Event:WikiTour Sibu 2024
Pengenalan
editBahasa etnik di pelbagai negeri di Malaysia kini menghadapi ancaman kepupusan akibat kurang dikenali dan didedahkan kepada masyarakat sekeliling. Oleh yang demikian, Kelab Wiki Kent (KWK) di IPGM Kampus Kent telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan platform Wikikamus kepada para guru sebagai usaha untuk melestarikan bahasa tempatan.
Wikikamus, sebuah projek di bawah organisasi bukan untung Wikimedia, merupakan kamus digital yang telah mendigitalkan banyak bahasa etnik di Sabah, termasuk Bahasa Kadazandusun, Murut, dan Bajau. Usaha serupa dirancang untuk membantu bahasa etnik lain di seluruh Malaysia. Bagi tujuan itu, sebuah bengkel bahasa etnik Iban di Sarawak di bawah projek Wikitour 2024 pun dilaksanakan.
Matlamat
editMatlamat utama Bengkel ini adalah untuk mendedahkan pelajar dengan pendigitalan bahasa ibunda agar tidak hilang ditelan zaman. Selain itu, melalui pelaksanaan bengkel ini, diharapkan dapat membuka fikiran dan kesedaran ahli kelab terhadap ancaman-ancaman bahasa etnik seterusnya memupuk semangat cinta akan bahasa-bahasa etnik di Malaysia. Dalam waktu yang sama, diharapkan agar bengkel ini dapat mendorong minat ahli kelab untuk lebih bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti kelab.
Rasional
editBahasa ibunda ialah bahasa tempatan yang dituturkan oleh masyarakat dalam Malaysia, hinggalah timbul bahasa piawaian yang telah mengalihkan pandangan masyarakat daripada bahasa tersebut. Walaupun mempunyai bahasa piawaian yang diguna pakai secara meluas, bahasa tempatan di setiap negeri wajar dimartabatkan semula kerana ia merupakan identiti dan simbolik kepada penutur bahasa tersebut selain menjadi salah satu keunikan yang membentuk Negara Malaysia yang madani. Hilangnya bahasa maka, hilanglah bangsa.
Objektif
edit- Memperkenalkan platform Wikikamus kepada guru - guru di sekolah.
- Membantu mendigitalkan bahasa etnik tempatan ke dalam Wikikamus.
- Mengenali bahasa etnik tempatan di setiap negeri yang berkaitan melalui perkongsian semasa aktiviti.
- Meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan guru sebagai jurulatih dalam bengkel Wikikamus.
Butiran
editNama | WikiTour Sibu 2024 |
Tarikh | 14 Ogos 2024 |
Tempat | Hotel Premier Sibu, Sarawak |
Dashboard | WikiTour Sarawak 2024 |
Fasilitator
editBerikut adalah senarai fasilitator bagi program ini:
Peserta
editBerikut adalah senarai peserta program ini:
Hasil
editPenganjur
editDengan Kerjasama
edit- JPN Sarawak [1]