Kelab Wiki Kent/Laporan/Karnival BKD dan Pelancaran Modul Buku Kerja Tahun 4,5,6

This page is a translated version of the page Kelab Wiki Kent/Reports/Karnival BKD om Pelancaran Modul Buku Kerja Toun 4,5,6 and the translation is 100% complete.

Karnival Bahasa Kadazandusun (BKD) dan Pelancaran Modul Buku Kerja BKD Tahun 4, 5 dan 6 2023 dijalankan buat pertama kalinya di peringkat negeri Sabah. Semua tokoh, para pensyarah, guru-guru, mahasiswa dan mahasiswi serta murid sekolah rendah bagi BKD dijemput untuk berkumpul dalam Pelancaran Modul Buku Kerja BKD bersama para peserta dalam Karnival.

  • Tarikh: 24 September 2023
  • Hari: Ahad
  • Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • Tempat: ITCC, Penampang
Karnival Bahasa Kadazandusun
Karnival Bahasa Kadazandusun

Peserta


Objektif

  • Menyaksikan pelancaran modul buku kerja tahun 4, 5 dan 6.
  • Melihat pameran seni, ilmu pengetahuan, jualan berkaitan Kadazandusun.
  • Memperkenalkan aktiviti, kejayaan atau pencapaian dan maklumat berkaitan kelab Wiki Kent.

Aturcara perjalanan bengkel

  • 9:00 a.m.: Karnival BKD bermula
  • 9:10 a.m.: ketibaan para jemputan
  • 10.45 a.m.: Ketibaan YBrs. Tuan Haji Raisin bin Saidin dan YBhg. Datuk Philip b. Lasimbang
  • 11.00 a.m.:
    Ketibaan YB Datuk Ewon Benedick
    Perarakan masuk VVIP ke Ballroom
    Persembahan pembuka tirai
    Nanyian Lagu Negaraku
    Nyanyian Lagu Sabah Tanah Airku
    Bacaan doa
    Ucapan alu-aluan YBRS Tuan Haji Raisin bin Saidin
    Ucapan YBHG. Datuk Philip b. Lasimbang
    Ucapan Datuk Ewon Benedick
    Gimik perasmian
    Penyerahan sumbangan buku kepada sekolah-sekolah terpilih
    Sesi bergambar
    Jamuan makan
    Persembahan
    Lawatan ke pameran karnival
    Tarian sumazau bersama semua hadirin
  • 5.00 p.m.: Bersurai

Hasil yang dicapai semasa karnival

Boleh dilihat melalui kenyataan di bawah:

  • Melihat banyak jenis pakaian yang dipakai oleh orang-orang yang turut serta.
  • Dapat melihat pameran inovasi berkaitan BKD dari IPG Kampus Keningau dan beberapa tapak pameran lain yang berkaitan dengan bahasa dan kebudayaan Kadazandusun.
  • Maklumat berkaitan pelancaran modul buku kerja tahun 4, 5 dan 6.
  • Dapat memperkenalkan Kelab Wiki kent kepada orang lain melalui penyerahan brosur, penjelasan penggunaan melalui bunting dan teknologi.
  • Mengenali beberapa tokoh dalam bidang kemajuan Bahasa kadazandusun dan mendapat motivasi untuk memartabatkan lagi bahasa dan kebudayaan ini.
  • Berpeluang melihat pelbagai buku Kadazandusun melalui pameran.

Kesimpulan

Pengalaman yang diperoleh

  • Berinteraksi dan berbincang dengan individu dari pelbagai dialek.
  • Mendapat banyak pengetahuan berkaitan kebudayaan kaum Kadazandusun seperti peralatan, sundait, muzik, cerita dan juga pakaian.
  • Melihat inovasi yang boleh diaplikasikan dalam PdP bagi kemajuan BKD kepada peringkat yang lebih tinggi.
  • Meningkatkan semangat dan motivasi mahasiswa/mahasiswi yang terlibat kerana mendapat pesanan dari tokoh BKD berkaitan pemantapan kebudayaan dan bahasa Kadazandusun.

Harapan untuk program

  • Mengadakan karnival sendiri di IPG Kampus Kent pada masa akan datang.
  • Mengadakan bengkel tentang pengenalan dan asas Wiki kepada individu yang menyertai karnival ini dan berminat untuk belajar dan memberi sumbangan dalam platform Wiki pada masa akan datang.
  • Menyertai karnival seumpama ini di peringkat negeri pada masa akan datang.
  • Semoga lebih banyak aktiviti yang akan dianjurkan oleh Kelab Wiki Kent secara berterusan.

Galeri