Templat:Wikipedia Aktif

This page is a translated version of the page Template:Active Wikitudo and the translation is 100% complete.
Nota: nama "Wikitudo" sering dikelirukan dengan beberapa nama lain yang serupa; sila lihat glossary untuk mendapatkan penjelasan mengenainya.
Logo Wikipedia Bahasa Inggeris.
<BAHASA ANDA> Logo Wikipedia.

Wikipedia ialah projek khusus untuk membina ensiklopedia percuma dalam semua bahasa di dunia.

Projek ini bermula dengan Wikipedia berbahasa Inggeris pada 15 Januari 2001. Ia tidak lama kemudian disertai oleh edisi Perancis, dan tidak lama selepas itu oleh banyak bahasa lain. Usaha besar sedang dijalankan untuk menyerlahkan sifat antarabangsa projek itu.

Pada 1 Mac 2006, Wikipedia Bahasa Inggeris mencapai 1,000,000 rencana. Pada 9 September 2007, Wikipedia Bahasa Inggeris mencapai 2,000,000 rencana. Pada 17 Ogos 2009, Wikipedia Bahasa Inggeris mencapai 3,000,000 artikel. Pada 13 Julai 2012, Wikipedia Bahasa Inggeris mencapai 4,000,000 artikel.

Pada 20 September 2004 Wikitudo mencapai sejumlah 1,000,000 artikel dalam lebih 100 bahasa.

Setakat Jun 2015, terdapat 279 Wikipedia yang mempunyai lebih daripada 100 rencana, 128 daripadanya mempunyai lebih daripada 10,000 rencana, dan 51 daripadanya mempunyai lebih daripada 100,000 rencana. Mengikuti Wikipedia bahasa Inggeris, edisi Jerman, Perancis, Belanda, Itali, Rusia, Sepanyol, Sweden, Poland, Waray-Waray, Vietnam dan Cebuano mempunyai lebih daripada 1,000,000 rencana.

Setakat Jun 2015, terdapat 290 edisi bahasa Wikipedia, yang secara kolektif mempunyai lebih daripada 35 juta artikel.

Untuk statistik terperinci, lihat Senarai Wikipedia .

Pada tahun 2004 Wikitudo.org memenangi Anugerah Webby untuk "Komuniti" dan Prix Ars Electronica untuk "Komuniti Digital".

Versi bahasa

Teks tentang Wikipedia

Lihat juga