Tinjauan senarai keinginan komuniti/Masa depan senarai hajat/Penamaan semula

This page is a translated version of the page Community Wishlist Survey/Future Of The Wishlist/Renaming and the translation is 94% complete.
Outdated translations are marked like this.
Future of the Community Wishlist Survey

Bantu kami menamakan semula senarai hajat (dalam bahasa Inggeris).

Kenapa perlu menamakan semula?

Kami sedar yang nama "Tinjauan Senarai Hajat Komuniti" tidak dapat memenuhi usaha lanjutan dari segi reka bentuk semula tinjauan. Dengan pendekatan baharu, kami fikir inilah masa yang tepat untuk memikirkan nama baharu.

Dalam pendekatan baru ini, kita akan melihat kepada tiga bidang penting untuk menentukan kejayaan:

  • Impak. Bilangan Lingkungan Berfokus yang diguna pakai atau diselesaikan oleh Yayasan Wikimedia, rangkaian sekutunya serta pemaju sukarelawan dalam tahun fiskal tertentu.
  • Penyertaan. Bilangan orang yang mencadang idea baharu dan melaporkan isu, serta bilangan pelbagai bahasa dan projek yang diwakili dalam proses baharu
  • Kerjasama. Bilangan perbualan yang berkaitan idea antara satu sama lain, bilangan undian atau sokongan yang kita boleh jana.

Apa yang ada pada suatu nama?

Nama baharu sepatutnya mencerminkan suatu ruang yang melibatkan Wikipediawan bekerjasama untuk mengenal pasti keperluan yang paling mendesak dalam penyelesaian ribut minda Komuniti Teknologi, dan membina segala himpunan idea tersebut menjadi kenyataan. Ia harus memberi signal terhadap sesuatu ruang yang bukan meja penyelesaian (terlalu preskriptif untuk peringkat penyerahan) atau pengagregat idea (kami mahu kebertanggungjawaban dari segi hasilnya):

Selepas berfikir beberapa nama, terdapat beberapa calon nama telah muncul, dan kami perlukan input daripada anda:

  • Daftar peluang Wikimedia
  • Hub kerjasama Wikimedia
  • ImagineWiki

[nama anda di sini]. Sila cadangkan nama di bawah jika nama di atas tidak bergema dalam fikiran anda.

Kami berharap agar anda dapat memberi ulasan anda berkaitan nama-nama cadangan tersebut dan mencadangkan alternatif sebelum 31 Mei. Dari situ, kami akan mengenal pasti dua atau tiga pilihan nama teratas dan mengumpulkan undian anda untuk nama baharu tinjauan ini.