This page is a translated version of the page Wikimedia Resource Center/Walkthrough and the translation is 100% complete.

Selamat datang ke Pusat Sumber Wikimedia! Kami gembira anda di sini.

Matlamat Pusat Sumber Wikimedia ialah untuk memudahkan ahli Wikimedia mendapatkan sumber bahan yang akan membantu dalam kerja-kerja mereka.


Adakah ini laman yang betul?

Pusat Sumber Wikimedia mungkin tidak mengandungi apa yang anda sedang cari.

  • Saya tidak tahu apa pun mengenai Wikimedia
    • Anda boleh membaca dengan lebih lanjut mengenai gerakan Wikimedia di sini.
  • Saya ialah seorang wartawan yang menulis mengenai Wikimedia
  • Saya mewakili organisasi yang menyatakan minat untuk menjadi rakan kongsi dengan Wikimedia
  • Saya masih baru dalam Wikimedia dan ingin mempelajari dengan lebih lanjut mengenai penyumbangan
    • Selamat datang! Pusat Sumber Wikimedia sepatutnya mengandungi pelbagai sumber bahan yang dapat membantu, namun jika anda mencari pengenalan awal, laman berikut mungkin berguna:
  • Saya menyumbang kandungan untuk projek Wikimedia
  • Saya terlibat dalam pembangunan aplikasi MediaWiki dan/atau membuat penulisan alatan teknikal, skrip, bot, dll. untuk projek Wikimedia
  • Saya mengendalikan program khidmat masyarakat yang boleh memperkasakan projek-projek Wikimedia dan membina komuniti
  • Saya berkhidmat dalam melakukan tugas-tugas urus tadbir organisasi berkaitan Wikimedia (cawangan, kumpulan pengguna, dll.)
  • Saya tidak pasti peranan saya, namun masih berminat untuk mengetahui apa yang Pusat Sumber Wikimedia boleh tawarkan

Bagaimana Pusat Sumber Wikimedia digunakan

Pusat Sumber Wikimedia atau PSW, merujuk kepada laman Pusat Sumber Wikimedia dan laman di bawahnya. Anda boleh menganggap PSW sebagai direktori atau lamam indeks, mengumpulkan beberapa pautan yang dipercayai.

Bahan rujukan

Setiap bahagian dalam senarai PSW menyenaraikan bahan rujukan. Umumnya, bahan rujukan ialah sumber yang digunakan bagi membantu ahli Wikimedia dalam memenuhi misi kami. Bahan rujukan termasuklah dokumen, hubungan dengan individu lain, sumber kewangan, templat, kit alatan, dan lain-lain. Bahan rujukan boleh didapati di Meta-Wiki atau di mana-mana. Laman sumber bahan di pusat ini direka bagi membantu anda dengan kerja-kerja sukarelawan serta projek organisasi dan program dalam gerakan Wikimedia. Anda mungkin ingin menganjurkan pertandingan foto, namun anda tidak pasti rujukan mengenai bot atau templat untuk melakukannya, atau bagaimana cara untuk memastikan penglibatan komuniti sepanjang pertandingan berlangsung, atau mempelajari metrik yang diperlukan dengan merujuk kepada sejarah data program. PSW akan membantu anda dalam melengkapkan setiap tugasan.

Kategori

Bahan rujukan disusun mengikut kategori kefungsian, dipaparkan sebagai tajuk seksyen dalam laman PSW ini. Ianya tidak dikumpulkan berdasarkan kepada kehendak pasukan Yayasan Wikimedia, tetapi sekumpulan topik umum yang memperincikan bahan rujukan yang berbeza. Kategori terkini adalah:

  • Berhubung dan Soalan - Mungkin anda mempunyai soalan mengenai Yayasan ini, atau ingin bertanyakan soalan kepada Yayasan. Bahagian Berhubung dan Soalan merupakan permulaan yang baik. Ia mengandungi senarai soalan lazim, laman untuk bertanyakan soalan, portal untuk berhubung atas kecemasan, dan cara untuk menghubungi sukarelawan lain.
  • Pembangunan Kemahiran - Yayasan menyokong program dan peningkatan komuniti di peringkat keseluruhan gerakan. Anda boleh mempelajari mengenai penilaian impak terhadap program yang dikendalikan anda sendiri, membaca mengenai dapatan dan iktibar yang kami kumpulkan sepanjang gerakan dalam "Corak Dapatan", dan mencari alatan program. Anda juga boleh mempelajari mengenai Pembangunan Kapasiti Komuniti, dan menginspirasi kempen untuk mengumpul idea bersumberkan khalayak ramai.
  • Sokongan dana - Sukarelawan dan rakan kongsi layak untuk ditaja melalui dana. Laman dana di pusat ini akan membantu anda untuk mengetahui pelbagai jenis dana yang disediakan di Yayasan ini dan apa yang telah kami pelajari selama kami menyokong komuniti melalui pendanaan.
  • Sokongan Program - Tiga program Wikimedia memiliki staf sokongan khusus dari Yayasan Wikimedia. Dalam tab ini, anda akan mencari siapa yang patut dihubungi, dan bahan sumber untuk Program Pendidikan Wikipedia, Pustaka Wikipedia dan inisiatif GLAM.
  • Asas Perisian - Bahan pengenalan untuk pembangunan perisian dalam komuniti Wikimedia. Di sini, anda akan mempelajari bagaimana untuk melaporkan pepijat, mendokumen antara muka penterjemahan, ikuti projek di Phabricator, dan mempelajari mengenai acara untuk pembangun.
  • Pembangunan Perisian - Yayasan mereka dan membangunkan alatan dan fungsi-fungsi dengan berkolaborasi bersama komuniti besar MediaWiki.
  • Infrastruktur Teknikal - Asas teknikal untuk komuniti Wikimedia.
  • Jalinan Kerjasama Global - Perubahan besar tidak berlaku dengan sendirinya, jadi pihak Yayasan mencari dan membangunkan jalinan kerjasama dengan pelbagai institusi, seperti pihak kerajaan, pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, universiti dan penyedia mudah alih, dan lain-lain. Di sini anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai setiap kawasan di mana pasukan Jalinan Kerjasama Global telah memulakan jalinan kerjasama, selain jenis penyelidikan yang tersedia di kawasan tersebut.
  • Undang-undang - Budaya bebas dan pengetahuan terbuka adalah dilindungi di sisi undang-undang. Pelajari tentang siapa yang anda boleh hubungi dalam pasukan undang-undang di Yayasan Wikimedia untuk isu spesifik berkisarkan digital, privasi dan hak cipta. Anda juga boleh mempelajari mengenai tadbir urus Lembaga Yayasan Wikimedia dan status kandungan bukan bebas pada projek-projek Wikimedia.
  • Komunikasi - Kita perlu berbincang mengenai misi yang akan membantu memacu ke hadapan. Laman Komunikasi meliputi pelbagai daripada penceritaan dan permesejan hingga media sosial. Ini adalah bahan yang dicipta hasil kolaborasi dengan Jawatankuasa Komunikasi dan juga Yayasan.

Kumpulan sukarelawan

Di samping itu, anda boleh melihat sumber bahan mengikut kumpulan sukarelawan, hanya memaparkan bahan berdasarkan kepada penggunaan yang ditujukan kepada kumpulan tertentu sahaja. Sumber bahan hanya boleh didapati dalam satu kategori sahaja, namun ia boleh menjadi relevan untuk beberapa kumpulan. Paparan kumpulan semasa ialah:

  • Untuk Penyelaras Program - Bahan rujukan untuk mereka yang menganjurkan pelbagai inisiatif, termasuklah program latihan dan khidmat kemasyarakatan.
  • Untuk Penyumbang - Bahan rujukan untuk mereka yang menyumbang kandungan untuk projek kami.
  • Untuk Pembangun - Bahan rujukan untuk mereka yang membangunkan pengguna robot, modul Lua dan menyumbang kepada MediaWiki itu sendiri.
  • Untuk Penyelaras Gabungan - Bahan rujukan untuk mereka yang mempunyai peranan berkaitan urus tadbir dalam organisasi gabungan mereka, termasuklah ahli jawatankuasa cawangan.
  • Semua - Semua maklumat dalam Pusat Sumber Wikimedia.

Kami akui kaedah pengkategorian dan susunan kumpulan sukarelawan adalah tidak sempurna. Maklum balas anda di laman perbincangan sangat dialu-alukan.

Apa yang boleh dijangkakan

Pusat Sumber Wikimedia tidak boleh dianggap sebagai pusat tetap untuk sokongan atas talian atau mengharapkan respon segera dengan menerbitkan soalan atau komen dalam laman perbincangan. Ianya juga bukan digunakan sebagai direktori untuk pasukan Yayasan Wikimedia.

Ya, anda boleh mengemaskini!

Kami ingin Pusat Sumber Wikimedia untuk memasukkan bahan rujukan sama ada dari sumber dalaman Yayasan Wikimedia atau dari luar Yayasan Wikimedia. Kami menjemput anda untuk menambah pautan sumber yang dirasakan sesuai dan membantu rakan sejawat dalam komuniti Wikimedia.

Beberapa perincian teknikal: setiap entri yang terdapat di Pusat Sumber Wikimedia ini disimpan dalam jadual berjenis Lua, dengan setiap paparan yang dipersembahkan dijana secara automatik berdasarkan jadual ini. Cara ini mungkin tidak sesuai untuk sesebuah wiki namun untuk jangka masa panjang pengendalian pusat sumber ini akan menjadi mudah dengan membuang fungsi keperluan untuk menyelaras setiap laman secara manual. Untuk memudahkan kerja suntingan, kami telah mencipta sebuah gajet yang akan menyunting entri individu dan menambah entri baru menggunakan borang.

Gajet

Pusat Sumber Wikimedia menggunakan dua gajet JavaScript untuk menambah kefungsian yang tidak tersedia sebelum ini. Ini termasuklah gajet "antara muka suntingan khusus" dan gajet "membuatkan setiap seksyen boleh dikucupkan". Gajet-gajet ini diaktifkan secara lalai. Anda boleh menyelaraskan tetapan gajet anda di Special:Preferences#mw-prefsection-gadgets untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan salah satu atau kedua-dua gajet ini.