Tatakelakuan Sejagat/Rundingan awal 2020

This page is a translated version of the page Universal Code of Conduct/Initial 2020 Consultations and the translation is 97% complete.
Outdated translations are marked like this.
Tatakelakuan Sejagat

Pengenalan

Pada bulan Jun 2019, kumpulan Trust & Safety Yayasan Wikimedia melakukan kajian mengenai dasar kelakuan yang berkuatkuasa di projek-projek gerakan Wikimedia. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa lebih dari 50% projek Wikipedia memiliki dasar yang tidak cukup[1] atau tidak mempunyai dasar sama sekali untuk menangani kes-kes tingkah laku yang terjadi pada projek tersebut.

Untuk memahami dengan lebih baik situasi dan keadaan di komuniti, kumpulan T&S menganjurkan sebuah proses perundingan pada beberapa projek selama tiga bulan, meliputi edisi-edisi yang secara budaya dianggap amat berbeza. Perundingan ini diselenggarakan dengan bantuan 12 orang ahli komuniti yang bekerja bersama 19 komuniti dalam bahasa asli mereka untuk memahami pemberlakuan dasar tingkah laku di edisi tersebut, dan membincangkan bagaimana komuniti terbabit dapat mendapatkan manfaat dari sebuah Tatakelakuan Sejagat (UCoC) yang berkuatkuasa secara menyeluruh dalam gerakan Wikimedia. Tujuan utama perundingan ini ialah untuk mengetahui secara kualitatif tentang keperluan utama komuniti dalam hal dasar tingkah laku. Secara umum, soalan-soalan dalam perundingan ini diarahkan untuk mengetahui kadar sokongan terhadap UCoC; namun perundingan ini juga bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor yang dianggap penting oleh komuniti-komuniti yang terlibat. Kajian ini tidak ditujukan untuk menjadi sebuah laporan statistik yang konklusif mengenai kadar sokongan atau penentangan terhadap penguatkuasaan sebuah UCoC.

T&S mempertimbangkan pelbagai faktor dalam memilih komuniti-komuniti bahasa yang terlibat dalam perundingan ini. Kami ingin mendengar pendapat dari para ahli Wikimedia dari pelbagai belahan dunia, khususnya mereka yang biasanya tidak banyak didengar dalam saluran-saluran yang kebanyakannya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi (seperti Meta atau senarai mel Wikimedia-l). Hal ini disebabkan pada masa lalu, komuniti yang kecil dan/atau tidak berbahasa Inggeris cenderung enggan untuk ikut serta dalam perbincangan-perbincangan peringkat global kerana takut tidak didengar, sehingga kami ingin mengelakkan hal tersebut dalam perundingan ini. Kami juga ingin mendengar perspektif yang pelbagai dari komuniti yang berbeza-beza: yang kecil mahupun besar dan yang telah lama berdiri mahupun yang baru mula berkembang. Pada akhirnya, pilihan kami juga berdasarkan pada pertimbangan-pertimbangan praktikal seperti bahasa yang dikuasai oleh para pemohon jawatan fasilitator.

Jangkauan demografik

 
Wilayah yang dijangkau oleh perundingan UCoC

Interaksi

 

Maklum balas yang didapatkan dari komuniti-komuniti yang terlibat bersifat amat pelbagai dengan kadar yang berbeza-beza. Beberapa komuniti mengambil peran yang aktif dalam proses perundingan, sementara beberapa yang lain perlu dijangkau secara terus-menerus. Selain itu, keadaan pandemik COVID-19 dan dampaknya pada kehidupan luar talian di dunia nyata juga memengaruhi kemampuan ahli komuniti untuk terlibat; pada satu komuniti, dampaknya dapat sahaja lebih berat dibanding komuniti lain. Terlepas dari kadar keghairahan dalam perbincangan, komuniti yang terlibat menyampaikan penghargaan kepada Yayasan Wikimedia atas usaha untuk mencapai dan menyerap aspirasi mereka. Komuniti yang terlibat juga menegaskan bahawa jika Tatakelakuan Sejagat telah disahkan, maka isinya perlu diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.

Tempat interaksi

 

Tempat perundingan ditentukan sesuai dengan keperluan dan amalan komuniti tersebut, selain juga oleh orang-orang yang terlibat. Komuniti yang terlibat mempunyai pilihan yang berbeza dalam cara berbincang dan saluran komunikasi tempat perbincangan berlangsung. Beberapa komuniti memilih untuk melakukan perbincangan di Meta, sementara lebih banyak komuniti memilih untuk berbincang di Kedai Kopi setempat dan saluran media mosial. Oleh kerana kes-kes gangguan dan kelakuan buruk lainnya bersifat sensitif dan seringkali tak sesuai bila dibincangkan secara terbuka, beberapa ahli komuniti yang terlibat menyuarakan pendapat mereka melalui perbincangan peribadi yang tertutup atau menghantar respon melalui kaji selidik yang bersifat anonim. Para fasilitator komuniti menghormati dan menyesuaikan pilihan dan keperluan ini, dan memanfaatkan ruang-ruang perbicaraan yang menyesuaikan dengan gaya dan tradisi pada masing-masing komuniti. Mereka menggunakan kaedah yang pelbagai untuk berinteraksi dengan komuniti dan menyesuaikan dengan saluran-saluran komunikasi yang baru apabila diminta oleh ahli komuniti yang terlibat.

Keputusan

File:UCoC comprehensive summary - Distribution by jantina.png
 

Maklum balas dari komuniti yang terlibat dicatat dengan baik dan disimpulkan oleh para fasilitator. Ringkasan tersebut dipisahkan menurut bahasa, dan beberapa bahasa disatukan dalam satu laporan.

Maklum balas dari komuniti:

  1. Arab
  2. Benggali
  3. Cina
  4. Hindi
  5. Jepun
  6. Kannada + Tulu
  7. Malayalam
  8. Odia
  9. Parsi
  10. Punjabi
  11. Rusia + Bashkir + Tatar
  12. Santali
  13. Sepanyol
  14. Swahili
  15. Tamil + Marathi
  16. Vietnam

Kami juga menghimpun data yang menunjukkan mengapa ahli komun menyokong atau tidak menyokong penguatkuasaan UCoC, yang menghasilkan beberapa kesimpulan umum.

Alasan-alasan menyokong

Secara umum, para fasilitator mendapatkan maklum balas dari 1466 orang ahli Wikimedia. 60.7% responden menyokong gagasan untuk merumuskan dan menguatkuasakan sebuah Tatakelakuan Sejagat untuk gerakan Wikimedia. 20.8% responden menyokongnya dengan syarat proses perumusan dilakukan secara terbuka dan berhati-hati dan didukung oleh sebuah mekanisme penguatkuasaan yang terstruktur dengan baik.

Butiran yang lebih lengkap tersedia pada laporan masing-masing. Secara amnya, responden yang menyokong UCoC berharap bahawa penguatkuasaan akan:

  • menjamin keberagaman dan inklusivitas dalam gerakan Wikimedia,
  • membekalkan sebuah platform yang aman untuk menyuarakan pendapat, dan
  • memastikan suasana bekerja dan berkontribusi yang bersemangat gotong-royong.

Komuniti yang terlibat bersikap tegas dalam menyatakan bahawa diskriminasi dan gangguan tidak boleh ditoleransi dalam gerakan Wikimedia. Ahli komuniti yang terlibat melaporkan bahawa dalam banyak komuniti, para penyelia dan editor yang berpengalaman malah seringkali tak dapat bersuara mengenai tingkah laku yang tidak patut oleh beberapa editor atau mencadangkan dasar kelakuan yang lebih ketat, kerana membimbangkan balasan atau gangguan dari ahli komuniti lain. Ketakutan ini membuat para ahli komuniti yang berpengalaman tidak ingin terlibat dalam perbincangan Tatakelakuan Sejagat. .

“Banyak Wikimedian yang telah berhenti berkontribusi kerana mengalami gangguan atau serangan peribadi. Hal seperti ini perlu dihentikan. Tatakelakuan Seajgat amat penting dan diperlukan, malah sepatutnya sudah dipersiapkan sejak lama.”

- Seorang ahli komuniti bahasa Hindi

Ahli komuniti menghargai gagasan bahawa komuniti yang baru berdiri akan diberikan keleluasaan untuk membina dasar setempat yang berdasarkan pada UCoC. Mereka percaya bahawa UCoC akan dapat memberikan komuniti tersebut rasa memiliki yang kuat di gerakan Wikimedia dan memecut mereka untuk terlibat dalam perbincangan peringkat global.

“Penguatkuasaan UCoC akan membuat para Wikimedian merasa bebas untuk menyumbang dalam projek-projek Yayasan Wikimedia dan membuat mereka berpengalaman dalam melaksanakan kebebasan berekspresi, terutamanya apabila terdapat perbezaan pandangan.”

- A Swahili language community member

Alasan-alasan yang mendasari kebimbangan

9.3% responden menolak gagasan adanya sebuah Tatakelakuan Sejagat. Beberapa alasan yang menjadi dasar ialah kerumitan untuk mencapai sebuah nilai yang universal dan menjaga hak mengatur diri sendiri komuniti tempatan. Responden ini membimbangkan bahawa kewujudan UCoC akan merosak tradisi komuniti dalam mengatur hal sendiri secara bebas dan mandiri. Beberapa komuniti juga bimbang bahawa mereka tidak mempunyai suasana yang sihat dalam komuniti mereka sendiri, namun tak menganggap bahawa penguatkuasaan Tatakelakuan Sejagat akan menyelesaikan masalah ini.

Beberapa kebimbangan lain ialah proses perumusan UCoC yang tidak terbuka dan ketidakpercayaan komuniti atas kemampuan Yayasan Wikimedia untuk menyusun sebuah panduan yang mengikat dan dapat menyesuaikan sensitiviti, perbezaan kecil, dan keberagaman nilai budaya dalam komuniti.

“Perbezaan budaya dalam komuniti-komuniti penyumbang Wikimedia tidak akan cukup ditangani oleh satu UCoC. [Penguatkuasaannya] sangat tergantung oleh individu.”

-seorang ahli komuniti berbahasa Cina

“Saya dapat membandingkan UCoC serupa undang-undang Kesatuan Eropah, yang berkuatkuasa atas seluruh negara anggotanya, namun bila ada satu celah yang ditemukan, atau undang-undang tersebut tidak mempedulikan satu golongan, kesatuan tersebut secara keseluruhan dapat runtuh; contohnya seperti [keluarnya] Inggeris. :)”

- seorang ahli komuniti berbahasa Arab

Cadangan dari pihak-pihak yang berkecuali

Walaupun 2.2% responden memilih bersikap berkecuali dan 7% tidak mempunyai pendapat yang tetap dalam hal UCoC, mereka menawar beberapa perspektif tambahan. Responden pada golongan ini menyatakan bahawa proses perumusan UCoC tidak akan cukup apabila dimaksudkan untuk penguatkuasaan yang efektif; ianya juga perlu dikuatkuasakan secara adil di seluruh ceruk gerakan Wikimedia. Agar UCoC bersifat benar-benar universal, jangkauannya perlu diperluas dari komuniti dan projek dalam talian ke mesyuarat-mesyuarat virtual dan luar talian serta perbincangan berkait Wiki di platform lain. Selepas dirumuskan, UCoC perlu diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa, ditinjau secara rutin, dan diubah jika perlu. Sebuah badan yang berkuasa perlu dibentuk untuk tujuan ini.

“Gangguan seringkali berpindah tempat dari Wikipedia ke media sosial, kerana orang membagikan lebih banyak maklumat peribadi di sana. UCoC perlu dikenakan ke platform luar Wiki.”

-seorang ahli komuniti berbahasa Vietnam

“Selepas disahkan, UCoC perlu ditinjau ulang dari masa ke masa.”

- seorang ahli komuniti berbahasa Parsi

Seluruh alasan sokongan, kebimbangan, dan pertimbangan yang dibagikan oleh ahli komuniti dicatat dengan baik dan menjadi pertimbangan utama dalam proses perumusan UCoC.

 
Maklum balas kolektif dari komuniti yang terlibat

Pengetahuan yang didapat

Pengetahuan yang didapat bersifat amat mencerahkan dan membantu kami memahami keperluan-keperluan yang berbeza dalam komuniti-komuniti yang pelbagai. Para fasilitator terlibat dalam perbincangan yang membina, malah juga dengan komuniti yang dalam sejarahnya tidak ada hubungan baik dengan Yayasan Wikimedia. Kami mendengarkan banyak cerita yang tak dicertiakan secara terbuka. Potongan-potongan cerita ini dapat ditemukan pada ringkasan-ringkasan bahasa. Tak semua cerita dapat diterbitkan, dan yang dipilih untuk dimasukkan ke dalam ringkasan ditulis secara anonim untuk melindungi privasi ahli komuniti. Beberapa cerita tersebut menunjukkan sebuah corak yang kami temukan dalam beberapa komuniti dan membuat terang beberapa isu yang unik.

Kami mendapati bahawa terdapat kurangnya kesedaran tentang panduan dan dasar tingkah laku yang terdapat di banyak komuniti. Tidak semua komuniti mempunyai masa dan sumber daya untuk membina serangkaian dasar yang komprehensif.

Kami mendapati bahawa komuniti mempunyai keutamaan dan permintaan yang berbeza dari UCoC. Contohnya, sebuah komuniti menyatakan kekecewaan mengenai penyalahgunaan wewenang oleh penyelia dan mahu agar isu ini diatur oleh UCoC. Komuniti lain menekankan perlunya perhatian khusus atas sensitiviti umat beragama. Beberapa komuniti menekankan mendesaknya tindakan atas gangguan yang dialami oleh para penyumbang perempuan, namun terdapat pula satu komuniti yang berpandangan bahawa dasar mereka tidak mengutamakan dasar yang bersifat non-diskriminasi. Cerita dan permintaan yang muncul dari proses perundingan ini amat pelbagai dan membuat nyata bahawa usaha untuk memenuhi seluruhnya melalui UCoC ialah sebuah cabaran yang besar; namun kami berkomitmen untuk bekerja dengan seluruh komuniti dan menjawabnya.

Tindakan selanjutnya

Pada bulan Julai 2020, Jawatankuasa Perumus UCoC mula bekerja untuk menghasilkan rancangan pertama UCoC. Ahli jawatankuasa akan mempertimbangkan hasil dan cadangan dari laporan perundingan ini, selain juga perbicaraan-perbicaraan di tahap selanjutnya, untuk menyusun sebuah rancangan yang dituangkan dalam bahasa yang dapat memenuhi kebimbangan dan keperluan komuniti penyumbang Wikimedia di seluruh dunia.

Ringkasan garis masa projek UCoC dapat ditemukan laman utama projek.

Nota kaki

  1. Dari 98 projek Wikipedia yang dikaji, 52 (53%) tidak memiliki atau hanya memiliki dasar tingkah laku yang tidak mencukupi; 16 memiliki dasar yang dibuat oleh komuniti itu sendiri atau diubahsuai dari projek lain; dan 14 memiliki satu dasar sendiri yang digubal dari konteks budaya yang khas dari komuniti tersebut.