This page is a translated version of the page PRISM and the translation is 94% complete.
Outdated translations are marked like this.

PRISM, pengawasan kerajaan dan Wikimedia: Berikan maklum balas anda

Pada minggu lalu, beberapa media utama telah menerbitkan maklumat tentang program pengawasan internet kerajaan Amerika Syarikat yang dikenali sebagai PRISM [1] yang melaporkan bahawa progam tersebut akan mengumpul maklumat peribadi dari pelayan pembekal perkhidmatan yang berpusat di Amerika Syarikat.[2] Kebanyakan pembekal perkhidmatan yang didakwa terlibat telah menafikan penyertaan dalam PRISM,[3] Akan tetapi, Presiden Obama nampaknya mengakui kewujudan dan mempertahankan fungsi program ini.

Ketidakpastian dan soalan-soalan terbuka tentang skop dan sifat PRISM kekal. Laporan-laporan awam ini dan konflik antara mereka menimbulkan kebimbangan dalam komuniti Wikimedia, termasuklah Yayasan Wikimedia.

Apakah pendirian kami?

Yayasan Wikimedia tidak menerima sebarang permintaan atau arahan rasmi untuk menyertai PRISM, untuk mematuhi Akta Pemantauan Risikan Luar Negara (FISA), atau untuk menyertai atau memudahkan sebarang program pemantauan risikan rahsia. Kami juga tidak pernah "mengubah" sistem-sistem kami agar pemantauan oleh kerajaan menjadi lebih mudah, seperti yang telah didakwa oleh New York Times telah dilakukan oleh sesetengah pembekal perkhidmatan.[4]

Mengapakah kami prihatin?

Kebebasan bersuara dan akses kepada maklumat adalah teras nilai-nilai Wikimedia. Nilai-nilai ini boleh dijejaskan melalui pengawasan: para penyunting dan pembaca sudah pasti tidak rela menulis dan menyatakan tentang diri mereka secara jujur dan bebas. Secara ringkas, "hak-hak privasi adalah perlu untuk kebebasan ilmiah."

Tambahan lagi, walaupun PRISM ialah program kerajaan Amerika Syarikat, sifat sejagat trafik internet, dan dakwaan perkongsian maklumat pengawasan antara kerajaan, bermaksud yang pengguna Internet di seluruh dunia berpotensi terjejas. Oleh sebab ini, kami merasakan satu kewajiban kepada seluruh komuniti "global" kami yang terdiri daripada penyumbang-penyumbang dan pembaca-pembaca untuk lebih memahami (dan mungkin juga memberi tindak balas kepada) isu ini.

Perundingan dan tindakan

Oleh sebab kebanyaknya soalan-soalan berkenaan PRISM tidak terjawab dan kepentingan isu ini terhadap nilai-nilai teras kami, kami rasakan adalah perlu untuk berunding dengan komuniti Wikimedia berkenaan langkah-langkah seterusnya yang perlu diambil.[5] Pada pandangan kami, kerajaan-kerajaan perlu telus kepada masyarakat awam. Ketelusan ini adalah penting kepada kemampuan kita (dan organisasi-organisasi dengan pendapat yang sama) untuk menentukan sama ada satu cabaran perlembagaan atau undang-undang adalah patut dalam keadaan seperti ini.

Mozilla, Yayasan Sempadan Elektronik, Yayasan Perisian Bebas, dan Pusat Demokrasi dan Teknologi, antara lain, telah mula bekerjasama berkenaan isu ini. Mereka telah bermula dengan menyediakan satu surat terbuka kepada Kongres A.S., meminta ketelusan, penyiasatan, pembaharuan dan kebertanggungjawaban, dan telah meminta individu-individu dan mana-mana organisasi lain yang berminat—seperti Yayasan Wikimedia—untuk menyertai mereka.

Seperti yang kami lihat, kami mempunyai peranan yang penting untuk dimainkan dalam membantu memastikan perlindungan kepada ekspresi bebas dan akses kepada informasi kerana ia berkaitan dengan misi kami. Kami merasakan yang Yayasan Wikimedia perlu bekerjasama dengan organisasi-organisasi ini, dan mungkin juga yang lain, dan menyertai usaha mereka untuk meminta kerajaan bertanggungjawab ke atas dan menjelaskan program pengawasan internet mereka.

Dengan ini, kami mahu mendengar daripada anda berkenaan hal-hal ini sebelum kami mengambil sebarang tindakan. Perlukah kami menyertai organisasi-organisasi ini dalam pernyataan dan usaha awam mereka kerana ia berkaitan dengan nilai-nilai dan misi komuniti Wikimedia? Mohon berikan pendapat anda di halaman perbualan. Kami akan mengambil kira semua respon, tetapi, kerana semua perkara berlaku dengan pantas, kami rasa kami perlu membuat keputusan berkenaan hal ini menjelang 21 Jun 2013.[6]

Nota

  1. The Washington Post dan The Guardian telah memaparkan berita berkenaan pada Jun 6
  2. Laporan awal mendakwa bahawa jumlah data yang luar biasa boleh dicapai melalui program ini. Namun demikian, laporan CNET melaporkan bahawa program tersebut sudah mula meliputi pengkhususan data.
  3. TechCrunch telah menerbitkan penafian daripada lapan organisasi yang didakwa terlibat.
  4. Pemantauan boleh dilakukan tanpa kerjasama kami. Kesannya, intipan ke atas trafik internet umum oleh kerajaan atau lain-lain mungkin memberi kesan kepada penyumbang-penyumbang dan pembaca-pembaca kami. Untuk menghalang ini, laman-laman Wikimedia boleh dicapai dalam HTTPS, dan pemasangan HTTPS Everywhere menjadikan ini sebagai pilihan lalai. Kami sedang berusaha untuk menjadikan HTTPS sebagai pilihan lalai untuk para pembaca dan pengguna berdaftar masuk tanpa keperluan memasang "lanjutan" (extension). Maklumat terbaru akan dipos di blog kejuruteraan kami.
  5. Seperti yang anda tahu, komuniti Wikimedia bekerja dengan Yayasan Wikimedia untuk menubuhkan satu polisi tentang kaitan yayasan ini dengan sesetengah isu politik atau polisi. Ia digunapakai antara lain apabila Yayasan Wikimedia mahu bekerjasama dengan organisasi-organisasi lain untuk mengambil tindakan ke atas soalan politik atau polisi tertentu. Di bawah polisi ini, rundingan komuniti adalah sangat bernilai.
  6. Cadangan ini hanya bertujuan untuk memaklumkan penyertaan Yayasan Wikimedia dan tidak bertujuan untuk menghalang mana-mana ahli Wikimedia untuk bertindak mengikut kemampuan sendiri.