Sorotan Wikimedia, Disember 2014

This page is a translated version of the page Wikimedia Highlights, December 2014 and the translation is 100% complete.

Sorotan daripada blog Wikimedia untuk bulan Disember 2014, meliputi beberapa pilihan aktiviti Yayasan Wikimedia dan peristiwa-peristiwa penting daripada gerakan Wikimedia yang lain.


HHVM menyediakan "graf api" ini. Ia memaparkan secara visual bahagian mana dalam kod yang memakan paling banyak masa CPU, lantas memudahkan dalam penambahbaikan prestasi MediaWiki pada masa akan datang.

Bagaimana kami membuatkan penyuntingan Wikipedia dua kali lebih pantas

Sepanjang enam bulan lepas, Yayasan Wikimedia telah menggunakan teknologi baru yang menjadikan MediaWiki, kod berasaskan PHP di sebalik Wikipedia, lebih pantas. HipHop Virtual Machine, atau HHVM, mengurangkan masa penyimpanan halaman median bagi penyunting daripada 7.5 saat ke 2.5 saat, dan masa penyimpanan halaman min (purata) daripada kira-kira 6 ke 3 saat. Berikut adalah laporan teknikal berkenaan bagaimana ia telah dibangunkan.


 
Halaman musim taufan Pasifik merupakan salah satu rencana paling banyak disunting dalam Wikipedia Bahasa Inggeris pada 2014.
Image by Keith Edkins. Data from NASA/Joint Typhoon Warning Center. Public domain.

Senarai 10 teratas laman paling banyak disunting di Wikipedia Bahasa Inggeris pada 2014

Pada 2014, penyunting sukarela telah menghasilkan lebih daripada 3 juta halaman dan melakukan lebih 100 juta suntingan rencana di Wikipedia semua bahasa. Berikut adalah antara 10 laman yang paling banyak disunting di Wikipedia Bahasa Inggeris pada 2014. Topik-topik halaman tersebut termasuklah kematian pada 2014, kemalangan Penerbangan Malaysia, dan konflik Israel-Gaza.



 
Gambar ini daripada Taman Negara Carpathian di Ukraine telah memenangi tempat pertama dalam Wiki Loves Earth 2014.
Photo by Dmytro Balkhovitin, under CC-BY-SA-3.0

Pemenang Wiki Loves Earth 2014 telah diumumkan

Wiki Loves Earth, satu pertandingan foto monumen-monumen semula jadi, diadakan secara antarabangsa buat pertama kali pada tahun 2014 dan telah dianjurkan di 16 buah negara. Selepas penilaian yang teliti, juri-juri antarabangsa telah mengumumkan para pemenang. Hadiah-hadiah telah diberikan kepada foto-foto daripada Taman Negara Carpathian (Ukraine) ke Batu God's Finger (Brazil) dan Taman Alam Semulajadi Mukri (Estonia). Bagi acara ini, lebih 70,000 gambar telah dihantar oleh lebih 3,000 peserta daripada 15 buah negara. Beberapa gambar yang menang boleh dilihat di pautan tersebut.



Wikipedia: #Edit2014 menceritakan kisah apa yang anda baca dan sunting pada 2014. Anda juga boleh melihat video ini di YouTube.
Video by Victor Grigas, CC BY-SA 3.0.

Video tahunan pertama Wikipedia

Video ulasan tahun pertama Yayasan Wikimedia menceritakan sambutan, keperitan, ketakutan, ketabahan dan penemuan yang mencirikan 2014. Sedang menonton video tersebut, anda akan melalui pengembaraan melalui dunia dan Wikipedia, dan melawat semula apa yang anda baca dan sunting tahun ini. Daripada Piala Dunia FIFA ke pilihan raya umum India, dan Cabaran Baldi Ais hingga ke Ebola di Afrika Barat, kami menyusuri laluan penemuan merentasi Wikipedia dalam pelbagai bahasa, sambil mencari peluang untuk menyumbang. Tontonlah video ini, yang akan membawa anda dari Sochi ke angkasa lepas dalam kurang daripada tiga minit.


 
Ramai ahli komuniti merasakan yang 'berbuat baik antara satu sama lain' boleh membantu menambahbaik Wikipedia.
'How can we improve Wikipedia?' photo by Fabrice Florin, CC BY-SA 3.0.

Budaya kebaikan

Bolehkah kita menambahbaik Wikipedia dengan menjadi lebih baik kepada orang lain? Dalam pandangan peribadi ini, Fabrice Florin berkongsi pandangannya untuk membangunkan "budaya kebaikan" di Wikipedia. Dalam beberapa tahun sebelum ini, dia telah mengumpul beratus-ratus cadangan komuniti untuk menambahbaik Wikipedia -- menjemput penyumbang untuk menulis idea mereka dalam buku nota, dan mengambil gambar mereka. Antara respon yang paling kerap diterima memanggil para penyumbang untuk menjadi lebih sivil: "Jadilah baik," "Berhati baiklah," "Jadilah mesra." Mereka yang turut serta kerap memerhatikan bahawa menyumbang kepada Wikipedia boleh menjadi satu pengalaman yang mengecewakan sama ada untuk pengguna baru atau yang berpengalaman, kerana kebanyakan ahli kita kurang adab sopan. Idea-idea untuk membina lebih banyak kepercayaan dalam komuniti-komuniti kita termasuklah: membantu orang baru, melatih penyunting, memberi ganjaran bagi perilaku baik, membangunkan lebih banyak alatan sosial, menggunakan saluran yang lebih mesra memberikan semua orang ruang untuk bersuara. Bacaan lanjut dan video di pautan ini.


Impak global: Perpustakaan Wikipedia dan Wikipedia Bahasa Parsi

Pada musim luruh lepas, Perpustakaan Wikipedia telah mengumumkan pusingan baru perkongsian akses sumber digital. Perkongsian ini membolehkan penyunting berpengalaman dari seluruh dunia untuk mengakses bahan-bahan kajian yang sebelum ini di bawah sekatan berbayar (paywall), untuk memajukan matlamat kita untuk menghasilkan dan berkongsi ringkasan semua pengetahuan manusia. Salah satu perkongsian dana yang paling lama dan paling berguna adalah dengan arkib jurnal JSTOR. Ia menerima penyertaan yang banyak daripada penyunting bukan berbahasa Inggeris; yang berbahasa Jerman, Sepanyol, Perancis -- dan Parsi, satu kejutan yang memberangsangkan. Untuk mengetahui lebih lanjut, kami telah bertanya salah seorang dariapda penyunting Parsi dengan akaun JSTOR kami yang paling aktif, Pengguna:4nn1l2, mengapa dia merasakan Perpustakaan Wikipedia ini penting bagi kerjanya.


Memeroleh pengetahuan komuniti-komuniti asli

Wikipedia telah melakukan kemajuan yang besar ke arah misinya untuk menyediakan capaian bebas kepada kesemua pengetahuan manusia. Tetapi, pengetahuan asli banyak diketepikan kerana kebanyakannya tidak terdapat dalam bentuk penulisan. Bagi isu ini, sukarelawan komuniti Peter Gallert telah mereka sebuah bengkel untuk persidangan Rekaan Penyertaan 2014 di Namibia, untuk menghasilkan dan mendokumenkan contoh-contoh petikan lisan yang relevan. Oktober lepas, sekumpulan kecil ahli Wikipedia telah mengembara ke sebuah kampung di Namibia, Otjinene, untuk menemu ramah orang tua-tua berkenaan tradisi, budaya dan pembangunan komuniti Herero tempata. Tujuan temu ramah ini adalah untuk menukarkan secara terus cerita-cerita kepada isi Wikipedia dengan petikan lisan.


Pilihan ini termasuklah 5 kisah teratas yang diterbitkan di Blog Wikimedia pada Disember 2014 (berdasarkan kiraan jumlah capaian halaman sehingga 30 Januari 2015) -- dan juga beberapa kisah penting yang lain yang disampaikan oleh ahli komuniti pada bulan tersebut.



Video mesyuarat aktiviti dan metrik Yayasan Wikimedia bulanan pada 15 Januari 2015, yang memfokuskan berkenaan topik kualiti (slaid-slaid)

Fabrice Florin (YWM), Pengarah Komunikasi Gerakan, Yayasan Wikimedia

Tilman Bayer (YWM), Juruanalisis Senior, Yayasan Wikimedia