Syarat-syarat penggunaan - Ringkasan

This page is a translated version of the page Terms of use-Summary and the translation is 100% complete.
Syarat-syarat Penggunaan
Wikimedia-logo.svg
Ini merupakan ringkasan mudah dibaca bagi Syarat-syarat Penggunaan. Untuk membaca terma-terma penuh, klik di sini.
Penafian: Ringkasan ini bukanlah sebahagian daripada Syarat-syarat Penggunaan dan juga bukanlah dokumen yang sah, tetapi sekadar sebuah rujukan mudah untuk memahami terma sepenuhnya. Anggaplah ia sebagai antara muka mesra pengguna bagi bahasa sah untuk Syarat-syarat Penggunaan kami.

Sebahagian daripada misi kami adalah untuk:

  • Memperkasa dan melibatkan lebih banyak penyertaan orang ramai di seluruh dunia untuk mengumpul dan membangunkan kandungan berunsurkan pendidikan dan menerbitkannya di bawah lesen bebas atau dedikasikannya kepada domain umum.
  • Menyebarkan kandungan ini secara berkesan dan global tanpa mengenakan sebarang bayaran.

Anda bebas:

  • Membaca dan Mencetak rencana-rencana dan media lain kami secara percuma.
  • Berkongsi dan Mengguna Semula rencana-rencana dan media lain kami dengan lesen yang bebas dan terbuka.
  • Menyumbangi dan Menyunting pelbagai tapak atau Projek kami.

Berlandaskan syarat-syarat yang berikut:

  • Tanggungjawab — Anda memikul tanggungjawab atas suntingan anda (kerana kami hanya mengehos kandungan anda).
  • Tatatertib — Anda mendukung persekitaran yang madani dan tidak mengganggu pengguna-pengguna yang lain.
  • Mematuhi Undang-undang — Anda tidak melanggar undang-undang hak cipta atau lain-lain.
  • Tidak Berbahaya — Anda tidak mengancam prasarana teknologi kami.
  • Syarat-syarat Penggunaan dan Dasar-dasar — Anda mematuhi Syarat-syarat Penggunaan yang berikut serta dasar-dasar komuniti yang bersesuaian apabila mengunjungi tapak-tapak kami atau menyertai komuniti-komuniti kami.

Dengan memahami bahawa:

  • Anda Melesenkan Sumbangan Anda Secara Bebas — secara amnya, anda mesti melesenkan sumbangan-sumbangan dan suntingan-suntingan anda ke tapak-tapak atau Projek-Projek kami dengan lesen yang bebas dan terbuka (melainkan sumbangan anda berada dalam domain awam).
  • Tiada Nasihat Profesional — isi kandungan rencana-rencana dan projek-projek lain adalah untuk tujuan makluman sahaja dan tidak berupa nasihat profesional.