Dasar ruang mesra
Dasar ruang mesra ialah garis panduan untuk pertemuan komuniti Wikimedia bersemuka atau maya yang menasihari semua peserta cuba menggalakkan pengalaman yang positif dan membina untuk semua peserta yang lain. Konsep yang berkaitan ialah tatakelakuan, iaitu dasar yang membimbing tingkah laku dalam semua konteks, dan tidak hanya di acara bersemuka seperti dasar ruang mesra buat.
Dasar ruang mesra umum untuk acara Wikimedia
Komuniti Wikimedia berdedikasi memberikan pengalaman yang mengalu-alukan untuk semua, tanpa mengira jantina, orientasi seks, identiti atau pernyataan gender, kurang upaya, penampilan, kaum, agama, atau lesen bebas yang disukai (dan tidak terhad kepada aspek itu). Kami tidak bertolak ansur dengan gangguan peserta acara. Peserta yang melanggar peraturan ini boleh diminta meninggalkan acara atas budi bicara penganjur acara.
Takrifan gangguan
Gangguan termasuk:
- Komen lisan yang menyinggung berkaitan jantina, orientasi seksual, identiti atau ekspresi jantina, ketidakupayaan, penampilan fizikal, saiz badan, bangsa, etnik, gabungan politik atau agama.
- Ugutan yang disengajakan, mengintai, mengikuti yang tidak diingini, gangguan melalui fotografi atau rakaman, gangguan berterusan dalam ucapan atau acara lain.
- Paparan imej seksual bukan kontekstual, sentuhan fizikal yang tidak sesuai dan perhatian seksual yang tidak diingini.
Peserta yang diminta menghentikan tingkah laku sedemikiam dijangka mematuhi dengan serta-merta.
Tindakan pembetulan
Kerana acara komuniti Wikimedia diurus oleh sukarelawan, penganjur acara bergantung kepada semua hadirin untuk membantu mengekalkan Dasar Ruang Mesra. Jika anda diganggu, perasan orang lain diganggu, atau mempunyai sebarang rasa bimbang yang lain, sila hubungi ahli kakitangan acara dengan serta-merta.
Jika penganjur bimbang dengan kelakuan seseorang individu, atau menerima aduan, penganjur boleh mengambil tindakan yang sewajarkan untuk situasi tersebut. Hal ini termasuk amaran peribadi kepada orang yang dibimbangi; dalam kes yang lebih serius, ia mungkin wajar untuk meminta individu tersebut meninggalkan acara. Bagi kes menghendap, kakitangan acara mungkin dapat memberikan pengiring.
Individu dengan corak tingkah laku mengganggu, atau yang mengancam mengganggu individu atau mengganggu acara, boleh diminta tidak hadir.
Sebarang rasa bimbang dengan pelaksanaan dasar ini patut dibangkitkan dengan penganjur acara pertamanya atau dengan masyarakat Wikimedia besar seperti yang diingini.
Maklumat Hubungan
Untuk membantu hadirin kekal selamat dan berhubung apabila terdapat kecemasan, ia berguna untuk menyenaraikan nombor telefon berikut:
- Penganjur acara (ideally a 24-h number)
- Pihak keselamatan hotel/tempat acara tempatan
- Penguat kuasa undang-undang tempatan
- Talian penting serangan seksual tempatan
- Perkhidmatan perubatan kecemasan dan bukan kecemasan tempatan
- Syarikat teksi tempatan
Lihat juga
Dasar sama untuk jenis acara tertentu:
- WMF: Dasar ruang mesra Yayasan Wikimedia
- Amical Wikimedia: Protocol contra agressions i assetjament (Catalonia)
- WMAT: Garis panduan acara Wikimedia Österreich
- WMAU: Wikimedia Australia Safe Space Policy
- WMCH: Dasar ruang tingkah laku penuh hormat Wikimedia CH
- WMDC: Dasar ruang mesra Wikimedia DC
- WMID: Dasar ruang mesra Wikimedia Indonesia; Versi bahasa Inggeris
- WMNYC: Wikimedia New York City friendly space policy
- WMUK: Dasar penyertaan Wikimedia UK
- WMAM: Dasar ruang mesra Wikimedia Armenia (Armenia)
- WMSE: Wikimedia Sveriges Riktlinjer för inkluderande möten (en)
- WMPL: Wikimedia Polska - Dasar Ruang Selamat
- WMNL: Wikimedia Nederland: Friendly Space Policy (Belanda) (Inggeris)
Dasar dan laman berkaitan:
Dasar dalam talian bagi ruang mesra: