Persidangan ESEAP 2024

This page is a translated version of the page ESEAP Conference 2024 and the translation is 100% complete.

Persidangan ESEAP 2024 akan menjadi persidangan serantau ketiga untuk komuniti Wikimedia di seluruh rantau ESEAP. ESEAP bermaksud AsiaTimur dan Tenggara serta Pasifik. Persidangan ini akan berlangsung di Kota Kinabalu, Malaysia pada 10-12 Mei 2024. Tema bagi persidangan 2024 ini ialah Kerjasama melangkaui ufuk.

Logo Persidangan Wikimedia Asia Timur, Asia Tenggara dan Pasifik 2024
Kerjasama Melangkaui Ufuk
10 – 12 Mei 2024 ∙ Kota Kinabalu, Malaysia

Utama Program Biasiswa Peserta Hadiri Tempat Penganjur Amanah & Keselamatan Laporan Soalan pertanyaan kerap


🧡 Panduan peserta dan aset grafik 🧡
Panduan peserta persidangan dan aset grafik boleh dimuat turun. Jangan segan untuk kongsikannya!
Gambar kumpulan peserta Persidangan ESEAP 2024 di Kota Kinabalu, 11 Mei 2024.
Gambar kumpulan di Persidangan ESEAP 2024

Latar belakang

Asia Timur dan Tenggara serta Pasifik ialah rantau membangun dalam komuniti Wikimedia. Terdapat sejumlah besar penyumbang Wikimedia di seluruh wilayah ini, dan kami telah mengembangkan komuniti sejak pertemuan pertama pada 2018 dan terus berusaha ke arah mewujudkan hab yang diurus dengan baik. Persidangan ini akan membawa peserta daripada pelbagai komuniti ESEAP bersama-sama untuk mengukuhkan kerjasama dan lebih memahami isu-isu yang dihadapi di rantau ini dan untuk mencari penyelesaian.

Mesyuarat serantau ESEAP terakhir kami telah dihoskan oleh Wikimedia Australia di Sydney pada 2022, dan Sidang Kemuncak Strategi ESEAP telah berjaya diadakan di Wikimania Singapura pada Ogos 2023. Kami berhasrat untuk menghubungkan wakil-wakil gerakan Wikimedia dalam rantau ESEAP, untuk berkongsi idea, dan untuk membina kerjasama serantau.

Untuk pertanyaan, sila hubungi kami di persidangan@wikimedia.org.my.

Tuan rumah acara

ESEAP Conferences and Summits
20182019202220232024