Stewards/elections 2009/Guidelines/ms

Laman ini akan membantu pengguna yang berminat untuk mengundi atau menjadi calon dalam pemilihan steward. Sila baca bahagian yang berkaitan di bawah.

Pengundi edit

Sebelum mengundi, anda mestilah:

  • tidak disekat di Meta (wiki ini).
  • Di sekurang-kurangnya mempunyai satu projek Wikimedia, anda harus:
    • mempunyai minimum 600 suntingan sebelum 01 November 2008;
    • mempunyai minimum 50 suntingan antara 01 August 2008 hingga 31 January 2009;
    • mempunyai akaun gabungan di Meta dengan laman pengguna dipautkan ke homewiki anda;
    • bukan sebuah bot.

Anda boleh semak kelayakan anda secara automatik.

Penterjemah edit

Bantulah menterjemah laman-laman ini menjadi bahasa anda:

Cadangan kepada peserta edit

  • Jika homewiki anda tiada notis perlangsungan pencalonan ini, sila tuliskan di papan notis awam anda di sana untuk menggalakkan penyertaan.
  • Berikan soalan untuk calon yang anda suka. Perbincangan yang panjang boleh dipindah ke laman perbincangan untuk kenyataan calon jika perlu. Sila tinggalkan nota supaya peserta lain tahu yang mana untuk dilihat jika berminat.
  • Berikanlah kenyataan satu atau dua baris untuk menyokong/menjelaskan undian anda. Sekali lagi, perbincangan yang panjang (maklum balas kepada undian pengguna lain) boleh dipindahkan, dan sekali lagi, sila tinggalkan nota untuk peserta lain jika mereka berminat.

Calon edit

Syarat-syarat edit

Sebelum mohon status steward, sila pastikan anda:

  • setuju untuk patuh kepada polisi steward;
  • akaun anda aktif di Meta wiki ini;
  • mempunyai akaun sekurang-kurangnya satu di projek Yayasan Wikimedia dan aktif di sana sekurang-kurangnya tiga bulan.

Kerana kerja-kerja steward boleh melibatkan perkara-perkara sah, anda perlulah:

  • berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sebelum hari terakhir undian;
  • tidak kisah untuk memberikan nama penuh dan bukti identiti kepada Yayasan Wikimedia.

Steward seeloknya mampu bertutur berbilang bahasa, kerana kerja-kerja steward selalunya melibatkan projek berlainan bahasa. Mereka perlu ada selalu. Batasan lain, steward tidak digalakkan menggunakan akses kepada projek yang mereka aktif, untuk mengelakkan konflik pendapat, dan digalakkan untuk memerhati dan menghulurkan bantuan di laman permintaan Meta (seperti pengizinan, status bot, dan maklumat pemeriksa). Jika anda guna IRC, sertailah #wikimedia-stewardssambungkan di freenode untuk menjawab permintaan.

Steward yang tidak aktif akan dilucutkan.

Permohonan edit

Untuk memohon menjadi steward, sila ikuti langkah berikut.

Cipta laman kenyataan anda edit

  1. Cipta sublaman di laman bernama "Stewards/elections 2009/statements/nama_pengguna_anda".
  2. Simpan dengan teks berikut, yang akan meletakkan awal pencalonan anda:
    {{subst:sr-new statement 2009}}
  3. Sunting laman itu dengan maklumat berikut:
    • Nama sebenar (tidak wajib);
    • pautan ke akaun pengguna anda di Meta, dan pautan ke akaun kedua aktif anda yang memenuhi syarat.
    • senarai bahasa anda boleh baca dan tulis, menggunakan kod bahasa ringkas Wikimedia (lihat w:Wikipedia:Babel).
    • ringkasan penyertaan anda di Yayasan Wikimedia. penyelia atau birokrat diutamakan, kerja sukarela seperti keahlian pasukan pembalas emel atau or the Jawatankuasa Pengantara Wikipedia, atau maklumat lain yang berkaitan. Sila rujuk kenyataan pemohon lain untuk lebih idea.

Apabila anda sedia, senaraikan sublaman anda di laman pengundian dengan menambah teks berikut mengikut susunan abjad: "{{:Stewards/elections 2009/statements/Nama_pengguna_anda}}". Sukarelawan akan menambah terjemahan kepada pelbagai bahasa untuk anda.

Sertakan bukti identiti edit