Kelab Wiki Kent

Bayangkan dunia di mana setiap orang di planet ini diberi akses percuma kepada jumlah semua pengetahuan manusia. Itulah yang kami lakukan.

Sejarah edit

  • 1-31 Julai 2021: Linah Bagu, Ketua Jabatan Bahasa Kadazandusun dilantik sebagai salah satu juri pertandingan memasukkan perkataan bahasa Orang Asal di Malaysia, WikiKata.
  • 11 November 2022: Kegiatan Wikimedia pertama yang diadakan di IPGK Kent iaitu Bengkel Wikikamus bahasa Kadazandusun.
  • Januari 2023: Pelajar-pelajar menyertai pertandingan #100hariwiki dan seorang pelajar memenangi tempat pertama.
  • 14 Mac 2023: WikiGap 2023 anjuran Kedutaan Besar Sweden di Kuala Lumpur diadakan bersempena dengan Hari Wanita Sedunia.
  • 20 Mei 2023: Seorang pelajar menjadi pelatih di Bengkel Wikimania NYAA di Singapura.
  • 30-31 Mei 2023: Linah Bagu dicalonkan oleh WCUGM untuk menghadiri persidangan antarabangsa, Forum Internet Stockholm.
  • 30-31 Mei 2023: Kelab mengadakan projek mendokumentasikan Kaamatan, WikiBudaya Kaamatan di KDCA.
  • 15-20 Ogos 2023: 3 pensyarah dan 8 pelajar menghadiri persidangan antarabangsa Wikimania Singapura atas tajaan Yayasan Wikimedia dan WCUGM.
  • 18 Ogos 2023: Kelab telah dirasmikan pada 18 Ogos 2023 di Wikimania Singapura.
  • 29 Ogos 2023: 1 pensyarah dan 2 pelajar menghadiri resepsi pembukaan rasmi Konsulat Kehormat Sweden di Kota Kinabalu atas cadangan WCUGM.
  • 8 September 2023: Perjumpaan pertama dan pelantikan ahli jawatankuasa 2023/2024.