This page is a translated version of the page Social media and the translation is 100% complete.
Rumah Amalan terbaik Artikel minggu ini Dasar ruang mesra

Jabatan Komunikasi Yayasan Wikimedia menguruskan beberapa akaun media sosial bagi pihak Yayasan dan Wikipedia. Kami secara aktif atau separa aktif dalam menerbitkan kandungan di:

Kami juga menguruskan, namun tidak lagi aktif menggunakan, akaun Wikipedia di Pinterest dan Snapchat, selain @wikisource di Laman X.

Pasukan Bakat dan Kebudayaan Yayasan Wikimedia berkongsi mengenai perihal pengurusan untuk laman Yayasan di LinkedIn.

Jabatan Produk dan Teknologi Yayasan Wikimedia menyelenggara instance Mastodon rasmi untuk Yayasan Wikimedia.

Hubungi

Permintaan terbitan kandungan dengan akaun Yayasan Wikimedia dan Wikipedia boleh dipertimbangkan dengan menghantar menggunakan Google Form ini. Kami akan mempertimbangkan permohonan berdasarkan kepada kerelevanan dan menarik perhatian khalayak umum, dan keupayaannya memacu matlamat strategik kami. Kami mengalu-alukan cerita yang menarik dan bervisual yang menonjolkan gerakan dan prioriti kami, pemikiran berteraskan kepimpinan, sokongan usaha kami dan memperkasakan kesukarelawan, serta inisiatif-inisiatif yang menjadi wadah dalam perihal tempatan dan isu yang bernilai berita.

Pasukan

Akaun media sosial Wikipedia dan Yayasan Wikimedia diuruskan oleh pasukan Pemasaran Berintegrasi dalam Jabatan Komunikasi. Kandungan akan ditentukan oleh ahli pasukan yang memiliki pengetahuan spesifik dalam strategi dan perhubungan media sosial serta berasaskan gerakan dan matlamat organisasi. Setakat Julai 2023, hubungan utama untuk pelbagai komen atau persoalan mengenai saluran ini adalah Lucas Pasqual dan Olga Spingou.