Wikimedia Foundation elections/Board elections/2009/Vote interface/ms

Undian berakhir 10 Ogos 2009. Undian baru tidak akan diterima lagi.
Keputusan diumumkan pada 12 Ogos 2009.
Pemilihan Lembaga 2009
Pentadbiran

Title edit

Pemilihan Lembaga 2009

Jump text edit

Undian ini akan dijalankan menerusi pangkalan data yang dikendalikan SPI. Tekan butang di bawah untuk mengundi.

Introduction edit

Selamat datang ke pilihan raya bagi Lembaga Pemegang Amanah Wikimedia untuk tahun 2009. Kami sedang memilih tiga orang sebagai wakil masyarakat pengguna dalam pelbagai projek Wikimedia. Mereka akan membantu menentukan masa depan projek-projek Wikimedia, secara individu dan berkumpulan, dan menyuarakan minat dan kepentingan anda kepada Lembaga Pemegang Amanah. Mereka akan menentukan rancangan-rancangan untuk mencari dana dan mengagih-agihkan wang yang berjaya dikumpul.

Sila baca kenyataan calon-calon dan jawapan mereka terhadap pertanyaan dengan teliti sebelum mengundi. Setiap calon adalah pengguna yang berjasa, yang telah mengorbankan masa dan tenaga demi menjadikan projek-projek ini suatu persekitaran yang sesuai untuk mengejar dan menyebarkan pengetahuan manusia.

Sila beri taraf calon mengikut tertib keutamaan anda dengan mengisi nombor di sebelah petak yang disediakan (1 = calon pilihan pertama, 2 = calon pilihan kedua, dan seterusnya). Anda boleh memberi taraf keutamaan yang sama kepada lebih daripada seorang calon dan juga boleh membiarkan mana-mana calon. Anda dianggap mengutamakan calon yang diberi taraf daripada calon yang dibiarkan dan tidak menghiraukan mana-mana calon yang tidak diberi taraf.

Pemenang akan ditentukan melalui kaedah Schulze. Untuk maklumat lanjut, sila lihat laman web rasmi pilihan raya.

Untuk maklumat lanjut, sila lihat: