Open main menu

Wikimedia Foundation elections/Board elections/2007/ms

Pemilihan Badan 2007
Organisasi


Hai semua,

Proses pemilihan untuk Badan Amanah (Board of Trustees) Yayasan Wikimedia 2007-2009 telah bermula pada 10 Jun 2007. Kami sedang bersedia untuk mengundi tiga individu yang akan mewakili semua penyumbang Wikimedia dari seluruh dunia. Badan ini diamanahkan untuk membuat keputusan akhir bagi pihak Yayasan Wikimedia.

Pilihan raya ini akan dijalankan menggunakan sistem approval voting menggunakan perisian khas. Namun, sebelum pengundian bermula, setiap calon perlu mendapat beberapa sokongan untuk pencalonan mereka. Semasa pengundian, setiap pengundi boleh mengundi seberapa banyak calon yang difikirkan sesuai. Tiga calon yang mendapat undi terbanyak akan diisytiharkan terpilih. Dalam kes seri, undian lanjutan akan diadakan.

Pengundian akan dijalankan secara rahsia (nama pengundi dan calon yang diundi tidak akan dipamerkan di wiki). Pengiraan undi akan dilakukan oleh pihak ketiga.

CalonEdit

Jika anda berminat bertanding, sila isikan borang permohonan di Meta antara 00:00, 10 Jun 2007 (UTC) dan 23:59, 23 Jun 2007 (UTC). Kemasukan lambat tidak akan diterima. Untuk diterima sebagai calon, anda perlu memenuhi tiga syarat:

1. Anda mesti merupakan penyumpang berdaftar di sekurang-kurangnya satu projek Wikimedia selama setahun sebelum 1 Jun 2007, dari suntingan pertama, dan perlu mempunyai sekurang-kurangnya 400 suntingan dengan akaun tersebut.

2. Anda perlu mendedahkan nama sebenar anda dan berumur sekurang-kurangnya 18 tahun. (Identiti ahli Badan Amanah adalah maklumat umum, jawatan ini tidak boleh dipegang menggunakan nama samaran.)

3. Anda perlu mendapat sekurang-kurangnya 12 sokongan dari pengundi yang layak. Sokongan ini perlu dinyatakan di laman khas semasa tempoh penerimaan calon.

Calon kemudian harus melakukan pembentangan kepada komuniti Wikimedia dalam masa dua minggu. Koordinator terjemahan akan cuba menterjemahkan pembentangan tersebut ke sebanyak bahasa yang mungkin, dan selepas itu, pemilihan akan bermula. Calon dimaklumkan bahawa lebih awal penyataan anda dibuat, lebih besar kemungkinan ia akan diterjemahkan sebelum tempoh pengundian bermula.

PengundiEdit

Untuk layak mengundi, seseorang pengguna perlu merupakan pengguna berdaftar di sekurang-kurangnya satu projek Wikimedia selama tiga bulan sebelum 1 Jun 2007 (iaitu sebelum 1 Mac 2007), dari suntingan pertama, dan perlu mempunyai sekurang-kurangnya 400 suntingan dengan akaun tersebut.

Setiap pengundi boleh menyokong tiga calon. Setiap calon pula cuma boleh menyokong dua calon lain. Lihat laman sokongan untuk maklumat lanjut.

Syarat kelayakan di atas adalah untuk satu projek sahaja. Suntingan dari beberapa projek tidak boleh digabungkan untuk mencapai nilai ambang. Sekiranya anda mencapai syarat di atas di beberapa projek, anda cuma boleh mengundi menggunakan satu akaun sahaja.

Garis masaEdit

Pendaftaran calon:

  • Bermula Ahad, 0:00 10 Jun 2007 (UTC)
  • Berakhir Sabtu, 23:59 23 Jun 2007 (UTC)

Sokongan:

  • Bermula Ahad, 0:00 17 Jun 2007 (UTC)
  • Berakhir Sabtu, 23:59 23 Jun 2007 (UTC)

Undian:

  • Bermula Khamis, 0:00 28 Jun 2007 (UTC)
  • Berakhir Sabtu, 23:59 7 Julai 2007 (UTC)

Pengundian akan dijalankan secara rahsia (nama pengundi dan calon yang diundi tidak akan dipamerkan di wiki). Pengiraan undi akan dilakukan oleh pihak ketiga.


Jika anda ada sebarang soalan, anda boleh utarakannya di laman perbincangan yang berkaitan, atau hubungi mana-mana ahli Jawatankuasa Pemilihan seperti di bawah.

Akhir kata, kami mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon dalam pemilihan ini.

Yang benar,
Kizu Naoko
Philippe
Jon Harald Søby
Newyorkbrad
22:42, 9 Jun 2007 (UTC), Jawatan Kuasa Pemandu Pemilihan Badan Amanah Wikimedia 2007