Geran:Geran Persidangan/Jawatankuasa

This page is a translated version of the page Grants:Conference Grants/Committee and the translation is 100% complete.
Would you like to join the Conference Fund committee? Right now we are looking for 3 new Conference Fund Committee members to be part of the team! Learn more about joining the committee.
Jawatankuasa Sokongan Persidangan
Geran persidangan dan dana acara akan disemak oleh jawatankuasa dari kalangan sukarelawan.

Calon

Adakah anda berminat untuk sertai jawatankuasa ini? Pada masa ini kami mencari tiga orang ahli Jawatankuasa Dana Persidangan dan menjadi sebahagian daripada pasukan kami! Jika anda berminat atau tahu sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli Jawatankuasa Dana Persidangan, sila isikan borang aplikasi tinjauan Google Form sebelum 3 Jun 2024. Sila semak panduan mengenai pengambilan di laman orientasi jawatankuasa sebelum memohon.

Sertailah jawatankuasa kami!

Ahli

Ahli jawatankuasa mesti terdiri sekurang-kurangnya lima orang. Setiap ahli berkhidmat sehingga mereka tidak lagi aktif atau memohon keluar dari jawatankuasa. Ahli jawatankuasa semasa ialah:

  1. Mervat
  2. Kevin
  3. Discott

Soalan mengenai penyertaan jawatankuasa? Hubungi conferencegrants wikimedia org

Kriteria keahlian

Diperlukan:

  • Kemudahan dalam bahasa Inggeris yang munasabah, bagi menyemak dan berbincang mengenai cadangan geran.
  • Berpengalaman dalam gerakan Wikimedia, pernah merancang atau menyertai mana-mana persidangan Wikimedia sekurang-kurangnya sekali.
  • Berpengalaman dengan program Wikimedia.
  • Pemahaman tentang kepelbagaian, termasuklah kebudayaan, linguistik dan perbezaan jantina.
  • Komitmen terhadap harapan ruang mesra, dan terlibat dalam dialog sokongan bersama pemohon dan pemberi dana.
  • Rekod konsisten berkaitan penglibatan yang konstruktif dalam perbincangan komuniti, dan lebih terarah kepada penyelesaian masalah secara berkolaborasi.

Diinginkan (namun tak dikehendaki):

  • Berpengalaman dalam memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi memfokuskan sukarelawan.
  • Berpengalaman dalam merancang acara atau persidangan, atau mempunyai pengalaman luas dalam menilai jenis cadangan dana yang lain.
  • Kemahiran yang berkaitan bagi merancang acara yang berjaya, termasuklah rundingan komuniti, pengurusan dana, pengurusan projek, pengalaman dalam perihal undang-undang atau kewangan, pengalaman dalam membangunkan program persidangan.

Nota kriteria lain:

  • Ahli boleh memohon untuk dana persidangan mereka sendiri, namun mereka perlu untuk tidak terlibat dalam penilaian cadangan sehingga cadangan mereka itu telah disemak dan selesai.
  • Ahli boleh berkhidmat dalam jawatankuasa ini di samping Jawatankuasa APG Ringkas dan Jawatankuasa Geran Projek. Namun, mereka tidak boleh berkhidmat dalam kedua-dua Jawatankuasa Pengagihan Dana dan Jawatankuasa Geran Persidangan.
  • Ahli gabungan semasa atau staf Yayasan Wikimedia boleh menyertai jawatankuasa ini dalam kapasiti sukarela.

Pautan tambahan