Kelab Wiki Kent/Reports/Pitabangan Waterford
Pengenalan
editPitabangan Waterford ialah aktiviti dalam talian selama 9 hari yang dianjurkan oleh Wikimedia CUG Malaysia yang melibatkan mana-mana Wikimedian dalam menulis artikel dalam Wikipedia bahasa masing-masing berkaitan Waterford iaitu bandar yang menjadi tuan rumah bagi Celtic Knot tahun 2024. 'Pitabangan' ialah perkataan Kadazandusun yang bermaksud "kolaboratif atau bekerjasama dalam mencapai matlamat bersama".
Objektif program
edit- Menggalakkan komuniti Wikimedia tempatan dan antarabangsa untuk menyumbang kepada Wikipedia dalam bahasa masing-masing, dengan fokus kepada topik berkaitan Waterford.
- Menyokong pengembangan kandungan Wikipedia dalam bahasa Kadazandusun dan bahasa-bahasa lain yang diwakili oleh peserta.
- Meningkatkan kerjasama antara Wikimedian dalam mempromosikan pembelajaran dan perkongsian pengetahuan berkaitan bandar Waterford.
Maklumat aktiviti
editaspek | keterangan |
---|---|
masa | : 8pm - 9pm (21 September 2024) - pelancaran |
tempoh | : 21 - 29 September 2024 (9 hari) |
medium | : Google meet |
Peserta
editSenarai Peserta Program ini melibatkan beberapa penyumbang aktif daripada Kelab Wikimedia IPGM Kampus Kent, iaitu antaranya:
Hasil
editHasil Program Sepanjang tempoh 9 hari program ini, beberapa artikel baharu telah berjaya dihasilkan di Wikipedia Kadazandusun. Berikut adalah senarai artikel dan penyumbang masing-masing:
Penutup
editPenutup Program Pitabangan Waterford telah berjaya mencapai matlamatnya untuk memperluas kandungan Wikipedia dalam bahasa Kadazandusun dan bahasa-bahasa lain melalui kolaborasi dan perkongsian pengetahuan antara komuniti Wikimedia khususnya bagi ahli Kelab Wiki Kent. Program ini juga telah memberikan pendedahan kepada peserta mengenai budaya dan sejarah bandar Waterford, sekaligus memperkaya kandungan Wikipedia dalam topik berkaitan. Program ini juga mencerminkan semangat kerjasama komuniti Wikimedia khususnya bagi ahli Kelab Wiki Kent dalam menyumbang kepada usaha pemeliharaan dan pengembangan bahasa melalui platform digital.
Papan pemuka
editRingkasan pelaksanaan program
editSehubungan dengan pelaksanaan Program Pitabangan Waterford yang dianjurkan oleh Wikimedia CUG Malaysia berlangsung selama 9 hari, bermula dari 21 hingga 29 September 2024. Kelab Wikimedia IPGM Kampus Kent melaksanakan pelancaran rasmi program ini diperingkat kelab yang mensasarkan semua ahli yang dilaksanakan secara dalam talian melalui platform Google Meet, dengan pelancaran rasminya pada jam 8 malam, 21 September 2024. Aktiviti ini melibatkan peserta daripada Kelab Wikimedia IPGM Kampus Kent, termasuk beberapa penyumbang aktif seperti Blusjai, Jjurieee, Nelynnnnn, dan Rruunnaa. Tujuan utama program ini adalah untuk mempromosikan penulisan dan penerbitan artikel Wikipedia dalam pelbagai bahasa, dengan fokus utama kepada bandar Waterford, tuan rumah Celtic Knot 2024.
Sepanjang program, peserta bekerjasama menghasilkan artikel Wikipedia yang berkaitan dengan Waterford, yang diterjemahkan ke dalam bahasa Kadazandusun, antara bahasa lain. Ini selaras dengan objektif program, iaitu untuk memperluas kandungan Wikipedia dalam bahasa Kadazandusun, serta meningkatkan kesedaran mengenai sejarah dan budaya Waterford. Hasilnya, sebanyak 12 artikel baharu berjaya diterbitkan di Wikipedia Kadazandusun, termasuk artikel tentang Katedral Waterford, Spraoi, Keith Barry, Rice Bridge, dan Double Tower. Setiap artikel ini memberikan sumbangan yang signifikan kepada pembangunan kandungan dalam bahasa Kadazandusun di Wikipedia.
Program ini bukan sahaja meningkatkan kerjasama antara peserta dalam komuniti Wikimedia, malah memperkaya kandungan Wikipedia dengan maklumat berkaitan Waterford. Para peserta juga mendapat manfaat daripada perkongsian ilmu, yang mana ia mengukuhkan lagi kerjasama antara ahli komuniti dalam mencapai matlamat bersama. Secara keseluruhannya, program Pitabangan Waterford berjaya mengukuhkan semangat kolaboratif dalam kalangan peserta, sekali gus menyumbang kepada pemeliharaan dan pengembangan bahasa melalui platform digital yang meluas.