkan ke Commons.

Pautan terus ke projek

Untuk laman utama projek ini, sila lihat commons.wikimedia.org untuk butiran lanjut.