Event:WikiTour Sandakan 2024

Pengenalan

Bahasa etnik di pelbagai negeri di Malaysia kini menghadapi ancaman kepupusan akibat kurang dikenali dan didedahkan kepada masyarakat sekeliling. Oleh yang demikian, Kelab Wiki Kent (KWK) di IPGM Kampus Kent telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan platform Wikikamus kepada para pelajar sebagai usaha melestarikan bahasa tempatan pada masa hadapan. Wikikamus, sebuah projek di bawah organisasi bukan untung Wikimedia, merupakan kamus digital yang telah mendigitalkan banyak bahasa etnik di Sabah, termasuk Bahasa Kadazandusun, Murut, dan Bajau. Usaha serupa dirancang untuk membantu bahasa etnik lain di seluruh Malaysia.

Matlamat

Matlamat utama Bengkel ini adalah untuk mendedahkan pelajar dengan pendigitalan bahasa ibunda agar tidak hilang ditelan zaman. Selain itu, melalui pelaksanaan bengkel ini, diharapkan dapat membuka fikiran dan kesedaran ahli kelab terhadap ancaman-ancaman bahasa etnik seterusnya memupuk semangat cinta akan bahasa-bahasa etnik di Malaysia. Dalam waktu yang sama, diharapkan agar bengkel ini dapat mendorong minat ahli kelab untuk lebih bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti kelab.

Rasional

Bahasa ibunda ialah bahasa tempatan yang dituturkan oleh masyarakat dalam Malaysia, hinggalah timbul bahasa piawaian yang telah mengalihkan pandangan masyarakat daripada bahasa tersebut. Walaupun mempunyai bahasa piawaian yang diguna pakai secara meluas, bahasa tempatan di setiap negeri wajar dimartabatkan semula kerana ia merupakan identiti dan simbolik kepada penutur bahasa tersebut selain menjadi salah satu keunikan yang membentuk Negara Malaysia yang madani. Hilangnya bahasa maka, hilanglah bangsa.

Objektif

  • Memperkenalkan platform Wikikamus kepada pelajar SMK Sandakan.
  • Membantu mendigitalkan bahasa etnik tempatan ke dalam Wikikamus.
  • Mengenali bahasa etnik tempatan di SMK Sandakan melalui perkongsian semasa aktiviti.
  • Meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan guru jurulatih dalam bengkel Wikikamus.
  • Mengetahui lebih lanjut berkenaan teknik seni dan proses kreatif dalam pemilihan koreografi dan muzik di SMK Elopura, Sandakan (Sekolah Seni Malaysia).

Butiran

Nama WikiTour Sandakan 2024
Tarikh 16 Ogos 2024
Tempat SMK Sandakan, Sabah
Dashboard

[1]

Fasilitator

Berikut adalah senarai fasilitator bagi program ini:

Kegiatan

Antara kegiatan yang akan berlangsung dalam program ini adalah seperti berikut:

Fokus kegiatan : Wiktionary

  • Tutorial menyumbangkan perkataan dalam Bahasa Kadazandusun ke dalam Wikikamus Bahasa Melayu dengan mengambil kira perkara berikut:
  1. Terjemahan
  2. Penggolongan kata
  3. Kod bahasa
  4. Contoh ayat

Peserta

Berikut adalah senarai peserta program ini:

Hasil

Peningkatan Kesedaran Terhadap Bahasa Etnik: Para pelajar dan peserta program menunjukkan peningkatan kesedaran terhadap kepentingan memelihara bahasa etnik. Mereka lebih memahami bagaimana bahasa tradisional boleh terancam jika tidak diambil langkah untuk melestarikannya. Misalnya, pada akhir sesi bengkel, pelajar telah mengemukakan pendapat dan harapan mereka terhadap penglibatan dalam WikiKamus ini.

 
Bengkel_Wikikamus_Bahasa_Etnik_12

Penyertaan Aktif dalam Penggunaan Platform Wikikamus: Peserta berjaya mempelajari cara menggunakan platform Wikikamus untuk mendigitalkan bahasa etnik mereka. Sebagai hasilnya, beberapa entri bahasa etnik tempatan seperti Bahasa Kadazandusun dan Bajau telah berjaya dimasukkan ke dalam Wikikamus. Pada akhir sesi bengkel, tiga penyunting terbanyak telah diberikan hadiah. Para peserta kelihatan puas dan semangat persaingan secara sihat mereka dapat dilihat.

 
Pemenang tempat pertama

Peningkatan Kemahiran Berkomunikasi: Melalui sesi bengkel dan latihan, peserta, terutama fasilitator, telah memperbaiki kemahiran komunikasi mereka. Ini termasuk kebolehan menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan serta berinteraksi dengan peserta lain.

Penambahan Data Bahasa Etnik di Wikikamus: Program ini berjaya menyumbang data baru ke dalam Wikikamus, termasuk kosa kata asas dan frasa dalam bahasa etnik yang terdapat di Sabah. Ini membantu memperkaya kandungan digital dalam bahasa-bahasa tersebut. Misalnya bahasa Suluk, Bugis dan Bajau.

 
Pemenang tempat kedua

Penglibatan Komuniti dan Rakan Sekolah: Program ini berjaya menarik minat pelajar dari sekolah-sekolah sekitar Sandakan, sekaligus memperluaskan pengaruh dan peranan Kelab Wiki Kent dalam menyokong pendigitalan bahasa etnik. Pelajar-pelajar ini berpotensi menjadi duta untuk melanjutkan usaha pemeliharaan bahasa di masa hadapan.

 
Pemenang tempat ketiga

Penghasilan Dokumentasi Video: Program ini turut menghasilkan dokumentasi video yang memaparkan perjalanan bengkel, temubual dengan peserta, dan penerokaan seni di SMK Sandakan. Video ini dapat digunakan sebagai bahan promosi dan rujukan untuk program-program akan datang.

Pembinaan Kepimpinan dan Kemahiran Pengurusan: Fasilitator yang terlibat dalam pengurusan program menunjukkan peningkatan dalam kemahiran kepimpinan dan pengurusan acara. Mereka memperoleh pengalaman praktikal dalam merancang, melaksanakan, dan menilai program, yang dapat diaplikasikan dalam aktiviti-aktiviti akan datang di sekolah atau komuniti masing-masing.

Pemantapan Peranan Kelab Wiki Kent (KWK): Program ini mengukuhkan lagi peranan Kelab Wiki Kent sebagai sebuah organisasi yang proaktif dalam melestarikan bahasa dan budaya etnik melalui teknologi digital.

Dengan hasil-hasil ini, program "WikiTour Sandakan 2024" bukan sahaja mencapai objektif yang ditetapkan tetapi juga memberi impak positif kepada peserta dan komuniti setempat dalam usaha melestarikan bahasa dan budaya etnik di Malaysia.

Penganjur

 

 

Dengan Kerjasama