Sorotan Wikimedia, Mac 2014

This page is a translated version of the page Wikimedia Highlights, March 2014 and the translation is 100% complete.

Sorotan daripada Laporan Yayasan Wikimedia dan laporan kejuteraan Wikimedia bagi Mac 2014, dengan pilihan acara daripada gerakan Wikimedia penting yang lain

Sorotan Yayasan Wikimedia

 
Tangkap layar sebuah Kad Apung (sebuah pratonton dari rencana en:Claude Monet dipaparkan dalam en:Camille Doncieux)

Ciri Beta baru: Kad Apung menunjukkan pratonton-pratonton rencana

Kad Apung adalah pratonton-pratonton sepintas lalu dari sesebuah rencana Wikipedia atau halaman wiki yang lain, dipaparkan apabila pembaca mengapungkan kursor di atas pautan ke halaman tersebut. Pratonton itu mengandungi perenggan awal dan imej pertama dari rencana tersebut. Pengguna boleh mendayakan ciri ini dengan mendaftar masuk ke akaun mereka dan mengklik pautan Beta di penjuru kanan atas. Kad Apung telah diilhamkan oleh alat Navigation popups yang telah digunakan oleh ramai ahli Wikimedia yang berpengalaman di Wikipedia Bahasa Inggeris dan tempat-tempat lain, dan buah fikiran itu diubah suai untuk menjadikan ia lebih sesuai untuk pembaca biasa.

Segar semula tatahuruf: Wajah baru bagi teks di laman Wikimedia

Pada akhir bulan Mac, satu kemas kini pada tatahuruf untuk versi atas meja(desktop) bagi laman Wikimedia telah diumumkan. Segar semula tatahuruf ini berdasarkan kepada 4 keperluan: 1. Kebolehbacaan, 2. Rupa yang tekal merentasi berbilang peranti, 3. Kebolehsediaan rupa huruf merentasi pelbagai platform (Mac OS X, Windows, Linux dan pengendali sistem-sistem mobil), dan 4. Kebolehcapaian (meskipun bagi pembaca yang mempunyai kecacatan penglihatan).

Perubahan yang paling ketara yang dapat dilihat ialah tajuk kini telah dipaparkan dalam fon serif dan bukan lagi fon sans-serif. Antara pengubah suaian yang lain: Warna teks kini ialah kelabu gelap dan bukan lagi hitam legam, sementara warna latar belakang kekal putih melepak. Juga, saiz fon isi telah ditingkatkan.

Perubahan tersebut dijadualkan akan dilaksanakan pada bulan April, dengan pengubah suaian berdasarkan kepada maklum balas pengguna.

 
Sue Gardner membincangkan tentang cadangan WMF FDC

Rancangan draf tahunan diterbitkan untuk maklum balas dari masyarakat dan FDC

Pada bulan Mac, Yayasan telah bekerja untuk menyediakan rancangan tahunannya untuk tahun 2014/15 untuk diterbitkan dalam bentuk draf, sebagai cadangan kepada FDC (Funds Dissemination Committee atau Jawatankuasa Penyebaran Dana). Maklum balas daripada tempoh pemerhatian FDC dan masyarakat(1 hingga 30 April) akan diambil kira sementara rancangan itu sedang diselesaikan. Sebagai sebahagian daripada cadangan FDC, Yayasan telah menerbitkan sebuah gambaran menyeluruh berkenaan pelaksanaan, kerja jangka masa panjang yang sedang dilaksanakan oleh staf dan kontraktor Yayasan dalam usaha menyokong projek-projek Wikimedia.

Data dan Trend-trend

Pelawat-pelawat unik global untuk bulan Februari:

474 juta (-4.28% berbanding Januari;-1.83% berbanding tahun sebelumnya):(comScore data untuk semua projek-projek Yayasan Wikimedia; comScore akan menyiarkan data bulan Mac pada bulan April)

Permintaan laman untuk bulan Mac:

21.042 bilion (+0.2% berbanding bulan Februari;-2.3% berbanding tahun sebelumnya) :(Daftar data server, semua projek kandungan Yayasan Wikimedia termasuk capaian mobil, tetapi tidak termasuk Wikidata dan laman portal utama Wikipedia.)

Penyunting Berdaftar Aktif untuk bulan Februari 2014 (>= 5 ruang nama suntingan-suntingan/bulan, tidak termasuk bot-bot):

75,958 (-6.80% berbanding bulan Januari / -2.06% berbanding tahun sebelumnya)
(Data pangkalan data, semua projek Yayasan Wikimedia.)

Kad Laporan (menggabungkan pelbagai data berstatistik dan trend tentang projek-projek Yayasan): :http://reportcard.wmflabs.org/ (Takrifan)

Kewangan

 
Pendapatan dan perbelanjaan YTD Yayasan Wikimedia berbanding perancangan sehingga 28 Februari 2014
 
Perbelanjaan YTD Yayasan Wikimedia menurut Fungsi sehingga 28 Februari 2014

(Maklumat kewangan hanya tersedia untuk Februari 2014 pada waktu laporan ini.)

Semua maklumat kewangan yang dibentangkan adalah untuk Bulan-Ke-Tarikh dan Tahun-Ke-Tarikh 28 Februari 2014.

Pendapatan 39,242,310
Perbelanjaan:
 Kumpulan Kejuruteraan 10,750,112
 Kumpulan Pengutip Dana 2,739,036
 Kumpulan Pemberi Geran 1,078,075
 Kumpulan Program-program 1,205,135
 Geran-geran 3,887,562
 Kumpulan Pentadbir 469,783
 Kumpulan Perundangan/Penyokong Masyarakat/Perhubungan 2,425,548
 Kumpulan Kewangan/Sumber Manusia/Pentadbiran 4,542,676
Jumlah Perbelanjaan 27,097,927
Jumlah lebihan (12,144,383)
Dalam dolar AS
  • Pendapatan bagi bulan Februari ialah $1.07J berbanding perancangan iaitu $0.01J, kira-kira $1.06J atau 18,244% mengatasi perancangan.
  • Pendapatan tahun-ke-tarikh ialah $39.24J berbanding perancangan iaitu $45.05J, kira-kira $5.81J atau 13% di bawah perancangan.
  • Perbelanjaan bagi bulan Februari ialah $4.35J berbanding perancangan iaitu $4.41J, kira-kira $63K atau 1% di bawah perancangan, terutamanya disebabkan oleh perbelanjaan kakitangan yang lebih rendah, perbelanjaan modal, pengehosan internet, kontrak perkhidmatan luar, dan perbelanjaan perjalanan sebahagiannya diimbangi oleh yuran undang-undang yang lebih tinggi, geran-geran, dan yuran proses pembayaran.
  • Perbelanjaan tahun-ke-tarikh ialah $27.10J, kira-kira $4.70J atau 15% dibawah perancangan, terutamanya disebabkan perbelanjaan kakitangan yang lebih rendah, perbelanjaan modal, pengehosan internet, yuran undang-undang, yuran proses pembayaran, perbelanjaan pembangunan staf, dan perbelanjaan perjalanan sebahagiannya diimbangi oleh perkhidmatan kontrak luar yang lebih tinggi, geran-geran, dan yuran merekrut.
  • Posisi tunai ialah $52.44J sehingga 28 Februari 2014.
Video metrik-metrik Yayasan Wikimedia dan mesyuarat aktiviti bagi bulan Mac

Sorotan-sorotan lain daripada gerakan Wikimedia

 
Gambar Tahunan 2013

Gambar Tahunan 2013

Keputusan daripada undian "Gambar Tahunan 2013" di Wikimedia Commons telah diumumkan pada bulan Mac. 952 buah gambar yang ditampilkan dari tahun 2013 layak untuk anugerah itu. Dalam dua pusingan, 4070 pengguna telah mengundi imej kegemaran mereka, mencatatkan catatan baru dari segi penyertaan. Imej yang menang, oleh seorang ahli Wikimedia Jerman Stefan Krause, ialah sebuah gambaran artistik memaparkan sebuah mentol lampu dengan filamennya terbakar kerana oksigen telah masuk ke dalam mentol lampu itu melalui permukaannya yang telah retak.

Wikimedia Rusia mencapai perubahan pada undang-undang hak cipta Rusia

Pada 12 Mac, beberapa perubahan pada kanun awam Rusia telah didaftar pada undang-undang yang akan memberikan keuntungan kepada projek-projek Wikimedia. Ia merangkumi asas undang-undang bagi lesen percuma yang akan membenarkan penyunting Wikipedia untuk mempertahankan hak-hak penulis mereka, dan peraturan kebebasan panorama untuk objek di tempat-tempat awam (seperti bangunan-bangunan dan taman-taman), yang akan membenarkan pengembalian beratus-ratus imej di Commons yang perlu dihapuskan sebelum ini. Bab Wikimedia Rusia telah menyokong perubahan sebegini semenjak tahun 2009.

See also