Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia
Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia (MYS) ialah kumpulan pengguna Wikimedia untuk orang yang tinggal di, berminat dalam atau berhubungan dengan Malaysia dan juga hubungannya dengan negara-negara jiran di seluruh dunia. Anda boleh baca risalah maklumat utama kami.
Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia | ||
---|---|---|
Malaysia | ||
Location | Malaysia | |
Country code | MYS | |
Legal status | NGO (Berdaftar di bawah ROS: PPM-025-01-12022020) | |
Approval date | 10 September 2017 | |
Volunteers | 8 (ahli teras) | |
Official language(s) | Inggeris, Melayu | |
Other language(s) | Cina, Tamil | |
Key people |
| |
Reports | Senarai Laporan | |
Affiliations | ESEAP | |
Website | https://www.wikimedia.org.my | |
Akaun Twitter | ||
Laman kumpulan Laman rasmi | ||
Profil Instagram |
Kami menyokong matlamat Yayasan Wikimedia, termasuk kerja sukarelawan di projek-projek Wikimedia serta inisiatif pengetahuan bebas yang lain. Tujuan kami adalah menyokong, menggalakkan, dan mendidik orang awam tentang ketersediaan dan penggunaan kandungan pendidikan bebas dan terbuka yang termasuk kebolehan mencapai, mengembangkan dan menyumbang kepada projek-projek Wikimedia. Bahasa perantara kami ialah bahasa Inggeris (en) dan/atau bahasa Melayu (ms), tetapi kami juga cuba mengembangkan penggunaan bahasa Mandarin (zh), bahasa Kantonis (zh-yue) dan bahasa Tamil (ta), dan mungkin salah satu bahasa orang asal di Malaysia.
Apabila berlakunya percanggahan maklumat antara versi bahasa lain laman ini, versi bahasa Inggeris kumpulan pengguna Malaysia ini patut diatasi. Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia mendukung dasar benar-benar tiada diskriminasi, tempat acara dengan capaian kurang upaya, ruang mesra, aktiviti bukan untung, acara hujung minggu sahaja, sikap tidak menonjolkan diri dan terbuka dan nyata.
Sejarah Ringkas
Pertubuhan ini diasaskan pada 22 Mei 2016 di Nusajaya (Johor) dengan pertemuan pertama kami (dalam bahasa Inggeris). Pada 10 September 2017, ia telah diiktiraf sebagai kumpulan pengguna di bawah nama Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia oleh Yayasan Wikimedia. Pada 12 Februari 2020, ia didaftar secara rasmi dan tersenarai sebagai pertubuhan bukan kerajaan peringkat kebangsaan (NGO) di bawah Jabatan Pendaftaran Negara Kementerian Dalam Negeri Malaysia di bawah nama yang ditetapkan Pertubuhan Kebajikan Komuniti Pengguna Wiki Malaysia.
Objektif
Matlamat utama gabungan ini adalah:
- Menganjurkan aktiviti khidmat masyarakat awam di seluruh negara;
- Bertindak sebagai pusat bagi Wikimediawan di Malaysia;
- Bekerjasama dengan komuniti Wikimedia rantau dan antarabangsa yang lebih luas (bermula dari negara jiran Indonesia, Filipina, Singapura dll dan lanjut berkembang ke lebih banyak negara di seluruh dunia);
- Menggalakkan Wikipedia dan pelbagai projek Wikimedia Malaysia di seluruh Malaysia dan di seluruh dunia;
- Bertindak sebagai suara dan wakil bagi komuniti Wikimedia Malaysia
Mencapai objektif ini, Kumpulan Pengguna ini akan menganjur dan mengatur pelbagai pertemuan, seminar, latihan dan menggerakkan dalam dan luar wiki. Matlamat kami adalah menetapkan asas kukuh untu Wikimedia di Malaysia dan menjalankan siri projek berkaitan Wikimedia dan inisiatif di seluruh Malaysia. Semua ini dilaksanakan dengan niat baik, sikap terbuka, hati ikhlas, kata sopan, tidak pandang rendah/remeh/mempermainkan siapa-siapa, dan dengan hormat yang tinggi kepada siapa-siapa yang kami berutusan dengan, kerana kami percaya akan siapa-siapa daripada kita adalah berbeza dan mempunyai kekuatan tersendirinya untuk menyumbang kepada gerakan ini. Hal ini memerihalkan kami sebenarnya.
Ketetapan AffCom
Acara mendatang
- 30 Mac: WikiKata Bahasa Jawa @ Hulu Langat, Selangor
- 10–12 Mei: Persidangan ESEAP 2024 @ Kota Kinabalu, Sabah
Lihat acara sebelum ini di sini.