Pemilihan Yayasan Wikipedia/2022/Panduan kelayakan pengundi

This page is a translated version of the page Wikimedia Foundation elections/2022/Voter eligibility guidelines and the translation is 100% complete.

Kelayakan pengundi

Peraturan umum

Untuk layak mengundi, Anda mestilah tidak pernah disekat dalam lebih daripada satu projek.

Penyumbang

Anda dapat mengundi menggunakan sebuah akaun berdaftar pada sebuah projek wiki Wikimedia. Anda hanya dapat mengundi satu kali, berapa pun akaun yang Anda miliki. Untuk mengundi, akaun tersebut perlu:

  • tidak disekat pada lebih satu projek; dan
  • dan bukan akaun bot;
  • dan telah membuat sekurang-kurangnya 300 suntingan sebelum 5 Julai 2022 di mana-mana wiki Wikimedia;
  • dan telah membuat sekurang-kurangnya 20 suntingan antara tarikh 5 Januari 2022 hingga 5 Julai 2022.

Aplikasi AccountEligibility dapat digunapakai untuk menyemak apakah Anda berhak untuk mengundi atau tidak.

Pemaju

Pemaju berhak untuk mengundi jika:

  • merupakan penyelia pelayan Wikimedia dengan shell access
  • atau, telah membuat sekurang-kurangnya satu kemas kini gabungan (merged commit) untuk mana-mana repositori Wikimedia di Gerrit, antara tarikh 5 Januari 2022 hingga 5 Julai 2022.

Syarat tambahan

  • atau, telah membuat sekurang-kurangnya satu kemas kini gabungan (merged commit) untuk mana-mana repositori dalam nonwmf-extensions atau nonwmf-skins, antara tarikh 5 Januari 2022 hingga 5 Julai 2022.
  • atau, telah membuat sekurang-kurangnya satu kemas kini gabungan (merged commit) untuk mana-mana repositori alat Wikimedia (sebagai contoh magnustools) antara tarikh 5 Januari 2022 hingga 5 Julai 2022.
  • atau, telah membuat sekurang-kurangnya 300 suntingan sebelum 5 Julai 2022, dan 20 suntingan antara tarikh 5 Januari 2022 hingga 5 Julai 2022, di Translatewiki.
  • atau, merupakan penyelenggara/penyumbang bagi mana-mana alat, bot, skrip pengguna, gajet, dan modul Lua di wiki Wikimedia.
  • atau, pernah terlibat secara meluas dalam reka bentuk dan/atau proses semakan bagi pembangunan teknikal yang berkaitan dengan Wikimedia.

Catatan: Jika Anda memenuhi kriteria utama, Anda akan dapat mengundi dengan serta-merta. Disebabkan had teknikal pada perangkat SecurePoll, mereka yang memenuhi syarat tambahan mungkin tidak dapat mengundi secara langsung, kecuali mereka memenuhi syarat lain. Jika Anda rasa anda memenuhi kriteria tambahan, sila hantaR e-mel kepada board-electionswikimediaorg dengan menjelaskan alasan Anda layak mengundi. Sila buat demikian selewat-lewatnya empat hari sebelum tarikh akhir pengundia,n iaitu pada atau sebelum 2 September 2022. Jika Anda memenuhi syarat tersebut, kami akan menambahkan Anda ke dalam senarai manual agar Anda dapat mengundi.

Kakitangan dan kontraktor Yayasan Wikimedia

Kakitangan dan kontraktor semasa Yayasan Wikimedia layak untuk mengundi jika mereka telah bekerja untuk Yayasan setakat 5 Julai 2022.

Kakitangan dan kontraktor pertubuhan bersekutu gerakan Wikimedia

  • Kakitangan dan kontraktor semasa pertubuhan tempatan Wikiemdia, organisasi tematik atau kumpulan pengguna Wikimedia layak untuk mengundi jika mereka telah bekerja untuk organisasi mereka setakat 5 Julai 2022.
  • Ahli badan rasmi seperti yang ditakrifkan oleh peraturan pertubuhan tempatan, organisasi tematik atau kumpulan pengguna Wikimedia semasa layak untuk mengundi jika mereka telah bekerja dalam organisasi tersebut setakat 5 Julai 2022.

Jawatankuasa Pertubuhan Bersekutu dan Jawatankuasa Pemilihan akan mengesahkan senarai Pertubuhan Bersekutu Wikimedia yang layak mengundi menjelang 1 Ogos 2022.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Dewan Penasihat Yayasan Wikimedia

Semua ahli semasa dan bekas ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wikimedia dan Dewan Penasihat Yayasan Wikimedia layak untuk mengundi.

Ahli jawatankuasa dalam gerakan Wikimedia

Ahli semasa pada jawatankuasa-jawatankuasa dalam gerakan Wikimedia layak untuk mengundi jika mereka telah bertugas dalam jawatankuasa tersebut setakat 5 Julai 2022.

Jawatankuasa Pemilihan akan mengumumkan senarai jawatankuasa dalam Gerakan Wikimedia yang layak untuk mengundi menjelang 1 Ogos 2022.

Penganjur komuniti gerakan Wikimedia

Penganjur komuniti dengan rekod baik, yang tidak layak untuk mengundi di bawah kategori lain, layak untuk mengundi jika mereka memenuhi salah satu syarat berikut:

  • telah memohon, menerima atau melaporkan tentang sekurang-kurangnya satu geran Yayasan Wikimedia sejak 1 September 2021.
  • merupakan penganjur bagi sekurang-kurangnya satu hackathon, pertandingan, atau acara Wikimedia lain yang dibiayai dengan dokumentasi dalam wiki dan dengan sekurang-kurangnya 10 hadirin/pengunjung/peserta antara tarikh 5 Januari 2022 hingga 5 Julai 2022.

Syarat tambahan

Jika Anda memenuhi syarat tambahan, sila hantarkan e-mel kepada board-elections@wikimedia.org dengan menjelaskan sebabnya selewat-lewatnya empat hari sebelum tarikh akhir pengundian iaitu pada atau sebelum 2 September 2022. Jika Anda memenuhi syarat, kami akan menambah Anda ke dalam senarai manual agar Anda dapat mengundi.