Pengguna terlarang
Pengguna terlarang merupakan orang yang dikenakan larangan untuk membuat suntingan di wiki Wikimedia. Ketetapan ini boleh jadi sementara atau kekal.
Setiap wiki mempunyai dasar-dasar yang berbeza untuk pengguna terlarang. Kebiasaannya, seseorang pengguna itu dikenakan larangan kerana melakukan serangan peribadi, penspaman, ancaman undang-undang, laku musnah yang berat atau mana-mana gangguan yang lain.
Bentuk larangan kadang-kala dikuatkuasakan dengan penghalangan, langkah teknikal yang menghalang pengguna tertentu, alamat IP, atau julat alamat IP daripada melakukan suntingan laman. Ambil maklum bahawa larangan dan halangan adalah tidak sinonim: larangan merupakan hasil keputusan rasmi atau persetujuan majoriti dari komuniti, dan biasanya diputuskan kerana terdapat beberapa siri tingkah laku yang salah, manakala halangan boleh dikenakan oleh para pentadbir bagi kesalahan melibatkan vandalisma atau perlanggaran lain yang jelas.
Pengguna dilarang yang ingin menyertai komuniti kembali perlu menggunakan proses rayuan yang biasanya telah ditetapkan dalam notis larangan mereka. Jika tiada, mereka biasanya boleh membawa isu (di wiki Wikimedia) dalam kepada bentuk senarai mel, Jimbo Wales sendiri, atau berkemungkinan IRC.
Sumbangan pengguna terlarang
Setiap wiki mempunyai dasar-dasar yang berbeza terhadap sumbangan pengguna terlarang. Wikisumber Bahasa Inggeris terdapat polisi yang membenarkan pemadaman "kandungan yang dicipta dan disunting sendiri oleh pengguna yang dilarang selepas mereka dikenakan larangan, di mana mungkin terdapat unsur-unsur yang tidak baik. Sumbangan berguna oleh pengguna yang dilarang sepatutnya diterima, namun selalulah mengandaikan bahawa terdapat unsur yang tidak baik." Wikipedia Bahasa Inggeris terdapat polisi yang membenarkan pemadaman laman yang "dicipta oleh pengguna yang dihalang atau dilarang atas sekatan yang dikenakan, di mana tidak terdapat suntingan yang banyak dilakukan oleh pengguna lain. G5 sepatutnya tidak boleh digunakan untuk laman melibatkan templat." Wikipetikan tidak mempunyai dasar seperti itu dan begitu juga Wikibuku atau Wikikamus.