This page is a translated version of the page CampaignEvents and the translation is 100% complete.

CampaignEvents ialah peralatan yang direka untuk meningkatkan pengurusan dan keterlihatan/kebolehtemuan acara di projek Wikimedia. Sambungan ini memperkenalkan satu set ciri yang bertujuan untuk menjadikan penganjuran acara dan penyertaan mudah dan berkesan.

Sambungan CampaignEvent menyediakan beberapa fungsi utama:

Alat Pendaftaran Acara

Alat Pendaftaran Acara membolehkan penganjur kempen mengurus pendaftaran acara secara terus di wiki. Alat ini memudahkan proses menjejaki peserta, mengurus butiran pendaftaran, menghantar e-mel kepada peserta berdaftar, interaksi dengan papan pemuka Program dan Acara serta banyak lagi.

Senarai Kerjasama

Senarai Kerjasama ialah sebuah senarai global menampilkan semua acara yang Alat Pendaftaran Acara dan senarai semua Projek Wiki di wiki tempatan, menjadikannya lebih mudah untuk orang ramai mencari peluang untuk bekerjasama dan berhubung dengan penyumbang lain di wiki

Senarai Undangan

Senarai Undangan ialah alat yang direka untuk membantu penganjur mengenal pasti pengguna yang mungkin berminat untuk menyertai projek atau acara berkaitan. Alat ini berfungsi dengan menganalisis senarai rencana yang dirancang oleh penganjur untuk difokuskan semasa sesuatu aktiviti, dan seterusnya mencari pengguna untuk dijemput berdasarkan kriteria berikut: jumlah bait yang telah mereka sumbangkan kepada rencana tersebut, bilangan suntingan yang mereka lakukan pada rencana tersebut, jumlah keseluruhan suntingan mereka di wiki, seberapa baru pengguna tersebut menyunting di wiki, iaitu tempoh masa terkini sejak mereka aktif melakukan suntingan.

Penambahbaikan Masa Depan

Sambungan CampaignEvent direka dengan fleksibiliti yang tinggi, membolehkan integrasi alat tambahan untuk menyokong penganjur dan peserta kempen. Salah satu alat yang sedang dibangunkan ialah Senarai Undangan. Alat ini bertujuan membantu penganjur dengan mencadangkan peserta yang berpotensi mempunyai minat untuk menyertai acara yang akan datang, sekaligus meningkatkan penglibatan dan kehadiran dalam kempen tersebut.