Tatakelakuan Sejagat/Perundingan 2021/Pengumuman

This page is a translated version of the page Universal Code of Conduct/2021 consultations/Announcement and the translation is 100% complete.

Fasa 2 Tatakelakuan Sejagat

Tatakelakuan Sejagat (UCoC) bertujuan untuk mewujudkan sebuah piawaian minimum perilaku di seluruh projek pada gerakan Wikimedia. UCoC saat ini sedang berada pada Fasa 2, iaitu fasa perumusan panduan penguatkuasaan umum. Anda dapat mengetahui lebih banyak tentang UCoC di halaman projeknya.

Jawatankuasa Penggubal: Undangan untuk mendaftar

Yayasan Wikimedia menjemput sukarelawan yang berminat untuk ikut merumuskan penguatkuasaan UCoC. Sukarelawan yang terpilih diminta untuk menyumbangkan 2 sehingga 6 jam setiap minggunya dari akhir April sehingga Julai dan dari Oktober sehingga November. Susunan jawatankuasa ini diharapkan untuk mempunyai ahli yang seberagam dan seinklusif mungkin, dengan peringkat pengalaman yang berbeza-beza: pengguna yang sudah lama menyunting mahupun baru bergabung, sudah pernah mengalami atau menangani kes perlanggaran keselamatan ataupun pernah dituduh secara salah.

Untuk mendaftar, sila rujuk laman Jawatankuasa Penggubal.

Perundingan komuniti 2021: Pengumuman dan undangan untuk sukarelawan dan penerjemah

Dari 5 April sehingga 5 Mei 2021, sebahagian besar projek Wikimedia akan menganjurkan perbincangan tentang penguatkuasaan UCoC. Kami mencari sukarelawan yang bersedia untuk menerjemahkan bahan-bahan utama, sekali gus menganjurkan perbincangan di komuniti mereka menggunakan pertayaan kunci yang telah disediakan. Jika Anda tertarik untuk bergabung dan melakukan salah satu atau kedua fungsi tersebut, sila hubungi kami.

Untuk mengetahui lebih banyak tentang perundingan ini, sila rujuk laman perundingan 2021.

-- Xeno (WMF) (bincang)