Jawatankuasa Hal Ehwal Komuniti Yayasan Wikimedia/Prosedur untuk Kitaran Projek Setara/Jemputan untuk maklumbalas (MM)

Maklumbalas dialu-alukan untuk Prosedur Kitaran Projek Setara

Anda boleh membaca mesej yang diterjemahkan ke dalam bahasa tambahan di Meta-Wiki. Please help translate to your language
 

Kepada ahli komuniti sekalian,

Jawatankuasa Hal Ehwal Komuniti (CAC) untuk Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wikimedia menjemput anda memberikan maklumbalas terhadap draf untuk Prosedur Kitaran Projek Setara. Draf prosedur ini menggariskan cadangan langkah dan keperluan untuk membuka atau menutup Projek Setara Wikimedia, serta memastikan mana-mana projek baru yang telah diluluskan dapat berjalan dengan baik. Ini adalah berasingan daripada prosedur untuk membuka atau menutup projek bagi sesuatu bahasa, kerana ia dikendalikan oleh Jawatankuasa Bahasa atau polisi penutupan projek.

Anda boleh mendapatkan maklumat terperinci di laman ini, termasuklah cara bagi menghantar maklumbalas anda dari hari ini sehinggalah tamatnya hari pada 23 Jun 2024, di mana-mana sahaja di dunia ini.

Anda juga boleh berkongsi maklumat ini dengan komuniti projek yang anda sertai atau sokong yang berminat, dan anda juga boleh membantu kami menterjemah prosedur itu ke dalam pelbagai bahasa, supaya orang ramai boleh sertai perbincangan dalam bahasa mereka sendiri.

Mewakili CAC,