This page is a translated version of the page Grants:MSIG/About and the translation is 91% complete.
Outdated translations are marked like this.

Geran Pelaksanaan Strategi Pergerakan (MSIG) menyokong projek-projek yang berkait sebuah inisiatif Strategi Pergerakan. Semua inisiatif dilaksanakan secara kolektif dan selangkah dalam satu masa, dari kajian dan perancangan sehingga pembangunan dan pelancaran. Projek yang didukung oleh program geran ini dapat berukuran kecil mahupun besar, namun semuanya perlu berkait dengan suatu inisiatif.

Butiran

Divisyen Strategi dan Tadbir Urus Pergerakan mengalu-alukan permohonan geran Anda, bermula dari bentuk rancangan awal. Hubungi strategy2030 wikimedia.org jika Anda mempunyai soalan; kami berusaha untuk menjawabnya dalam masa dua minggu.

Kelayakan: Semua pertubuhan bersekutu dan ahli komuniti dapat mengemukakan permohonan. Kami menganjurkan kerja sama antar-institusi atau perseorangan. Kami merekomendasikan Anda untuk membaca contoh yang diberikan sebelum memulakan permohonan Anda.

Besaran: Kami menawarkan geran hingga sejumlah US$25.000. Untuk jumlah yang lebih besar, silakan hubungi divisyen Strategi Pergerakan sebelum mula membuat permohonan Anda.

Masa: Tiada tarikh akhir untuk mengemukakan permohonan geran. Permohonan akan disemak antara tanggal 15 sehingga hari terakhir setiap bulan. Lengkapi permohonan Anda sebelum tanggal 15 agar dapat disemak pada bulan yang sama.

Apa langkah-langkah dalam proses geran ini?

Langkah-langkah proses geran:

  1. Isi borang permohonan
  2. Bagikan maklumat mengenai permohonan Anda untuk mendapatkan maklum balas dan sokongan dari komuniti
  3. Hantar emel ke strategy2030 wikimedia.org dengan menyertakan maklumat berikut ini:
    1. Nama lengkap pemohon utama
    2. Pautan ke halaman permohonan Anda di Meta
    3. Pautan ke inisiatif Strategi Pergerakan yang akan menjadi tumpuan Anda
    4. Jumlah keseluruhan geran yang diminta dalam USD
  4. Permohonan Anda akan diperiksa dalam masa 2 minggu
  5. Jika diperlukan, soalan mengenai permohonan Anda akan terdapat pada halaman perbicangannya (pastikan Anda sudah memantaunya!).
  6. Anda mesti merespon soalan yang diajukan dalam masa 5 hari kerja.
  7. Permohonan Anda diperiksa untuk kali terakhir.
  8. Anda akan menerima emel mengenai keputusan akhir atas permohonan Anda.

Yang perlu diperhatikan

  • Pastikan Anda sudah membaca status dan perbincangan terkini mengenai inisiatif yang ingin Anda kerjakan.
  • Pastikan rancangan Anda sudah sejelas mungkin. Ia mungkin tidak begitu jelas bagi orang lain, jadi sila bagikan rinciannya dan minta maklum balas dari beberapa orang. Tulislah permohonan Anda menggunakan bahasa yang ringkas dan tajam, dan hindarilah bahasa yang tidak jelas dan berbunga-bunga.
  • Anda dianjurkan untuk berhubungan dengan ahli dan kumpulan komuniti Anda. Sokongan dari sukarelawan dan pertubuhan bersekutu yang tidak terlibat akan menjadi pertimbangan dalam proses penyemakan permohonan.

Yang tidak akan mendapatkan pembiayaan

  • Permohonan yang tidak dapat menunjukkan kaitan dengan pelaksanaan sebuah inisiatif Piagam Pergerakan (tidak peduli berapa banyak sokongan yang didapat).
  • Permohonan yang tidak dapat menjelaskan secara meyakinkan bagaimana kegiatannya akan mewujudkan tujuan projek.

Latar belakang

Seiring dengan dimulainya proses pelaksanaan Strategi Pergerakan, Yayasan Wikimedia berkomitmen kuat untuk mewujudkan Arah Strategik yang memandu haluan Gerakan kita di masa hadapan:

Pada 2030, Wikimedia akan menjadi infrastruktur terpenting dalam ekosistem pengetahuan bebas, dan sesiapapun yang bersetuju dengan visi kami dapat bergabung dengan kami.

Berdasarkan pada proses Strategi Pergerakan yang telah berlangsung selama beberapa tahun, telah terdapat 10 cadangan, 45 inisiatif, dan 8 kumpulan yang dutamakan. Ketiga hal ini perlu direncanakan agar dapat dilaksanakan secara berkesan. Geran Pelaksanaan Strategi Pergerakan akan menyokong Anda dalam rancangan pelaksanaan, projek, dan kegiatan yang menyasar inisiatif tertentu.

Pusingan geran sebelumnya berlangsung dari bulan April sehingga Julai 2021. Proses ini berbuah dikembangkannya rancangan jangka pendek untuk memajukan inisiatif tertentu. Kami ucapkan terima kasih pada semua yang telah mengemukakan permohonan dan membagikan gagasan mengenai cara-cara mengembangkan proses ini ke hadapan. Hal-hal yang dipelajari dari interaksi ini telah membentuk pendekatan pelaksanaan geran Strategi Pergerakan (2021-22).