This page is a translated version of the page Wikispecies and the translation is 86% complete.
Outdated translations are marked like this.

Wikispesies adalah salah satu projek Yayasan Wikimedia dan telah dilancarkan pada 5 September 2004. Butiran bagaimana projek ini dimulakan boleh dijumpai di halaman soalan lazim. Ia tersedia dalam pelbagai bahasa dan tidak mempunyai kelainan bahasa, seperti Commons.

Wikispesies dibangunakan dengan tujuan untuk menjadi rujukan dan direktori taksonomi bebas, untuk kedua-dua ahli sains dan pembaca biasa. Ia wujud sebagai suatu pangkalan data pengagregatan pengelasan dan salasilah genetik bagi semua spesies hidupan daripada enam alam. Walau bagaimanapun, kandungannya mengenai hidupan adalah berbeza dengan rencana di Wikipedia, di mana penjelasan dan perbincangan sebenar diabaikan di Wikispesies tetapi sebaliknya digantikan dengan akar taksonomi bagi spesies. Setakat Januari 2017, terdapat lebih daripada 500,000 rencana spesies tersedia di Wikispesies.

Keperluan projek seperti Wikispesies kerana kurangnya pusat formal untuk pengelasan taksonomi. Ia adalah satu masalah besar untuk bidang biologi pada masa dahulu dan hari ini adalah kerana pengumpulan pengelasan spesies yang tidak tertib oleh manusia. Ketiadaan pusat yang sesuai untuk tujuan itu menyebabkan masalah berlaku terhadap pelbagai pengelasan bagi spesies yang sama untuk beberapa kali. Kejayaan Wikipedia dalam menyelenggara dan mengekalkan jumlah pengetahuan yang banyak telah menunjukkan bahawa penggabung dalam talian merupakan alat yang terbaik untuk direktori spesies yang sememangnya diperlukan oleh masyarakat biologi.

Lihat juga