WikiNusantara 2019/Laporan/Tofeiku

Selamat tiba kembali di kampung halaman!

Nama pengguna edit

Tofeiku

Hasil edit

Saya amat berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak Wikimedia Indonesia kerana menjemput saya untuk menghadiri dan menyampaikan presentasi kepada peserta WikiNusantara sebagai wakil komunitas Borneo (Brunei, Sabah dan Sarawak). Saya amat kagum dan mendapat inspirasi daripada komunitas Indonesia kerana aktif dalam membebaskan pengetahuan demi komunitas mereka. Antara acara yang saya hadiri ialah GLAM, Wikimedia Incubator dan WikiLatih. Saya mempelajari cara Wikimedia Indonesia bertemu dengan pihak muzium dan arkib dalam mendigitalisasikan naskhah-naskhah kuno. Setelah kembali ke tanah air, saya telah bertemu dengan Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah di universitas saya belajar. Kami bercadang untuk mengadakan konferensi bagi mendigitalisasikan muzium itu. Saya amat kagum apabila melihat pihak Google dan Creative Commons turut membantu Wikimedia Indonesia. Saya berharap Wikimedia Malaysia juga dapat bekerjesama dengan pihak-pihak berkenaan. Saya berharap komunitas saya di Borneo dapat berkembang seperti Indonesia. Saya bercita-cita untuk mengadakan konferensi bagi rantau pulau Borneo seperti WikiNusantara. Banyak pengetahuan yang saya peroleh daripada konferensi ini. Saya berharap dapat diberi kesempatan untuk menghadiri konferensi sebegini pada masa hadapan.

Jejaring edit

Saya berpeluang untuk berkenalan dengan ramai peserta dan kami berbincang tentang komunitas sendiri dan saya berharap kita dapat bekerjasama pada masa yang akan datang. Antara yang saya bertemu ialah Adien, Wafiq, Elis, Mia dan ramai lagi.

Lain-lain edit

Saya berharap Wikimedia Indonesia dapat mengadakan persidangan sebegini bagi memajukan masyarakat sendiri serta dapat bekerjasama dengan Wikimedia Malaysia pada masa akan datang.