Pemilihan Yayasan Wikimedia/2022/Panduan untuk calon

This page is a translated version of the page Wikimedia Foundation elections/2022/Candidate guidelines and the translation is 100% complete.

Panduan untuk Calon

Calon mestilah:

  • Mematuhi Tatakelakuan Sejagat dan menghormati Dasar Ruangan Mesra,
  • Hanya menerbitkan butiran mengenai pencalonan dan acara pemilihan di ruangan dalam talian yang dibenarkan oleh penganjur ruangan tersebut.

Calon dikehendaki untuk:

  • Menghadiri sesi "Bertemu Calon" yang dianjurkan dan diselaraskan oleh Jawatankuasa Pemilihan.
  • Menjawab soalan yang dipilih oleh pertubuhan bersekutu dan ahli komuniti.
  • Berkongsi kenyataan menggunakan alat saranan pengundian (Kompas Pemilihan).

Calon mestilah tidak:

  • Menghadiri perjumpaan komuniti tentang pemilihan Lembaga Pemegang Amanah tanpa kebenaran daripada Jawatankuasa Pemilihan.
  • Menerbitkan bahan kempen individu mengenai pencalonan selama tempoh pengundian komuniti.
  • Berkempen di Wikimania, atau acara komuniti lain yang diputuskan oleh penganjur acara.
  • Meletakkan pautan kepada halaman tambahan dalam kenyataan permohonan pencalonan.
  • Bekerja secara berkumpulan dengan calon lain.

Catatan: Calon hanya diharapkan menjawab soalan daripada komuniti dan pertubuhan bersekutu yang dipilih oleh Jawatankuasa Pemmilihan. Calon tidak perlu menjawab semua soalan daripada komuniti dan pertubuhan bersekutu.