Tatakelakuan Sejagat/Peninjauan Rancangan Panduan Penguatkuasaan

This page is a translated version of the page Universal Code of Conduct/Enforcement draft guidelines review and the translation is 98% complete.
Outdated translations are marked like this.
Tatakelakuan Sejagat

Abstrak Rancangan Panduan Penguatkuasaan

Pada bahagian ini ialah abstrak Rancangan Panduan Penguatkuasaan. Abstrak ini dirancang untuk membantu setiap ahli komuniti untuk memahami isi rancangan ini secara ringkas.

SIAPA yang akan bertanggungjawab menguatkuasakan UCoC?

  • WMF, perseorangan yang ditunjuk khusus seperti Pegawai Penguatkuasa, dan sebuah jawatankuasa baru yang bernama Jawatankuasa Penyelaras Tatakelakuan Sejagat (U4C).
  • Jawatankuasa U4C akan mengawasi proses penguatkuasaan UCoC, menangani kes tertentu, mempersiapkan panduan dan latihan, serta memantau penguatkuasaan UCoC.
  • Fungsionaris peringkat tempatan dan global[1] akan mendapatkan panduan bagaimana cara menguatkuasakan UCoC walaupun mereka bukan bahagian dari Jawatankuasa U4C.

BAGAIMANA penguatkuasaan akan dilakukan?

  • Komuniti tempatan, pertubuhan bersekutu, dan WMF secara bersama-sama mengembangkan dan menganjurkan latihan yang ditujukan agar ahli komuniti dapat menangani kes gangguan keselamatan dan perlanggaran UCoC lainnya dengan lebih baik.
  • Panduan ini juga menerangkan cadangan bagi pihak mana yang bertanggungjawab untuk menangani jenis perlanggaran UCoC tertentu.

Selain itu, APA lagi yang perlu dilakukan untuk menguatkuasakan UCoC?

  • Rancangan ini mencatat bahawa proses rayuan mesti dimungkinkan dan tersedia untuk orang perseorangan yang dikenakan sekatan atas perlanggaran UCoC.

BAGAIMANA saya dapat terlibat dalam proses EDGR ini?

  • Jawatankuasa Penggubal telah menyediakan beberapa pertanyaan untuk difikirkan dan dijawab oleh komuniti mengenai panduan ini. Anda dialu-alukan untuk menjawabnya pada forum diskusi yang Anda sukai.

Pengenalan

Jawatankuasa Perumus Fasa 2 Kod Etik Universal meminta komen dan tinjauan mengenai Rancangan Panduan Penguatkuasaan Tatakelakuan Sejagat (UCoC). Tempoh peninjauan akan berlangsung dari 17 Ogos sehingga 7 Oktober 2021. Anda dapat mengulas menggunakan bahasa apa pun pada halaman perbincangan, halaman perbingan versi terjemahannya, perbincangan tempatan, forum perbincangan virtual, jam kerja terbuka, melalui emel ke ucocproject(_AT_)wikimedia.org, atau pada saluran lain.

Maklum balas dari komuniti Wikimedia telah dihimpun sepanjang berlangsungnya tempoh projek UCoC. Kumpulan maklum balas ini ditinjau dan dipelajari oleh sebuah Jawatankuasa Perumus yang beranggotakan 11 orang sukarelawan Wikimedia dan 4 orang kakitangan Yayasan Wikimedia. Jawatankuasa ini bekerja selama beberapa bulan untuk merumuskan sebuah rancangan panduan penguatkuasaan yang akan ditinjau secara komprehensif oleh ahli komuniti. Maklum balas yang dihimpun dari perundingan ini akan dipergunakan untuk memperhalus dan membaiki Rancangan Panduan ini secara keseluruhan.

Anda dapat memilih cara mengulas dalam bahasa mana-mana yang Anda pilih. Perbincangan dalam pelbagai bentuk akan dilangsungkan pada projek-projek Wikimedia menggunakan beberapa bahasa pengantar. Terdapat para sukarelawan yang akan menyelenggarakan perbincangan pada projek tertentu. Para fasilitator juga akan memantau pelbagai saluran dan bersedia untuk menjawab soalan serta mengorganisir perbincangan.

Hasil perbincangan akan diringkas dan dihimpun untuk dipergunakan oleh Jawatankuasa Perumus setiap dua minggu. Ringkasan hasil perbincangan ini akan disiarkan di sini.

Rancangan Panduan Penguatkuasaan

Nota dari Jawatankuasa Penggubal

Harap diketahui bahawa panduan penguatkuasaan UCoC yang diatur oleh Rancangan Panduan Penguatkuasaan ini bersifat iteratif, dan akan dievaluasi secara terus-menerus seiring dengan didapatnya pendapat, pandangan, dan komen dari ahli komuniti. Kami juga telah membekalkan beberapa soalan yang dapat dipertimbangkan oleh ahli komuniti mengenai rancangan panduan penguatkuasaan ini.

Selayang pandang

Pengertian "penguatkuasaan"

Penguatkuasaan ialah pencegahan, pengesanan, pemeriksaan, dan penguatkuasaan atas perlanggaran Tatakelakuan Sejagat. Penguatkuasaan merupakan tanggungjawab dari Jawatankuasa Pengarah Tatakelakuan Sejagat ["Jawatankuasa U4C - nama rasmi akan ditentukan kemudian] dan Yayasan Wikimedia. Penguatkuasaan dilakukan dengan cara yang sedemikian rupa, dalam jangka masa yang munasabah, dan secara konsisten pada gerakan Wikimedia secara keseluruhan. Orang perorangan yang bertugas untuk menegakkan Tatakelakuan Sejagat wajib memahami seluk-beluk UCoC secara baik.

Penguatkuasaan UCoC dilakukan melalui kempen, kerja-kerja pencegahan, pengeluaran nota amaran kepada orang dengan tanda-tanda tingkah laku yang bermasalah, menguatkuasakan sekatan dan hukuman teknikal, atau langkah tambahan yang mungkin pantas dan perlu. Pengguna dengan status fungsionaris tempatan atau global yang menguatkuasakan dasar dan aturan pada ruang Wikimedia, baik di dalam mahupun luar rangkaian, mesti memahami proses dan pengurusan fungsi penguatkuasaan UCoC.

Pengertian "Penguatkuasa" [akan ditentukan]:

Seorang [Penguatkuasa - nama rasmi akan ditentukan kemudian] ialah sukarelawan atau kakitangan pada Gerakan Wikimedia yang sudah terlatih dan mempunyai hak teknikal untuk menghalang, mengesan, menginvestigasi, dan menguatkuasakan peruntukan penguatkuasaan atas perlanggaran Tatakelakuan Sejagat.

Pengertian "Jawatankuasa Pengarah/Jawatankuasa U4C":

Jawatankuasa Penggubal merekomendasikan dibentuknya sebuah jawatankuasa yang bersifat kekal sebagai lembaga yang bertanggungjawab untuk menyelaraskan penguatkuasaan UCoC, sekali gus menjadi rakan kerja dalam penguatkuasaan dengan komuniti Wikimedia dan Yayasan Wikimedia.

"Jawatankuasa U4C" mengawasi laporan perlanggaran UCoC, berkuasa untuk melakukan siasatan tambahan, dan berhak merekomendasikan tindakan yang mesti diambil kepada pihak yang berkuasa apabila diperlukan.

Apabila sebuah kes melibatkan permohonan perlepasan maklumat dari penguatkuasa atau pihak yang sedang merancang saan terhadap seorang pengguna atau Yayasan Wikimedia, "Jawatankuasa U4C" dapat meminta sokongan dan bahan pendidikan dari Yayasan Wikimedia untuk membantu pengguna yang berkait atau pihak-pihak yang berkepentingan mengenai seksyen-seksyen UCoC yang mungkin berkait.

Apabila diperlukan, "Jawatankuasa U4C" dapat membantu Yayasan Wikimedia untuk menangani kes tertentu. Selain itu, "Jawatankuasa U4C" akan mengawasi dan menilai keadaan penguatkuasaan UCoC dan dapat merekomendasikan perubahan tertentu atas naskhah UCoC untuk dipertimbangkan oleh Yayasan Wikimedia dan komuniti Wikimedia.

Selepas dibentuk, jawatankuasa ini akan menentukan sendiri seberapa banyak ahlinya perlu bertemu dan jenis kes yang akan mereka tangani. Kami merekomendasikan agar "Jawatankuasa U4C" menangani kes-kes ini, walaupun keputusan akhir tetap berada di tangan mereka:

  • Apabila tiada struktur tempatan yang dapat menangani sebuah laporan;
  • Apabila struktur tempatan yang terdapat tidak mampu atau merasa perlu untuk meminta pertimbangan akhir dari Jawatankuasa;
  • Apabila terdapat masalah sistemik yang teruk.

Ahli Jawatankuasa akan menandatangani kenyataan larangan pendedahan maklumat rahsia supaya dapat mengakses maklumat yang tidak tersedia bagi awam

Pencegahan (seksyen 1 dan 2 UCoC)

Pencegahan bertujuan untuk memberitahu kewujudan UCoC pada pengguna projek Yayasan Wikimedia dan mempromosikan kepatuhan secara sukarela.

Cadangan penerjemahan UCoC untuk mewujudkan kepatuhan secara sukarela

Versi UCoC yang asli dan mengikat secara hukum adalam dalam bahasa Inggeris. Versi ini mesti diterjemahkan ke dalam bahasa lain pada projek Wikimedia. Jika berlaku perbezaan penafsiran antara versi Inggeris dan sebuah versi terjemahan, versi Inggeris yang asli-lah yang digunapakai.

Cadangan persetujuan atas UCoC dari ahli komuniti dan kakitangan WMF

UCoC berkuatkuasa secara mengikat pada semua orang yang berinteraksi dan menyumbang pada projek dan ruang Wikimedia dalam luar mahu pun dalam talian. Golongan di bawah ini akan diminta untuk menyetujui (melalui kenyataan yang ditandangani atau bentuk lain yang akan ditentukan kemudian) bahawa mereka akan mematuhi UCoC:

  • seluruh ahli Lembaga Pemegang Amanah, kakitangan, dan kontraktor Yayasan Wikimedia;
  • pengguna dengan hak tambahan, seperti namun tidak terhad pada penyelia, birokrat, steward, penyelia antarmuka, dan pemeriksa;
  • semua orang yang menggunakan jenama Yayasan Wikimedia pada acara apa pun (seperti pada nama acara) dan mewakili pertubuhan, komuniti, atau projek Wikimedia pada sebuah acara (seperti, namun tidak terhad pada: menjadi penyaji atau penjaga booth);
  • semua orang yang berupaya untuk mendapatkan pengakuan bersekutu rasmi Wikimedia di luar mahupun dalam projek; seperti, namun tidak terhad pada seseorang atau sekelompok orang yang bekerja untuk mempromosikan dan/atau bekerja sama dalam sebuah acara yang disponsori oleh Wikimedia, atau kajian yang dilakukan dalam konteks kajian baik di dalam mahupun di luar projek;
  • semua orang yang sedang menjalankan tugas sebagai Penguatkuasa UCoC.

Cadangan latihan/pendidikan UCoC untuk komuniti

Komuniti tempatan, pertubuhan bersekutu, dan Yayasan Wikimedia mesti mengembangkan dan mengadakan latihan untuk ahli komuniti. Latihan ini diharapkan dapat membantu ahli untuk mengenal, menangani, dan memitigasi kesan yang ditimbulkan oleh gangguan keselamatan. Latihan ini sekurang-kurangnya meliputi panduan dan peranti pengenalan kelakuan yang tidak beretika dan sistem kerja untuk merespon sebuah kejadian gangguan keselamatan.

Latihan ini akan terdiri atas beberapa peringkat perakuan. Namun begitu, pengguna dengan tingkat latihan tertentu tidak dapat dianggap memiliki kepercayaan dari komuniti, contohnya untuk melakukan tindakan tertentu yang diajarkan pada latihan tersebut.:

    • Peringkat 1: Pengetahuan dasar mengenai UCoC
    • Peringkat 2: Pengendalian perlanggaran UCoC
    • Peringkat 3: Pengendalian permohonan rayuan UCoC
    • Peringkat 4: Sokongan pada mangsa gangguan keselamatan (lihat Anti Harassment Program)

Pautan yang mengarah pada halaman UCoC perlu ditampilkan pada:

    • Halaman pendaftaran pengguna baru;
    • Halaman yang meminta pengesahan apabila seorang pengguna menyunting dalam keadaan tidak masuk log;
    • Bahagian nota kaki pada projek Wikimedia;
    • Bahagian nota kaki pada tapak web pertubuhan bersekutu Wikimedia yang telah diakui;
    • Acara luar talian;
    • Tempat yang dirasa pantas dan perlu

Pekerjaan penanggulangan (seksyen 3 UCoC)

Tujuan dari kerja-kerja penanggulangan ialah untuk membekalkan sistem pemprosesan dan pelaporan kes, membekalkan sumber daya untuk memproses kes, mentakrifkan jenis-jenis perlanggaran yang berbeza-beza serta mekanisme penguatkuasaannya, serta cadangan mengenai alat pelaporan dan mekanisme cadangan rayuan.

Prinsip dasar pemprosesan dan pelaporan kes

  • Mangsa gangguan keselamatan dan pihak ketiga yang menyaksikan kejadian gangguna perlu dapat melaporkan perlanggaran UCoC;
  • Kes perlu diselesaikan melalui pengantaraan, bukannya sekatan pentadbiran, setakat mungkin dapat dilakukan;
  • Kes perlu diselesaikan dalam jangka masa yang munasabah, setakat mungkin dapat dilakukan;
  • Kes dapat diprioritaskan untuk diselesaikan segera dalam keadaan yang dapat dijelaskan;
  • Pelaporan kes yang tidak dapat dijelaskan (seperti namun tidak terhad pada laporan yang tidak berniat baik) dan tidak memerlukan siasatan perlu ditolak (dan kod ID perkara perlu tetap sah);
  • Kes ringan, seperti namun tidak terhad pada, vandalisme biasa mesti diselesaikan melalui proses penyuntingan rutin yang telah ada dalam projek wiki tersebut;
  • Kes dapat diajukan untuk diperiksa ke atas apabila diperlukan;
  • Sekatan yang dijatuhkan perlu selaras dengan fungsi pelanggar tersebut dalam konteks UCoC (kakitangan, pengguna yang terpilih atau dipilih, sukarelawan, dll.), intipati dari perlanggaran tersebut, dan kadar dampaknya;
  • Cadangan rayuan perlu ada dan dikendalikan oleh lembaga yang berbeza dari yang menjatuhkan keputusan atas perkara yang dimintakan rayuan.

Menyediakan sumber daya untuk memproses laporan kes

Masukan di bawah ini merekomendasikan agar kewujudan badan timbang tara untuk projek-projek Wikimedia dapat diperluas:

  • Kami merekomendasikan pembentukan Jawatankuasa Timbang Tara yang berkuasa atas beberapa projek dengan jenis yang berbeza namun dalam bahasa yang sama sebagai model sistem penegakan UCoC yang lebih berkesan;
  • Sekelompok projek Wikimedia yang berukuran besar disarankan untuk mempunyai sebuah Jawatankuasa Timbang Tara; ukuran besar-kecilnya sekelompok projek pada semasa ini dilihat dari jumlah pengguna dan penyelia aktif, dan ini dapat diperluas dengan terperinci oleh Jawatankuasa U4C bersama Yayasan Wikimedia;
  • Jawatankuasa Timbang Tara dalam model yang tersebut di atas perlu tidak bersifat Wikipedia-sentris; disarankan untuk memberikan domain yang bersifat berkecuali seperti "id.wikiarbcom.org";
  • Projek dalam bahasa yang berbeza-beza dapat memilih untuk tunduk dalam kekuasaan Jawatankuasa Timbang Tara dalam model yang tersebut di atas jika dipersetujui oleh komuniti tempatannya.

Jenis perlanggaran dan mekanisme atau kumpulan penguatkuasaan

Bahagian ini akan memperinci senarai jenis perlanggaran yang berbeza (ditulis tebal), bersama mekanisme penguatkuasaan yang direkomendasikan.

  • Perlanggaran berkait ancaman keganasan fizikal:
    • Dikuatkuasakan oleh divisyen Trust & Safety
  • Perlanggaran berkait ancaman undang-undang
    • Perkara diteruskan kepada bahagian Legal Yayasan Wikimedia atau kakitangan profesional lain yang dapat menaksir peringkat situasi apabila diperlukan
  • Perlanggaran berkait sistem urus pertubuhan bersekutu
    • Dikuatkuasakan oleh Jawatankuasa Pertubuhan Bersekutu
  • Kegagalan dalam mematuhi UCoC secara sistemik
    • Dikuatkuasakan oleh "Jawatankuasa U4C";
    • Perlanggaran lintas-wiki akan dikuatkuasakan oleh "Jawatankuasa U4C" dalam peringkat pentadbiran
  • Perlanggaran UCoC di luar ruang wiki (contohnya, namun tidak terhad pada: acara penyuntingan luar rangkaian atau kegiatan lain seperti perbincangan pada platform media sosial dan senarai mel)
    • Dikuatkuasakan oleh "Jawatankuasa U4C" jika perkara tersebut dimintakan rujukan oleh penganjur acara atau kumpulan bersekutu tempatan
  • Perlanggaran UCoC di dalam ruang wiki
    • Perlanggaran lintas-wiki: dikuatkuasakan oleh "Jawatankuasa U4C" secara langsung mahupun dari rujukan penyelia global atau steward dan dari lembaga yang menangani perlanggaran UCoC pada satu projek tertentu. Diskusi lebih lanjut dengan kumpulan pemegang hak ini diperlukan sebelum mencapai keputusan akhir.;
    • Perlanggaran pada satu projek wiki tertentu: dikuatkuasakan oleh komuniti projek Wikimedia tersebut sesuai dengan panduan yang sudah terdapat (contohnya, namun tidak terhad pada: vandalisme, pemasukan maklumat yang salah atau bias, penyalahgunaan kekuasaan, penghindaran dari sekatan)

Cadangan untuk peranti pelaporan dan pengendalian kes

Yayasan Wikimedia perlu menciptakan dan mengurus sebuah sambungan MediaWiki berupa peranti pelaporan dan pengendalian untuk kes perlanggaran UCoC, dengan tujuan untuk mengurangi cabaran teknikal dalam melaporkan dan menangani perlanggaran UCoC. Peranti pelaporan ini perlu dapat mencatat butiran perlanggaran dan identiti tentang si pelapor serta ahli komuniti lain yang terbabit di dalam kes ini.

Laporan mestinya mengandung maklumat yang cukup untuk dapat diproses dan menjadi nota yang berguna untuk perkara yang sedang ditangani. Maklumat yang termasuk ialah, namun tidak terhad pada:

  • Peruntukan UCoC mana yang dilanggar oleh kejadian yang dilaporkan;
  • Siapa atau apa yang mengalami kerugian akibat kejadian yang dilaporkan;
  • Masa dan tanggal kejadian;
  • Tempat kejadian;
  • Maklumat lainnya yang dapat membantu lembaga penguatkuasa untuk menangani kes ini dengan baik.

Peranti ini perlu berjalan dengan berdasarkan pada prinsip mudah-pakai, privasi dan keanoniman, pemprosesan yang fleksibel, dan pendokumentasian terbuka.

Privasi dan keanoniman
  • Laporan perlu dapat diakses oleh awam (sehingga butiran kes dapat dilihat semua orang) atau dengan peringkat privasi tertentu, contohnya nama si pelapor dan/atau si pesalah disembunyikan;
    • Perlu dicatat juga bahawa peringkat privasi yang lebih tinggi dapat menyekat opsyen penyiapan perkara yang terdapat; contohnya, pengantaraan secara awam sebagai pengganti dari sekatan pentadbiran mungkin tidak akan dapat dilakukan untuk laporan yang bersifat sepenuhnya rahsia;
  • Laporan dapat diberikan dalam keadaan masuk atau pun keluar log
Pengendalian
  • Laporan dapat dikendalikan secara rahsia oleh lembaga yang ditugaskan untuk menguatkuasakan perlanggaran UCoC;
  • Laporan dapat diteruskan pada lembaga lain yang berkepentingan;
  • Sebuah kes lama yang menyangkut terlapor yang sama dapat dipautkan dengan kes yang baru, termasuk laporan kes yang dibuat secara langsung atau di luar ruang wiki;
  • Sistem pelaporan mesti dapat menyepadukan atau mendokumentasikan sebuah laporan kes yang disampaikan secara langsung;
  • Kakitangan yang menangani pelaporan kes mesti dapat menapis laporan yang tidak beritikad baik
Pendokumentasian terbuka
  • Semua kes mesti dapat diarsipkan secara awam dan dapat dicari, dan dalam waktu yang sama dapat menjaga privasi dan keselamatan pada perkara yang bersifat sulit;
  • Setiap kes mesti mendapatkan sebuah kod pengenalan awam dengan tujuan untuk menjamin keterlihatan secara awam;
  • Pengumpulan data secara terhad mengenai kegunaan peranti ini untuk tujuan statistik dan melaporkan mengenai penguatkuasaan UCoC pada awam mesti diperbolehkan, selaras dengan prinsip pengumpulan data sesedikit mungkin dan penghormatan terhadap privasi ahli komuniti

Para pengguna yang bertugas menguatkuasakan UCoC tidak diwajibkan untuk menggunakan peranti ini dan dapat memilih untuk menggunakan alat apa saja yang mereka rasa perlu dan baik, dengan syarat mereka memproses perkara tersebut selaras dengan prinsip mudah-pakai, privasi dan keanoniman, pemprosesan yang fleksibel, dan pendokumentasian terbuka.

Cadangan mengenai struktur penguatkuasaan tempatan

Kami menganjurkan agar struktur penguatkuasaan yang sudah ada agar dapat mengemban tanggung jawab untuk menerima dan menangani perlanggaran UCoC seboleh mungkin dan selaras dengan panduan ini. Untuk memastikan penguatkuasaan UCoC bersifat konsisten di seluruh penjuru gerakan Wikimedia, kami merekomendasikan prinsip di bawah ini dalam menangani perlanggaran UCoC pada sebuah projek.

Sokongan dan latihan
  • Yayasan Wikimedia membekalkan sokongan penerjemahan apabila laporan disampaikan dalam bahasa yang tidak dipahami oleh kakitangan penguatkuasa, terutamanya apabila penerjemahan oleh mesin tidak cukup bagus atau mempunyai masalah tertentu;
  • Program latihan untuk pengguna berstatus fungsionaris dan kakitangan mengenai proses penguatkuasaan yang semestinya dan pemahaman UCoC secara praktikal
Keadilan dalam proses
  • Adanya sebuah dasar konflik kepentingan yang dapat membantu para penyelia atau pengguna lain untuk menentukan bila perlu abstain atau tidak terlibat dalam pengendalian perkara yang berkait dengan diri mereka sendiri secara langsung
  • Selaras dengan proses timbang tara Wikimedia yang sudah berjalan, sesiapapun yang disebut namanya secara jelas dalam suatu kes mesti menarik diri dalam penanganannya;

Kami merekomendasikan Yayasan Wikimedia untuk menciptakan sebuah sistem di mana para penyumbang dapat menyuarakan ada mereka merasa selesa atau tidak selesa terlibat dalam projek tertentu atau tidak.

Perhubungan yang lancar antara para penyelia tempatan

Para penyelia tempatan mesti mempunyai ruang dan panduan serta dianjurkan untuk saling bekerja sama untuk menyokong proses tinjauan dan pengambilan keputusan, terutamanya apabila isu tersebut bersifat rumit (contohnya apabila melibatkan banyak orang atau riwayat penyuntingan halaman yang panjang)

Keterbukaan proses
  • Komuniti dan Yayasan Wikimedia perlu membekalkan dokumentasi mengenai jenis dan peringkat kegawatan suatu gangguan keselamatan. Dokumentasi ini dapat membantu memetakan hasil penyiapan gangguan yang berbeza-beza dan membantu para penyelia atau lembaga penguatkuasaan lain untuk menentukan peringkat kegawatan situasi secara sendiri-sendiri.

Syarat Kegunaan Wikimedia tidak berkuasa pada perbualan tentang Wikimedia yang berlangsung di luar ruang wiki secara rasmi atau separuh-rasmi (contoh: Discord, Telegram, dll.) Ruang perbualan seperti ini diatur oleh dasar tingkah laku dan syarat kegunaan masing-masing. Namun begitu, kelakuan para Wikimedian pada platform ini dapat diterima sebagai bukti tambahan dalam laporan perlanggaran UCoC. Kami merekomendasikan ruang luar projek ini untuk membuat panduan yang tidak menganjurkan pemindahan konflik di ruang wiki ke platform pihak ketiga.

Cadangan pengendalian rayuan

Pengguna yang telah terbukti melanggar UCoC mesti dapat mengemukakan rayuan atas keputusan tersebut. Rayuan dapat diajukan atas keputusan terkait adakah perlanggaran UCoC berlaku atau tidak, cara pelaksanaan siasatan, atau mengenai sekatan yang dijatuhkan pada pengguna akibat perlanggaran UCoC. Rayuan perlu dikendalikan oleh pihak ketiga yang tidak terlibat dalam proses awal penguatkuasaan. Pihak ini mesti membuat keputusan berdasarkan faktor yang berikut ini:

  • Peringkat kegawatan perlanggaran UCoC;
  • Riwayat perlanggaran UCoC sebelumnya dari para pengguna yang terlibat;
  • Peringkat kegawatan sekatan atas pengguna yang melanggar UCoC;
  • Kesan yang disebabkan oleh perlanggaran UCoC tersebut terhadap pengguna, kumpulan pengguna, dan projek secara keseluruhan

Lembaga penguatkuasaan tempatan dapat memilih untuk mempertimbangkan faktor lain atas dasar kepentingan apabila memutuskan untuk menerima atau menolak suatu rayuan. Butiran logistik mengenai proses rayuan pada suatu projek ditentukan oleh lembaga itu sendiri. Jika pihak ketiga yang bertugas tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa laporan aslinya, mereka dapat menerima bantuan penerjemahan dari lembaga penguatkuasaan tempatan.

Memandang ke hadapan

Harap dicatat bahawa panduan penguatkuasaan UCoC yang diatur oleh Rancangan Panduan ini bersifat iteratif, dan akan dievaluasi secara terus-menerus seiring dengan adanya pendapat, pandangan, dan komen dari ahli komuniti. Kami juga telah membekalkan beberapa soalan yang dapat dipertimbangkan oleh komuniti mengenai rancangan panduan ini.

Masa peralihan untuk percubaan peranti pelaporan dan pembentukan "Jawatankuasa U4C" akan berlangsung selama satu tahun. Selepas tempoh tersebut selesai, dasar ini akan dapat diubah menggunakan hasil pemerhatian untuk membaiki peranti pelaporan dan memperluas pengertian secara lebih jauh mengenai tugas lembaga penguatkuasaan.

Soalan terbuka untuk komuniti

  • Eskalasi: Ke mana laporan akan diarahkan; lembaga apa yang mesti menanganinya.
  • Aturan rayuan (selepas soalan sebelumnya mengenai "Ke mana laporan akan diarahkan" telah terjawab).
    • Mestikah Jawatankuasa U4C mendengar pula kes individual atau pada kes rayuan sahaja?
    • Bilakah seseorang dapat mengemukakan rayuan atas putusan perlanggaran UCoC?
    • Bukti atau kelakuan apa yang perlu dipertimbangkan sebelum memberikan peluang rayuan?
    • Siapa yang akan menangani proses rayuan?
    • Seberapa banyak peluang seseorang untuk mengemukakan rayuan atas putusan perlanggaran UCoC?
  • Setakat mana projek Wikimedia secara sendiri-sendiri dapat menentukan seberapa jauh mereka dapat menguatkuasakan UCoC?
  • Bagaimana cara memilih ahli "Jawatankuasa U4C"?
    • Senarai kumpulan pengguna yang direkomendasikan semasa ini ialah, namun tidak terhad pada: Pemeriksa, Pengawas, Birokrat, Penyelia projek tempatan, ahli Jawatankuasa Timbang Tara, kakitangan Yayasan Wikimedia, pertubuhan bersekutu, dll.
    • Perlukah sebuah jawatankuasa sementara dibentuk sembari menunggu terbentuknya "Jawatankuasa U4C"?
  • Perlukah jawatankuasa kod etik global lainnya, seperti Jawatankuasa Kod Etik Teknikal, dileburkan kepada "Jawatankuasa U4C"?

Rujukan

  1. Pengguna dengan hak tertentu, seperti namun tidak terhad pada penyelia, birokrat, dsb.