Kelab Wiki Kent/Laporan/Kembara Ilmu Kent 2023

Kembara Ilmu Kent 2023 merupakan program outreach yang dianjurkan oleh Jabatan Bahasa Kadazandusun IPG Kent di bawah tajaan Kadazandusun Language Foundation (KLF). Tema bagi program ini ialah Menyantuni Kebersamaan Budaya Penduduk Kampung Bundu Tuhan Ranau Sabah.

Objektif edit

  • Menyediakan ruang kepada para pensyarah BKD, berkongsi pengalaman dan kemahiran tentang pengajaran berasaskan kesusasteraan / Kolumison Boros.
  • Menyediakan ruang kepada para pensyarah dan guru pelatih untuk mempelajari budaya warisan Ilmu Kampung Sokid Bundu Tuhan.
  • Merealisasikan jalinan kerjasama antara IPGK dengan agensi kerajaan yang lain dalam pembangunan pendidikan masyarakat setempat.
  • Pembugaran dan pelestarian bahasa dan budaya setempat melalui perkongsian pintar.

Peserta edit

Aturcara Program Kembara Ilmu Kent edit

6 Disember 2023:

  • 2.30 p.m.: Kemahiran Kraf Dalai
  • 4.30 p.m.: Masakan Aroma Desa
  • 8.00 p.m.: Sodop Kalangadan

7 Disember 2023:

  • 8.00 a.m.: Wiki Ke Sekolah & Perkongsian Wakil Kelab Wiki Kent
  • 10.30 a.m.: Ceramah Tiga Serangkai (Abaya, Liliihis, Adat Istiadat Kg. Bundu Tuhan)
  • 12.00 p.m.: Majlis Perasmian dan Penutupan

Hasil yang dicapai edit

  • Mempelajari adat dan budaya masyarakat di Kampung Bundu Tuhan.
  • Mempelajari asas kemahiran kraf dalai.
  • Mempelajari masakan tradisional masyarakat Kadazandusun.
  • Mempelajari tarian sisindai iaitu salah satu tarian tradisi masyarakat Dusun di Kampung Bundu Tuhan Ranau.
  • Mempelajari tentang baju Abaya dan aksesori baju tradisi tersebut yang digunakan oleh masyarakat Dusun di Kampung Bundu Tuhan, Ranau.
  • Memasukkan lebih 200 lema baharu dalam Wikikamus bersama pelajar-pelajar dari SK. Bundu Tuhan.

Galeri edit