Open main menu

Wikimedia Foundation elections/Board elections/2011/ms

Proses pemilihan telah tamat pada 12 Jun 2011. Undian baru tidak akan diterima lagi.
Keputusan telah diumumkan pada 17 Jun 2011.
Pemilihan Lembaga 2011
Pentadbiran

Pemilihan untuk Lembaga Pemegang Amanah 2011 akan diadakan di antara 29 Mei dan 12 Jun 2011. Ahli-ahli komuniti Wikimedia mempunyai peluang untuk melantik tiga calon yang akan menjawat untuk penggal selama dua tahun hingga tahun 2013. Lembaga Pemegang Amanah ialah pihak berkuasa tertinggi Yayasan Wikimedia (WMF), sebuah pertubuhan bukan untung 501(c)(3) berdaftar di Amerika Syarikat. Yayasan Wikimedia menguruskan pelbagai projek seperti Wikipedia dan Commons.

Pemilihan akan diadakan secara terkawal melalui pelayan Software in the Public Interest. Undian adalah rahsia, dan tiada siapa daripada Jawatankuasa Pemilihan, Lembaga, ataupun orang yang tidak berkaitan dengan Software in the Public Interest dapat melihatnya. Maklumat pengundi hanya dapat dilihat oleh beberapa petugas yang bertanggungjawab mengaudit dan mengira undian tersebut. Pengundi akan menomborkan calon mengikut keutamaan. Undian itu kemudian akan diselaraskan mengikut kaedah Schulze untuk menyusun calon mengikut jumlah pengundi yang memilihnya mengatasi calon lain.

Jawatankuasa Pemilihan berhasrat mengumumkan keputusannya pada atau sebelum 15 Jun. Keputusan terperinci akan disediakan.

Maklumat untuk pengundiEdit

KelayakanEdit

Penyunting

Anda boleh mengundi dari mana-mana akaun berdaftar yang anda miliki di wiki Wikimedia (anda cuma boleh mengundi sekali, tidak kira berapa akaun yang anda miliki). Untuk layak, akaun yang anda gunakan ini perlu:

  • tidak disekat di lebih daripada satu projek; dan
  • tidak disekat di projek dari mana anda mengundi; dan
  • bukan bot; dan
  • telah melakukan sekurang-kurangnya 600 suntingan sebelum 15 April 2011 di wiki Wikimedia (suntingan di wiki berbeza boleh digabungkan jika akaun anda disatukan menjadi akaun sejagat); dan
  • telah melakukan sekurang-kurangnya 50 suntingan antara 15 November 2010 dan 15 Mei 2011.
Pembangun

Pembangun layak mengundi jika mereka:

  • Adalah pentadbir pelayan Wikimedia dengan capaian kerangka; atau
  • Memiliki capaian sanggup dan telah menggunakannya di antara 15 Mei 2010 dan 15 Mei 2011.
Kakitangan dan kontraktor

Kakitangan dan kontraktor Yayasan Wikimedia layak mengundi jika mereka bekerja di pejabat daripada 15 Februari 2011 hingga 15 Mei 2011.

Ahli lembaga amanah dan ahli lembaga penasihat

Ahli atau bekas ahli Lembaga Amanah dan Lembaga Penasihat layak mengundi.

Cara mengundiEdit

Jika anda layak mengundi:

  1. Baca penyataan calon dan putuskan calon yang anda ingin sokong.
  2. Pergi ke laman wiki "Special:Securepoll" di wiki yang anda layak mengundi. Sebagai contoh, jika anda paling aktif di wiki ms.wikipedia.org/, pergi ke ms.wikipedia.org/wiki/Special:Securepoll.
  3. Ikuti arahan di laman tersebut.

Maklumat untuk calonEdit

Peranan dan tanggungjawab sebagai ahli LembagaEdit

Daripada manual Lembaga

Lembaga Pemegang Amanah ialah pihak yang mentadbir Yayasan Wikimedia. Tanggungjawab Lembaga termasuklah:

  • menentukan misi, matlamat, rancangan jangka panjang dan dasar peringkat tinggi WMF dan projek-projeknya
  • memilih Pengarah Eksekutif WMF, yang menyelia operasi sehari-hari, dan menilai prestasinya
  • memastikan kelestarian pertubuhan dengan menetapkan beberapa sumber hasil bebas
  • menyampaikan arah dan aktiviti WMF kepada masyarakat
  • menyediakan pengawasan terhadap kakitangan daripada segi perakaunan, belanjawan dan program
  • mengekalkan kewibawaan perundangan dan etika
  • merekrut dan menyesuaikan pemegang amanah baharu
  • melahirkan dengan jelas misi WMF kepada awam

Tanggungjawab Lembaga tidak termasuk:

  • campur tangan operasi sehari-hari, kecuali dalam kecemasan
  • menetapkan dasar suntingan peringkat projek Wikimedia
  • menyelesaikan pertikaian komuniti awam
  • menawarkan diri dalam bidang khusus kerja pengurusan WMF biasa

Sifat pemegang amanah yang berkesan:

  • Strategik – e.g., boleh menyediakan arah jangka panjang
  • Bertimbang rasa – e.g., tidak sekadar bertindak balas terhadap isu kontoversi
  • Kewibawaan tinggi – e.g., meletakkan kepentingan yayasan secara keseluruhan melebihi kepentingan peribadi atau pihak tertentu
  • Keresponsifan – e.g., menghantar permintaan e-mel daripada pemegang amanah lain
  • Keterusan – e.g., menyiapkan tugas seperti tugasan jawatan kuasa dengan komited.
  • Penuh hormat – e.g., mendengar dengan berhati-hati sudut pandangan pemegang amanah lain walaupun mungkin berbeza dengan pandangan sendiri
  • Kerjasama – e.g., bersekutu dengan pemegang amanah lain dan Pengarah Eksekutif dalam kerja Lembaga

Syarat menjadi calonEdit

Syarat kelayakan menjadi calon sama seperti pengundi (lihat atas), dengan beberapa syarat tambahan:

  • mendedahkan nama sebenar kepada awam dalam penyataan pencalonan anda (kerana identiti ahli Lembaga merupakan rekod awam, adalah tidak mungkin untuk orang yang namanya tidak diketahui atau menggunakan nama samaran memegang kedudukan dalam Lembaga Amanah); dan
  • berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan dianggap dewasa di sisi undang-undang di negara asal anda.
  • menghantar bukti identiti kepada Yayasan Wikimedia (lihat bawah).

Bagaimana menghantar pencalonan andaEdit

Jika anda layak, anda boleh menghantar pencalonan anda dengan melakukan yang berikut:

  1. Tulis secara ringkas tidak melebihi 1200 aksara dengan menyatakan apa yang ingin anda lakukan jika anda terpilih ke Lembaga Pemegang Amanah, pendapat dan pengalaman anda yang berkait, dan apa-apa lagi yang anda fikir berhubungan. Anda tidak boleh menggunakan ringkasan anda untuk memaut ke laman senarai sokongan atau pelantar lain, dan tidak boleh bertanding bersama-sama dengan calon lain.
  2. Hantarkan ringkasan anda antara 00:00, 02 Mei 2011 (UTC) dan 23:59, 22 Mei 2011 (UTC). Selepas 22 Mei, ia tidak boleh ditukar kecuali untuk pembetulan kecil atau terjemahan. Sebarang tambahan yang dihantar selepas ini akan dicap tarikh dan dipersembahkan berasingan dari ringkasan asal, dan cuma akan ditunjukkan kepada pengundi jika ia diterjemahkan kepada semua bahasa sama seperti ringkasan asal. Sila ingat bahawa penghantaran awal memberikan lebih masa untuk terjemahan ke lebih banyak bahasa.
  3. Hantarkan bukti identiti anda kepada Yayasan Wikimedia sebelum 22 Mei 2011. Anda akan dihubungi secara peribadi oleh seorang ahli Jawatankuasa Pemilihan dengan maklumat cara memenuhi keperluan ini apabila anda mendaftarkan diri anda sebagai calon.

Calon yang gagal mengikuti syarat dan batas waktu di atas akan disingkirkan.

OrganisasiEdit

Garis masaEdit

  • 05 April–02 Mei 2011: fasa terjemahan utama.
  • 02–22 Mei 2011: Pencalonan.
  • 22 Mei 2011: tarikh akhir menghantar bukti pengenalan diri (penghantaran lambat atau tiada akan disingkirkan).
  • 29 Mei–12 Jun 2011: undian.
  • 13–15 Jun 2011: pemeriksaan undian.
  • 15 Jun 2011: siaran keputusan.

PenterjemahEdit

Bagi memastikan perwakilan menyeluruh masyarakat Wikimedia mengambil bahagian dalam pilihan raya ini, adalah penting bagi menterjemah notis pilihan raya dan kenyataan calon ke dalam sebanyak bahasa yang mungkin. Bagi membantu penterjemahan, sila lihat laman terjemahan.