Strategi/Gerakan Wikimedia/2018-20/Pengesyoran

This page is a translated version of the page Strategy/Wikimedia movement/2018-20/Recommendations and the translation is 96% complete.
Outdated translations are marked like this.
Cadangan Strategi Gerakan Wikimedia 2030

Pada tahun 2017, kita telah menyusun hala tuju strategik yang akan memandu gerakan Wikimedia kita dalam menatap masa hadapan: Pada 2030, Wikimedia akan menjadi prasarana penting bagi ekosistem pengetahuan bebas dan mana-mana pihak yang mempunyai visi sama boleh bergabung dengan kita.

Selama dua tahun, pelbagai orang di dalam Gerakan kita telah bersama-sama melakukan perbincangan terbuka yang melibatkan sebanyak mungkin orang agar semua ini dapat berjalan dengan baik. Hasilnya berupa cadangan dan dasar yang mengusulkan perubahan struktur dan sistem yang membolehkan kita bersama-sama mencipta masa depan Gerakan kita. Mereka telah menggariskan bagaimana kita dapat berkembang secara lestari dan inklusif. Mereka memperkenalkan langkah yang boleh kita lakukan bagi peluang-peluang baru dan cabaran-cabaran pada hari ini dan di kemudian hari. Mereka mencadangkan cara yang boleh kita usahakan untuk mendapatkan kesamarataan pengetahuan dan pengetahuan sebagai sebuah perkhidmatan. Dengan demikian, baik anda yang sudah berada dalam Gerakan kita mahupun sesiapa sahaja yang ingin turut serta, dapat memainkan peranan dalam memperoleh, berkongsi dan membuka pintu pengetahuan bebas.

Cadangannya adalah:

Tingkatkan Kelestarian Gerakan Kita Melabur dalam Perkembangan Kemahiran dan Kepimpinan
Menambah Baik Pengalaman Pengguna Urus Pengetahuan Dalaman
Membekalkan Keselamatan dan Perlindungan Kenalpasti Topik untuk Impak
Memastikan Kesaksamaan dalam Membuat Keputusan Membuat Pembaharuan dalam Pengetahuan Bebas
Menyelaras Merentasi Pihak Berkepentingan Nilai, Ulang, dan Suai

Cara membaca cadangan-cadangan tersebut

Pada halaman-halaman berikut ini, Anda akan dapati versi akhir dari dokumen strategi gerakan yang terdiri atas 10 cadangan untuk perubahan, 10 panduan dasar, dan sebuah penulisan untuk perubahan yang yang menggariskan perkaitan antara cadangan-cadangan tersebut dan bagaimana ia direka, secara keseluruhan untui membantu memastikan bahawa kita sejajar dengan hala tuju strategik kita. Selain itu, terdapat juga glosari istilah-istilah penting dan ringkasan dokumen. Anda juga boleh memeriksa log perubahan untuk mengetahui perubahan-perubahan dari versi-versi cadangan sebelumnya sehingga versi akhir ini.

Pengesyoran di bawah ini ditata menurut format APA, PERUBAHAN dan TINDAKAN, dan ALASAN. APA merupakan keperluan atau tumpuan strategik yang muncul dari komun. PERUBAHAN dan TINDAKAN merupakan keluaran dan hasil yang akan digunakan untuk mencapai APA. ALASAN merangkumi latar belakang dan sesuatu yang melandasi mengapa perubahan dan tindakan tersebut perlu untuk membantu kita bergerak menuju Hala Tuju Strategik 2030. Cadangan-cadangan ini saling terhubung dan menyokong satu dengan lainnya, dan tidak disusun berdasarkan urutan tertentu atau keutamaan.

Cadangan ini telah direka oleh Gerakan

Increase the Sustainability of Our MovementImprove User ExperienceProvide for Safety and InclusionEnsure Equity in Decision-makingCoordinate Across StakeholdersInvest in Skills and Leadership DevelopmentManage Internal KnowledgeIdentify Topics for ImpactInnovate in Free KnowledgeEvaluate, Iterate, and Adapt 
About this image

Kandungan ini telah disunting selama hampir dua tahun oleh hampir 100 Wikimediawan dari pelbagai belahan dunia, termasuk sukarelawan, kakitangan dan ahli lembaga sekutu dan Yayasan Wikimedia, serta perwakilan pertubuhan pekongsi. Gagasan di dalamnya terbentuk melalui pelbagai perbincangan dalam talian dan perbincangan bersemuka oleh para Wikimediawan dan mencerminkan Gerakan kita yang majmuk dan melibatkan banyak kalangan. Anda dapat mengetahui siapa yang menyumbang dalam membuat kandungan ini.

Ingin membaca kandungan ini dalam format lain?

kami telah membuat pelbagai format agar Anda boleh membaca, mendengar, atau mempelajari cadangan-cadangan tersebut:

Ahli kumpulan kerja diversiti dan ahli kumpulan penulis, Marc Miquel-Ribé juga memberikan wawasannya mengenai pembangunan cadangan-cadangan tersebut dan gagasan yang mendasarinya dalam wawancara ini (dalam bahasa inggris).