Fundraising 2011/Jimmy Letter 002/ms

Translation instructions
  • For pages marked "Missing" or "In progress", click the page title and start translating. When you are done, click "edit status" and change the status to proofreading.
  • For pages marked "Needs updating", compare the page to the source page and update the translation accordingly. When you are done, click "edit status" and change the status to proofreading.
  • It is important to have someone else proofread the translated page! If you have proofread a page and it is ready for publication, click "edit status" and change that page's status to ready.
  • If you are changing something that has already been published, change its status back to ready for it to be published again.

If you have any questions or feedback regarding the translation process, please post them here. Translation FAQ

Google mungkin mempunyai lebih daripada sejuta pelayan. Yahoo mempunyai lebih daripada 13,000 kakitangan. Kami hanya mempunyai 679 pelayan dan 95 orang kakitangan.

Wikipedia merupakan laman sesawang ke-5 yang selalu dikunjungi dan memberi maklumat kepada lebih daripada 470 juta orang dengan jumlah kunjungan laman melebihi satu bilion.

Perniagaan sememangnya baik. Pengiklanan bukanlah seburuk seperti yang disangkakan. Namun begitu, ia tidak sesuai di sini dan terutamanya Wikipedia.

Wikipedia merupakan sesuatu yang istimewa. Seumpama suatu perpustakaan atau taman awam. Ia adalah satu mahligai untuk minda. Ia adalah suatu tempat untuk semua orang datang untuk berfikir, belajar dan berkongsi pengetahuan antara satu sama lain.

Mengimbas kembali ketika saya mengasaskan Wikipedia, tapak ini mungkin boleh dibangunkan untuk memperoleh keuntungan melalui pengiklanan; akan tetapi, saya memutuskan untuk menjadikannya sesuatu yang berlainan. Kami telah berusaha keras selama ini untuk memastikan matlamat kami tercapai tanpa sebarang halangan.

Seandainya semua orang yang membaca mesej ini menyumbang $5, kami hanya perlu mengadakan pungutan derma selama sehari setiap tahun. Akan tetapi bukan semua orang mampu atau akan memberi derma. Kami tetap memahaminya.

Tahun ini, bantulah kami dengan memberikan sumbangan sebanyak $5, $20, $50 atau mengikut kemampuan untuk melindungi dan memastikan kemandirian Wikipedia berkekalan.

Terima kasih,

Jimmy Wales
Pengasas Wikipedia