Universal Code of Conduct/Enforcement draft guidelines review/Announcement/Short/ms

This page is a translated version of the page Universal Code of Conduct/Enforcement draft guidelines review/Announcement/Short and the translation is 100% complete.

Tatakelakuan Sejagat/Peninjauan Rancangan Panduan Penguatkuasaan

Jawatankuasa Penggubal Fasa 2 meminta pendapat, pandangan, dan komen mengenai Rancangan Panduan Penguatkuasaan Tatakelakuan Sejagat (UCoC). Tempoh peninjauan ini akan berlangsung dari 17 Ogos sehingga 17 Oktober 2021.

Panduan penguatkuasaan ini masih bersifat rancangan. Anda dapat membantu menyempurnakannya dengan memberikan pandangan Anda. Jawatankuasa Penggubal akan menyempurnakan teks naskhah panduan ini selaras dengan maklum balas yang didapat dari para ahli komuniti.

Anda dapat mengulas menggunakan bahasa apa pun pada halaman perbincangan dan beberapa saluran perbincangan lainnya. Ahli komuniti dianjurkan pula untuk menyelenggara perbualan mengenai hal ini pada komuniti mereka masing-masing.

Berikut beberapa sesi perbincangan yang akan dilangsungkan untuk membicangkan mengenai Rancangan Panduan Penguatkuasaan UCoC:

Sesi Wikimania 2021 (telah rakam pada 16 Ogos)
Jam kerja terbuka - 24 Ogos, 31 Ogos, 7 September @ 03:00 UTC & 14:00 UTC
Forum perbincangan maya - 18 September @ 03:00 UTC & 15:00 UTC

Ringkasan hasil perbincangan akan dipublikasikan setiap dua minggu di sini.

Harap beritahu saya jika Anda punya sebarang soalan.