Wikimedia Foundation Board noticeboard/Mei 2020 - Kenyataan Lembaga Pemegang Amanah tentang budaya komuniti yang sihat, inklusiviti, dan ruang selamat
Kenyataan tentang budaya komuniti yang sihat, inklusiviti, dan ruang selamat
Tingkah laku yang mengganggu dalam gerakan Wikimedia bercanggah dengan visi, misi dan nilai-nilai yang kita anut bersama. Kelakuan seperti itu mempengaruhi kemampuan kita kita untuk melengkapi, berbagi, dan membebaskan pengetahuan; merosak dan mengganggu keselesaan perseorangan; dan mengancam keberlangsungan dan kesihatan jangka panjang projek-projek Wikimedia. Lembaga Pemegang Amanah berpendirian bahawa secara amnya, kita belum mencapai tahap yang menjanjikan dalam usaha untuk menciptakan sebuah komuniti yang inklusif, bebas gangguan, dan menyambut baik siapa sahaja; di mana semua orang dapat menyumbang secara produktif dan berinteraksi dengan konstruktif.
Menyedari pentingnya hal ini, Lembaga Pemegang Amanah meminta Yayasan Wikimedia untuk meningkatkan kerja sama dan gotong royong dalam membaiki hal ini dengan komuniti. Hal ini perlu diwujudkan dengan cara membina peranti dan amalan berkeberlanjutan yang memansuhkan gangguan; mempromosikan inklusiviti; menumbuhkan sebuah ruang komuniti yang saling hormat-menghormati; mengurangi gangguan kepada ahli komuniti; melindungi projek-projek Wikimedia dari disinformasi dan pihak-pihak yang berkepentingan jahat; dan menjunjung tinggi kepercayaan di projek-projek Wikimedia.
Secara khas, Yayasan Wikimedia perlu:
- Merumuskan dan menguatkuasakan sebuah Tatakelakuan Sejagat (UCoC) yang akan berkuatkuasa sebagai sebuah piawaian dasar minima di seluruh projek Wikimedia.
- Pada tahap pertama, merumuskan dasar untuk acara dalam dan luar talian, ruang-ruang teknikal, dan seluruh projek dan wiki Wikimedia, dan digubal secara bergotong-royong dengan komuniti Wikimedia di seluruh dunia, perlu disampaikan kepada Lembaga Pemegang Amanah untuk disahkan sebelum 30 Ogos 2020.
- Pada tahap kedua, menjelaskan mekanisme dan laluan penguatkuasaan yang terang dan jelas, dan dikembangkan dengan cadangan dan masukan dari komuniti Wikimedia, perlu disampaikan ke Lembaga Pemegang Amanah untuk diratifikasi sebelum akhir tahun 2020;
- Menjatuhkan sekatan, hukuman dan/atau batasan keterlibatan di gerakan Wikimedia bagi ahli komuniti yang melanggar dasar ini beserta Syarat Kegunaan;
- Bekerja sama dengan para pemegang amanah di komuniti untuk merumuskan sebuah proses[1] peninjauan yang bersifat retroaktif untuk perkara-perkara yang diajukan oleh pihak-pihak yang terlibat, kecuali perkara-perkara yang mempunyai akibat undang-undang yang besar atau alasan lain; dan
- Meningkatkan peringkat sokongan dan kerja sama dengan para pemegang amanah di komuniti secara ketara, utamanya melaksanakan sokongan tersebut dengan cara yang memprioritaskan keselamatan peribadi mereka.
Hingga dasar yang dimandatkan dapat dikuatkuasakan, Lembaga Pemegang Amanah mengarahkan Yayasan Wikimedia untuk mengadopsi dan menguatkuasakan dasar yang dianggap perlu untuk mengurangi gangguan pada projek-projek Wikimedia dan mengurangi resiko undang-undang kepada gerakan dan bekerja sama dengan komuniti apabila mungkin. Hingga dua tahapan UCoC terselesaikan, sebuah proses peninjauan sementara yang melibatkan para pemegang amanah komuniti akan dikuatkuasakan. Untuk sementara masa, Jawatankuasa Produk Lembaga Pemegang Amanah akan juga memberikan pertimbangan bagi tim Trust & Safety.
Untuk mewujudkan mandat ini, Lembaga Pemegang Amanh mengarahkan Yayasan Wikimedia, bekerja sama dengan komuniti, untuk melaburkan sumber daya tambahan untuk kerja-kerja Trust & Safety, termasuk namun tidak terhad pada: pembangunan peranti yang diperlukan untuk membantu para sukarelawan dan kakitangan; kajian untuk menyokong pengambilan keputusan yang berdasarkan pada data; pembangunan matriks yang jelas untuk mengukur peringkat kejayaan; pembangunan bahan dan peranti latihan, seperti membina kapasiti komuniti dalam upaya kesedaran anti-gangguan dan penyelesaian konflik; dan proses perundingan dengan pakar-pakar internasional dalam bidang gangguan, kesihatan komuniti, dan hak-hak anak; serta perekrutan kakitangan tambahan.
Tindakan-tindakan tersebut di atas perlu dikoordinasikan secara gotong-royong dengan rakan-rakan yang sehala tujuannya dengan gerakan, dengan tujuan untuk meningkatkan kapasiti komuniti untuk mengatur rumah tangga sendiri dalam hal tingkah laku, dan mengurangi ketergantungan jangka panjang atas tindakan yang diambil oleh kakitangan Yayasan Wikimedia. Lembaga Pemegang Amanah dan penyelia eksekutif Yayasan Wikimedia berkepentingan untuk memajukan usaha ini demi wujudnya gerakan Wikimedia yang berterusan dan menyokong, bukannya menggantikan, model-model pengurusan rumah tangga komuniti yang efektif.
Kami menyerukan seluruh ahli gerakan Wikimedia untuk bergotong-royong mewujudkan nilai-nilai keterbukaan dan inklusivitas Wikimedia; bergerak dengan kapasiti masing-masing untuk menciptakan sebuah budaya yang aman dan menyambut baik semua orang; menghentikan tingkah laku yang mengganggu dan mengedepankan permusuhan; menyokong mereka yang telah menjadi mangsa tingkah laku seperti itu; membantu mereka yang berniat baik untuk mula menyumbang; dan membantu menentukan satu harapan tingkah laku yang jelas untuk seluruh ahli komuniti.
Atas nama Lembaga Pemegang Amanah, Raystorm (talk) 21:50, 22 Mei 2020 (UTC)
- ↑ Tanbihat: peninjauan yang dimaksudkan berlangsung selepas adanya perbuatan, dan bukan sebagai syarat untuk mengambil sebuah tindakan.