Persidangan ESEAP 2022

This page is a translated version of the page ESEAP Conference 2022 and the translation is 100% complete.

Persidangan ESEAP 2022 ialah persidangan serantau kali kedua untuk komuniti Wikimedia di seluruh rantau ESEAP: ESEAP bermaksud Asia Asia Timur, Asia Tenggara dan Pasifik. Acara ini berlangsung di Sydney, Australia pada 18-20 November 2022 dan merupakan persidangan serantau kedua untuk komuniti Wikimedia ini. Tema untuk persidangan 2022 ialah ESEAP 2022:Hubung semula!. Mencerminkan hasrat ahli komuniti untuk memperbaharu semula kerjasama, berhubung semula selepas persidangan 2018 dan beberapa persidangan maya pada 2 tahun terakhir.

Gambar kumpulan pada 19 November 2022

Latar belakang

Asia Timur, Asia Tenggara dan Pasifik ialah rantau membangun dalam kalangan komuniti Wikimedia. Terdapat bilangan ketara penyumbang Wikimedia di seluruh rantau ini dan kita telah membesarkan komuniti sejak pertemuan pertama kami pada 2018 dan terus bekerja ke arah menubuhkan hab yang diurus baik. Persidangan ini akan membawa peserta dari pelbagai komuniti ESEAP bersama untuk menguatkan kerjasama dan memahami lebih baik masalah yang dihadapi di rantau ini dan mencari penyelesaian.

ESEAP akan menjadi tuan rumah Wikimania 2023, Wikimania bersemuka pertama pascapandamek COVID 19. Berikutan Wikimania terakhir pada 2020, persidangan ini akan membawa Pasukan Penganjur Teras untuk Wikimania 2023 bersama untuk membantu mereka bentuk Wikimania untuk dunia pasca-COVID dan berimpakkan iklim.

Perjumpaan ESEAP terakhir kita telah dianjurkan oleh Wikimedia Indonesia di Bali pada 2018 dan Sidang Kemuncak Strategi ESEAP yang berjaya telah diadakan di Bangkok pada Jun 2019. Banyak telah berubah sejak itu jadi kita menyasarkan untuk menghubungkan semula orang gerakan Wikimedia di rantau ESEAP, untuk berkongsi idea, dan membina kerjasama serantau.

Untuk pertanyaan, sila hubungi kami di eseap.conf@wikimedia.org.au.


ESEAP Conferences and Summits
20182019202220232024