Wikimedia Foundation elections/Board elections/2005/ms

2005 Pilihanraya Jawatankuasa Yayasan Wikimedia
Pertubuhan


Hai semua,

Pemilihan khas untuk Badan Amanah (Board of Trustees) 2005-2007 bagi Yayasan Wikimedia akan diadakan tidak lama lagi. Kami sedang bersedia untuk mengundi bagi pemilihan sekurang-kurangnya satu wakil yang akan bersuara bagi ramai penyumbang Wikimedia yang telah berusaha dengan gigih untuk menjadikan masyarakat yang berjaya sebagaimana sekarang. Badan ini diamanahkan untuk membuat keputusan akhir bagi pihak Yayasan Wikimedia. Peranannya bukan memerintah laman web. Untuk maklumat tambahan mengenai Yayasan Wikimedia dan peranan Badan Amanah, lihat di sini.

Pilihan raya khas ini adalah untuk mengisi kekosongan akibat perletakan jawatan Angela Beesley yang dipilih untuk dua tahun pada Julai 2005 lalu. Semua penyumbang Wikimedia berhak bertanding untuk jawatan ini.

Untuk bertanding/mengundi bagi jawatan ini anda perlu telah menyumbang untuk projek Wikimedia sekurang-kurangnya 90 hari, dan telah menyunting sekurang-kurangnya 400 kali sebelum 0:00 1 Ogos 2006 (UTC) dengan akaun yang sama. Sila ambil perhatian bahawa Pegawai Pilihan Raya boleh membatalkan undi daripada pengguna yang telah disekat atau sockpuppet. Mengundi menggunakan akaun dari pelbagai projek juga dianggap sebagai sockpuppet.

Pilihan raya ini akan dijalankan menggunakan sistem approval voting. Setiap pengundi boleh mengundi seberapa banyak calon yang difikirkan sesuai. Dua calon yang mendapat undi terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang. Dalam kes seri, pengundian pemilihan run-off akan diadakan.

Jika anda ingin memasuki pemilihan, sila isikan permohonan di Board elections/2006/Candidates antara 00:00, 1 Ogos 2006 (UTC) dan 23:59, 28 Ogos 2006 (UTC). Anda kemudian harus melakukan pembentangan kepada komuniti Wikimedia dalam masa tiga minggu. Koordinator terjemahan akan cuba menerjemahkan pembentangan tersebut ke sebanyak mungkin bahasa, dan selepas itu, pemilihan akan bermula.

Berikut merupakan garis masa pilihan raya tahun ini:

Pendaftaran calon
dari Selasa, 0:00 1 Ogos 2006 (UTC)
hingga Isnin, 23:59 28 Ogos 2006 (UTC)
Undian
dari Jumaat, 0:00 1 September 2006 (UTC)
hingga Isnin, 23:59 21 September 2006 (UTC)

Jika anda boleh bercakap dalam bahasa lain, silalah terjemahkan notis ini ke projek Wikimedia lain. Kemudian, sila maklumkan kami di Board elections/2006/Translations.

Jika anda ingin membantu menerjemahkan notis lain, sila tambahkan nama anda di Board elections/2006/Translations#Coordinators.

Akhirnya, kami ingin mengucapkan kepada semua calon selamat berjaya dalam pemilihan.

Pegawai Pilihan Raya Wikimedia