Kelab Wiki Kent/Mesyuarat AMT Kelab Wiki Kent
Mesyuarat AMT Kelab Wiki Kent yang pertama bertujuan untuk membincangkan cara untuk mengatasi isu dan cabaran yang dihadapi oleh etnik Kadazandusun di mana penyunting bahasa etnik dalam mana-mana projek Wikimedia yang sangat sedikit di samping mengatasi masalah kekurangan bahan bacaan dalam bahasa Kadazandusun. Oleh itu, dasar kelab ini telah dirangka semula dalam mesyuarat ini sebagai langkah awal untuk mengembangkan Kelab Wiki Kent seterusnya mengatasi isu dan cabaran ini.
- Tarikh: 26 Julai 2024
- Masa: 8.30 pagi hingga 10.00 pagi
- Tempat: Bilik Kuliah Aras 4
- Tujuan: Menyusun semula dasar dan wawasan kelab
- Minit Mesyuarat 1
Penglibatan
editAgenda
edit- Pembentangan misi, visi, dan motto Kelab Wiki Kent terkini.
- Pembahagian setiap ahli majlis tertinggi untuk memegang dan menjaga satu projek Wikimedia.
- Bagaimana membawa Bahasa Kadazandusun ke peringkat yang lebih tinggi melalui Kelab Wiki Kent.
Wawasan kelab
edit- Visi
- Memperkasa peranan bahasa Kadazandusun dalam perkongisan maklumat di atas talian melalui projek Wikimedia.
- Misi
- Membudayakan penggunaan Bahasa Kadazandusun dalam perkongsian di atas talian melalui projek Wikimedia.
- Motto
- Bahasa adalah asas ilmu
“Boros nopo nga guas toilaan”
Strategi
edit- Strategi 1
- Memperbanyak dan memperbaiki penulisan dalam Wikipedia Bahasa Kadazandusun.
- Strategi 2
- Anggota kelab dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut projek Wikimedia yang diminati dan diketuai oleh seorang AMT yang berpengetahuan asas mengenai projek tersebut.
- Strategi 3
- AMT akan menjadi pemantau kepada dua AJK kecil bagi menjadikan suatu perjalanan aktiviti kelab lebih lancar.
Isu berbangkit
edit- Apa-apa keputusan kelab haruslah melalui prosedur secara berperingkat.
- Aktiviti akan datang di mana Ulang Tahun Berdirinya Kelab Wiki Kent
- Sambutan ahli baru (PPISMP 2024-2029)
- Melibatkan JPP dalam membantu perjalanan kelab di IPG
- Apresiasi Pelajar untuk apa-apa aktiviti kelab yang akan berlangsung.
- Pembentukan AJK baru