Hab ESEAP/Maklumat Undian Jawatankuasa Persediaan

This page is a translated version of the page ESEAP Hub/Preparatory Council Nomination and Voting Information and the translation is 87% complete.
Outdated translations are marked like this.

Preparatory Council Nomination and Voting Information

You can find this message translated into additional languages on Meta-wiki.

Salam sejahtera kepada komuniti dan penyumbang individu dalam Kerjasama Serantau ESEAP:

Mandat Jawatankuasa Hab Sementara ESEAP akan tamat dengan Wikimania 2023, berkemuncakkan penyerahan kepada Majlis Persediaan ESEAP baharu.

Majlis Persediaan ini akan terus menggariskan dokumen Peranan dan Tanggungjawab ESEAP sehingga ia selesai.

Majlis ini juga akan memuktamadkan rancangan geran rintis ESEAP bagi tahun pertama, berakhir dengan Persidangan ESEAP pada 2024.

Majlis Persediaan akan terdiri daripada 9 kerusi:

  • 4 daripada 9 kerusi diperuntukkan untuk Ahli Gabungan dan diundi secara khas oleh Ahli-ahli Gabungan. Setiap ahli gabungan diberi maksimum 4 undi.
  • 3 kerusi diperuntukkan untuk Komuniti daripada ESEAP yang telah disahkan dan diundi oleh Komuniti-komuniti. Setiap komuniti diberi maksimum 3 undi.
  • 2 kerusi diperuntukkan untuk penyumbang Individu dan diundi melalui Undi Popular - diundi secara khas oleh penyumbang individu. Setiap pengundi individu diberi maksimum 2 undi.

Sekiranya komuniti anda berniat untuk menamakan calon, sila namakan komuniti anda dengan nama calonnya sebelum 19 Ogos 2023. Undian akan dijalankan antara 21 Ogos dan 2 September 2023.

Sekiranya anda (penyumbang individu) ingin menamakan seorang individu, sila namakan individu tersebut sebelum 19hb Ogos. Undian akan dijalankan antara 21 Ogos dan 2 September 2023.

Memandangkan kesuntukan masa, kami amat mengharapkan kerjasama dan penyertaan anda secepat mungkin.

Pilihan raya kerusi akan dijalankan di laman Meta ini.

Mari mara bersama!

Sekian,

Jawatankuasa Hab Sementara ESEAP